was successfully added to your cart.

MENDIDIK DIRI SENDIRI, MELALUI ANAK UNTUK SABAR (DELAYED REWARD)

MENDIDIK DIRI SENDIRI, MELALUI ANAK UNTUK SABAR (DELAYED REWARD)
.
Post ini ditujukan kepada diri kita yang mahukan pelbagai impian ditunaikan. Sudah berusaha macam macam tapi belum dapat.
.
Dalam surah al lail, Allah berfirman tentang 2 jenis struggles. Struggle yang menuju kesenangan vs struggle yang menuju kesukaran. Diri anda, impian anda, sekarang ini struggle yang mana? Surah ini begitu detail to describe the character of each struggle. Jemputlah untuk berguru dengan guru tafsir.
.
Allana bertanya banyak pasal pokok baru ni. Kenapa pokok dikategorikan sebagai hidupan tetapi tidak bergerak. Kenapa ada pokok layu. Kenapa bila mama cakap siram pokok, ia dituju kepada pokok dalam pasu sahaja. Kenapa pokok landscape di tanah tak perlu siram..
.
MasyaAllah.. Allah permudahkan urusan saya utk explain melalui aktiviti “tanam pokok” di sekolah beliau.
.
Lantas saya katakan kepada allana..
.
Mama : cuba lana tengok.. Pokok kalau nak tumbuh, apa yang kena ada?
Lana : lana tahu! Teacher said must have water, sun light, air and err…space! (hoho pandai pula dia tambah space tu)
Mama : kenapa ada space
Lana : sebab pokok sempit nak keluar bila tak de space πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Mama : ohhh.. So.. Berapa lama nak jadi besar?
Lana : lama! Sangat lama! Hari ni lana tanam. Esok tak keluar pun. Pergi lusa pun tak nampak. Tapi cikgu kata kena siram… (2==_4+4_45+!) lepas hari hari hari hari baru nampak anak pokok!
.
Mama : allana kena sabar kan? Kena usaha siram kan?
.
Dalam Alquran surah al baqarah 2:153.. Allah cerita pasal “mohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat”.
.
Lana : nape tak de pun pasal usaha?
Mama : ada.. Usaha memang ada. Kat surah lain.
Lana : kenapa sabar dulu? Bukan solat dulu? Kan mama selalu suruh solat.. Solat.
.
Saya terkedu dengan soalan simple alana. Menarik nafas panjang. Sambil bacakan alfatihah di hadapan allana. Untuk retrieve my memories. Dalam kelas tadabbur di rumah ngaji medina, memang ada seorang ustaz bertanya soalan ini kepada peserta. Saya ada cuba menjawab. Dab ustaz berikan hadiah tiket seminar. Lantas saya explain…
.
Mama : kena sabar dulu.. Sebab bila kita usaha tanpa sabar, kita akan bergantung kepada selain Allah. Bila allana nak tanam pokok, allana tanpa sedar bergantung kepada USAHA SIRAM POKOK, bergantung kepada USAHA TENGOK HARI HARI. di mana Allah? Kebergantungan kepada Allah tu? Walaupun mulut cakap bergantung pada Allah, dalam hati tidak mcm tu.
.
Lana : errrr (muka terpinga)
.
Mama : bila kita bergantung pada Allah.. Hati akan sentiasa tenang dan tiada dukacita. Mcm dalam surah Al-Baqarah 2:38
.
Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.
.
Lana : so? Lana doa je?
Mama : usaha tetap perlu. Tapi Kebergantungan tu pada Allah.
Lana : Solat?
Mama : bila dah bergantung kepada Allah.. Kita usaha… Kita doa dan sabar. Lalui proses itu dengan hati yang tenang dan tiada dukacita. It requires heart transition. Then solat akan lebih bermakna. Beza nilai solat kalau kita bergantung kepada usaha vs solat hanya solid untuk Allah.
.
Lana : pokok pun solat ke mama?
Mama : pokok berzikir
.
========
Do u get something from this?

About HusnaHaron

Leave a Reply