was successfully added to your cart.

PARENTING : APAKAH ANDA PERNAH SILAP MACAM SAYA?

PARENTING : APAKAH ANDA PERNAH SILAP MACAM SAYA? #QuranForever day 13
.
Kalau dah pregnant 9bulan, ditatang nya anak. Mana tak sayang kan? Sebolehnya apa jua kehendak anak mahu dipenuhi. Namun kita KAWAL KEHENDAK ITU KERANA tak elok. Tujuan? Untuk ajar anak untuk independent.
.
Walaupun “sakitnya tuh di sini” di tahan juga. Ya lah anak tantrum, merajuk, protes dll..
.
Alhamdulillah .. Tahniah! Saya amat pasti anda adalah parents yg terbaik…in shaa Allah segala kebaikan yg dilakukan Allah balas (surah al zalzalah)
.
Ketika ammar berusia 3 tahun (6tahun lepas), saya ter study surah lukman. Bagai terkena sambaran petir.. Saya merasakan saya sudah melakukan KESILAPAN PARENTING YG AMAT BESAR.
.
Cuba check.. Apakah anda sama?
.
Bila anak menangis, kita cakap “shhhh. Mama ada.. Kenapa?”
.
Bila anak mahu hadiah, kita cakap.. “usahalah.. Nanti mommy bagi ok”
.
Bila anak sakit, kita cakap.. “ok, ibu teman ya..”
.
Itu contoh sahaja.
.
Sepintas lalu.. Tiada salah pun dengan skrip di atas. Standard lah gaya seorang ibu memujuk anak kan.
.
AhHa!
.
KITA TER DIDIK ANAK BERGANTUNG KEPADA KITA. BUKAN KEPADA ALLAH. Sedangkan, usia emas 0-7 tahun adalah waktu di mana, apa sahaja yang diperkenalkan kepada anak menjadi PERMANENT PROGRAMMING MEREKA. Ketika inilah Allah WAJIB DIPERKENALKAN sebelum solat. Sebelum puasa. Sebelum baca alQuran.
.
Bagaimana mahu bergantung kepada Allah Ketika anak sedih. Bagaimana mahu mengadu kepada Allah ketika tiada kawan. Bagaimana mahu minta pada Allah dahulu sebelum minta kepada ibubapa.. Kisah yusuf adalah satu satunya kisah di dalam Alquran yg lengkap dari kecil hingga ke dewasa. Parenting tips dari surah yusuf sangat best.
.
Lantaran dari itu.. Apa yg saya lakukan banyak memperkenalkan Allah kepada anak. And surprisingly, that moment of time saya stop kan hafazan Alquran kepada ammar..walaupun proses itu boleh berlaku Serentak, saya memilih untuk prioritize kan parenting focus.
.
Proses memperkenalkan Allah ini berlaku berterusan hingga mati. Sama ada kita mati dulu. Atau anak mati dulu.
.
Bila sudah diperkenalkan, lihatlah sejauh mana ia berkesan…
.
Pernah satu ketika, ammar bergaduh dengan orang. Abahnya hukum dan mahu kurung beliau. Ketika itu, melihat ammar menangis.. Hati saya sakit. Mahu pujuk suami agar berlembut dgn anak. Namun, suami juga ada cara mendidik yg harus saya hormati.
.
Ketika ammar sedang meronta tak mahu dikurung.. Beliau menjerit kuat “Ya Allah! Tolong ammar! Ammar janji tak buat lagi! YA Allah tolonglah!”
.
Bila mendengar kata kata itu.. Terus saya peluk ammar. MasyaAllah! It works. Saya amat bersyukur beliau bergaduh dgn orang. Itu asbab sahaja..
.
Training memperkenalkan Allah bukan hanya bercerita tentang asmaulhusna. Atau sifat Allah. Kekuasaan Allah. Yg utama adalah praktikalnya di dalam kehidupan kita.
.
Malam ini, kami tonton movie. Kisah pencarian seorang kanak kanak yang mencari tuhan. Hingga beliau menganuti tiga agama serentak. Hindu, Kristian dan islam.. Skrip filem ini saya berikan 7 bintang. Dan ini adalah kali ke 3 saya tonton.
.
Sepanjang movie ini berlangsung.. Kami explain kepada ammar dan allana yg mana ajaran islam. Yang mana tak perlu.. Yg mana yg perlu ignore.
.
Ditinggalkan 1 hari sudah lepas
Ditinggalkan 3 hari sudah lepas
Ditinggalkan 7 hari sudah lepas
Ditinggalkan 40 hari?
Ditinggalkan selamanya?
.
Allah setiap masa ada. Kerana Allah itu dirasai kewujudannya.. Tiada apa yg perlu dirisaukan. In shaa Allah.
.
Persiapkan diri untuk mati bukan hanya diri kita.. Tapi juga diri anak. JOMKITA PERKENALKAN ALLAH
.
Memaknai maksud
Surah alfatihah 1:5
.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.”
.
Maka, usahlah kita menyumbang kepada Kebergantungan kepada diri kita. Bezakanlah usaha parents as makhluk dan ultimate dependence on Allah as the Creator
.
1- like love post in
2- Comment “apa perubahan yg anda akan lakukan”
Atau baca surah Yusuf
Atau baca surah lukman
Atau tadabbur
3- share post ini. Jomkita bantu lebih ramai orang..

About HusnaHaron

Leave a Reply