was successfully added to your cart.

BUKAN SEKADAR UJIAN..
.
Ada seorang nenek tua. Usia 74 tahun. Hari pertama perjalanan dari hotel ke tempat melontar adalah 2km. Beliau boleh berjalan. Tapi kaki beliau ada banyak “urat bersimpul”. Maka, amat sakit utk lalui bahagian yg berbukit dan bertangga.
.
Saya teringat pengalaman peribadi saya mendaki gunung tahan. Hari ke 2, lutut saya sakit. Masalah urat kerana hari pertama excited terlajak laju mendaki. Dengan kesakitan itu, terpaksa teruskan pendakian dan turun. Utk 5 hari lagi! Tiada ubat! Hanya minyak urut. Saya mahukan helikopter untuk patah balik. Tapi tiada.
.
Maka, apabila melihat nenek tua itu menangis.. Saya teramat faham situasinya. Berkobar kobar saya mahu bantu. Untuk sponsor wheel chair.
.
Husna : bang…. Can i help her?
Ubai : how?
Husna : i want to sponsor orang yg ambil upah tolak wheel chair tu. Tadi na dah kira duit. Cash yg na ada sekarang RM650. Upah tu RM500. In shaa Allah rm150 cukup utk na hidup lagi 20 hari. Yer lah makan semua kan dalam pakej dah. I don’t want to shop here..
Ubai : tak yah lah.
Husna : ermmmm how about na tolong tolak wheel chair? It doesn’t involve cash?
Ubai : na… No need. Na pun tak pernah tolak wheel chair. Jangan sampai tolong jadi bahana.
.
I was about to suggest… Utk offer kepada orang tempatan yg bawa motor. Utk tumpang kan makcik tu..tapi i know.. Melihat wajah suami, it is DEFINITELY NO.
.
Ubai : na.. Masa umrah dulu, ya kita tolong makcik tua bongkok tu. Sponsor wheel chair sebab dia dah bergolak bergadai. Sampai jual rumah nak Datang Umrah. Itu kita tolong.
.
Tapi makcik ni bukan abang tak nak bagi tolong…
.
Ada banyak alternatif. Dam tu kan alternatif. Bukan denda. Tu yg ustaz perjelaskan.
.
Tak larat kerana fizikal, ada option
– bayar dam
– puasa
– bagi orang makan.
.
Allah tak paksa kita buta buta. Walaupun makcik tu cakap tak de duit.. Anak anak nya ada. Kalau anaknya boleh bayarkan rmX0, 000 untuk datang haji ni.. Apalah sangat utk bayarkan dam dan upah rm800 total tu?
.
Bila melibatkan PERJALANAN SPIRITUAL,
– SETIAP ORANG KENA LALUI SENDIRI.
– SETIAP ORANG KENA ALAMI SENDIRI
– SETIAP ORANG KENA BUAT PILIHAN KEPUTUSAN SENDIRI
– orang lain hanya boleh bercerita. bagi ilmu.Tapi merasai sendiri tak sama.
.
Hatta nak tolong pun ada batasnya na…
Kita makan ikan masin rasa sedap
Orang yg mendengar kesedapan itu tak boleh imagine sedap tu kalau tak rasai sendiri.
.
Post ini relevan utk kita amalkan SETELAH SUDAH MEMBIASAKAN DIRI MENOLONG ORANG. Tetap sebarkan pelbagai jenis kebaikan sedekah, infaq, zakat, nasihat, derma, hadiah dll.
.
Exceptional cases je yg pertolongan itu dibataskan.. Atas tujuan sama sama mendidik diri.
.
Dalam kes ini, makcik itu tetap saya bantu dari segi moral support. Make her happy. The least that we could.
.
Ilmu agama beliau MasyaAllah amat wowwwww
Dan beliau amat special. Di atas segala kesulitan yg beliau hadapi, teramat banyak pertolongan yg Allah sampaikan kepada beliau.
.
Pertolongan bukan hanya kepada orang yg kita rasa kurang. Malahan kepada yang lebih. Lebih dari sudut lain, kurang dari sudut lain.
.
Saling melengkapi. In shaa Allah.
.
=======
.
I learned something from him. Ada pertolongan yang membantu. Ada pertolongan yang membataskan orang utk upgrade connection dgn Allah…
..
Sekiranya perjalanan gunung tahun itu diteruskan dgn helikopter, saya mungkin tidak di polish. Yes, I cried most of the time. Dan ketika itu… MasyaAllah terlalu ramai kawan yg membantu. Menceriakan diri saya.
.
Yes, i stopped many times. Ketika itu jugalah Kebergantungan kepada Allah di Upgrade.
.
Yes, saya terpaksa tahan kesakitan dan tahan tangisan daripada mengeluarkan suara. Supaya kawan2 tak nampak tangisan itu. Di situ kita menemui kuasa Allah. Yg maha tak terbatas.
.
Yes, saya ragu ragu bila ada batu besar yg perlu dipanjat. And i can’t. Sama ada serahkan diri ditarik oleh lelaki atau mahu berdoa.. I chose doa. And miracles happened.
.
Hinggakan gunung yg paling tough di Malaysia itu saya nobatkan sebagai “the sweetest experience”
.
Berlian tercipta hasil dari tekanan yg sangat tinggi kepada unsur carbon. Tekanan unleash our potential. Potential to know Allah more and more…
.
Dan Alquran begitu sempurna.
Pelajari dari pengalaman orang lama.
Yg Allah ceritakan dalam Alquran.
Mengemudikan diri kita. Memberikan pelbagai peringatan. Agar kalau terlalai. Tak lama. Kalau terbuat dosa, Cepat2 kembali bertaubat. Kalau ter marah, cepat cepat redakan..
.
Al-Muddaththir 74:54

Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
.
Alhamdulillah…
Alhamdulillah..
Alhamdulillah…
.
Jomkita amalkan Alquran dalam kehidupan. Result kehidupan inilah yang menentukan akhirat. Sejauh mana kita usahakan di dunia untuk melayakkan syafaat Alquran di akhirat?
.
Jomkita berguru dgn ulama. Orang yg banyak ilmu dan beramal. Dan Wallahuaklam. Allah Maha lebih mengetahui.
.
Apakah anda hargai pengalaman perit anda?
.
Ya di izinkan utk share sekiranya bermanfaat.
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever

About HusnaHaron

Leave a Reply