was successfully added to your cart.

PELAJAR MAHU HAFAL ALQURAN..

By October 21, 2018Blog, Personal Coaching

PELAJAR MAHU HAFAL ALQURAN..
.
Pelajar ini datang dari keluarga yg kaya. MasyaAllah. Saya tanyakan beliau..”adik mahu apa? Nak capai apa? Cita cita apa?
.
Apa pun jua impian peribadi setiap client, semua saya layan kan. Termasuk hobi, minat dan passion. Itu adalah drive semulajadi untuk digunakan. Absolute goals adalah mahukan Allah. Bagaimana utk ready mati at anytime mengikut hadis nabi.
.
Saya katakan kepada beliau.
Adik perlu jelas kenapa nak hafal Alquran. Tujuan apa. Hafazan bukan terletak pada berapa banyak yg kita ingat. Tetapi bagaimana Alquran masuk ke dalam jantung hati kita. Hingga kita rasa tidak mahu berenggang dgn Allah melalui Alquran.
.
Menghafal Alquran mudah.. Teramat mudah. Ulang berkali kali ingat lah. Namun, apa yg lebih penting adalah BAGAIMANA MENJAGA HATI AGAR SETIAP MASA BERSIH itu lebih utama. Connection kita dengan Allah sangat dipengaruhi oleh KEADAAN JANTUNG hati. Ia mempengaruhi kemampuan kita untuk beramal dengan Alquran dan menyebarkan Alquran…SIDE EFFECT? masa yg berkat! Mcm mcm perkara boleh dilakukan dalam batas masa yg sedikit.
.
Saya berikan beliau
– Bagaimana menghafal Alquran yang memberikan kemudahan kepada pembelajaran akademik hingga tak perlu tuisyen. Alquran boleh aktifkan semua bahagian otak
– Bagaimana bersedekah dgn agresif walaupun masih lagi pelajar. Ia mempengaruhi hafazan dan tahap ilmu yang masuk
– persiapan fizikal untuk melajukan otak.dan yang ini saya link kan beliau dengan guru saya.
.
Alquran bukan sekadar tiket ke syurga. Bukan sekadar ada extra tiket untuk diberikan kepada orang lain.. Sejauh mana kita ada tiket itu haruslah diterjemahkan didalam kehidupan..
.
Allahuakbar!

About HusnaHaron

Leave a Reply