was successfully added to your cart.

RASAI ROMAN CINTA DARI NYA YG MAHA AGUNG.

RASAI ROMAN CINTA DARI NYA YG MAHA AGUNG.
.
Cinta Allah setiap masa mengelilingi diri kita. Bersama kita. Di dalam diri kita. Tidak perlu dicari. Hanya perlu diusahakan untuk SENYAP.
.
Keindahan di dalam diri yang senyap..Kebahagiaan di dalam kesunyian..
.
– Hingga membutakan pemandangan yang kalut.
– hingga mentulikan kebisingan
– hingga membisukan pemikiran.
.
Nikmati Mata yang celik untuk menikmati alam. Kitab terbesar yang mengajarkan kita untuk lebih mengenal Allah. Apabila mahu “membuka” kitab alam, kita memerlukan ketenangan hati.. Tiada apa yang menenangkan selain dengan Mengingati Allah.
.
Kebahagiaan dirasakan bilamana hati setiap masa berada di laluan orbit tawaf. Dan tawaf itu bukan hanya di Kaabah. Dari mana ia bermula, di situ ia berakhir. Titik mula sama dengan titik akhir. Di antaranya adalah PROSES. Yang membuatkan titik mula BERBEZA IMPAK DENGAN TITIK AKHIR.
.
Bilamana hati kita tergelincir orbit dari tawaf, di situlah permulaan masalah. Itulah SATU SATUNYA MASALAH MANUSIA. TER DISCONNECT DGN ALLAH. yang menyebabkan hati tidak tenang..
.
Hati yg tidak tenang puncanya adalah dosa. Alquran begitu sempurna mengajarkan kita bagaimana untuk kembali connect dengan Allah. Itulah tujuan utama TAUBAT.. Cepat atau lamanya utk re connect bukanlah isu. Namun, bagaimana bila disconnect tetap mahukan Allah. Tetap merasai cintaNya di dalam disconnect. Kerana Allah itu Maha Meliputi. Tidak pernah terpisah dengan diri kita. Walaupun tatkala kita merasakan diri kita masih lagi disconnect. Dek kerana masalah bertimpa timpa
.
Di dalam masalah itu ada Allah. Di dalam makbulnya doa, ada Allah. Di dalam tidak makbulnya doa, ada Allah. Di dalam tiada masalah, ada Allah.
.
Makbul atau tidak makbul bukanlah tujuan utama. Namun kewujudan Allah dirasai DI DALAM HATI HINGGA TIDAK MEMANDANG YANG LAIN itu tujuan utama.
.
Di dalam tidak makbulnya impian, tetap kasih sayang Allah mengalir tanpa henti kepada diri kita. Menjemput pelbagai lagi bibit cinta yang berbeza. Mengimpikan syurga berbeza mengimpikan Allah pencipta syurga itu. Langit dan bumi bezanya.
.
Ternyata bercinta dengan Allah bukan sekadar melafazkan dan mengikut aktiviti ritual ibadat. Aktiviti itu adalah laluan. Laluan perlu DILALUI DENGAN HATI YANG TENANG.
.
Hingga bila tak tenang pun dirasakan tenang. Masalah datang pun diterima. Bukan menjemput. Bukan juga menolak. Kerana with or without masalah, bahagia dirasakan.
.
Dengan masalah, cinta berbunga lagi.
Tiada masalah, cinta tetap mekar.
Kerana Alquran tetap memperingatkan.
Hingga asyik dirasakan…
.
Namun, apa guna keasyikan itu sekiranya ia hanya untuk diri sendiri lena di dalam keasyikan bercinta. Sedangkan orang lain perlukan kasih sayangNya. Di mana fungsi dilahirkan itu?
.
Maka.. Setiap hari.. Saya hanya peruntukkan minimum 2 kali sahaja utk berfikir tentang masalah. Ketika personal coaching dan ketika mahu menulis di Facebook
.
Kerana di situ perlu untuk saya close the gap. Antara masalah dan Quranic solution. Supaya yg membaca diizinkan oleh Allah utk memahami. Melalui proses itu.. Kita yang dididik sebenarnya.
.
Agar kita sama sama Mencintai Allah.. Kerana itu, andalah guru yang mengajarkan cinta itu. Melalui anda, saya yang diajar. Terima kasih kepada anda yg setia membaca,komen dan mengulas.
.
Feel the love di dalam tiada apa apa
Feel the love di dalam masalah
Feel the love di dalam kesunyian
Feel the love di dalam kesibukan
.
Kerana orang kemaruk bercinta tidak tahu membezakan sunyi atau sibuk. Masalah atau peluang. Musibah atau ujian. Semuanya sama.
.
Kerana tawaf hatinya ditakluki cinta yang Maha Berkuasa.
.
Cinta itu buta? Ada benarnya Statement itu.
Love is everywhere. To those who wants. And it is within ourselves.
.
LALUI LAH PROSES NYA..
Kerana akhirnya ia bermula dan berakhir pada titik yang sama…dan pengakhiran itulah yang utama.
.
Melihat pattern message Allah di dalam Alquran memberi pelbagai kunci lagi untuk access kitab alam. Allahuakbar!
.
Beruntunglah orang yang menghafaz Alquran. Tanpa kita sedari setiap orang beruntung di dalam landasan taqdir masing masing. Allah plans yours differently with mine, with others. And Allah knows us perfectly. To Allah we shall return to.
.
Ohh ya Allah…
Ajari aku mencintaiMu
Ajari kami mencintaiMu
.
Sekiranya post ini bermanfaat, diizinkan untuk share. Khas untuk pemburu cinta yang Maha Agung. Terima kasih!
.
Ada sesuatu yg anda mahu kongsikan? Katakan?

About HusnaHaron

Leave a Reply