was successfully added to your cart.

MAKANAN DAN IMPAK KEPADA ALQURAN.

By October 21, 2018Blog, E - Exercise & Makan

MAKANAN DAN IMPAK KEPADA ALQURAN.
.
Goals eating healthy and clean, rasa sedapnya bukan pada lidah. Tapi rasa sedapnya ada pada KELAJUAN OTAK UNTUK BERFIKIR, badan yang semakin sihat, dan kemampuan menjemput rezeki, masa, dan kefahaman Alquran hasil daripada kelajuan otak.
.
Inilah definisi SEDAP untuk berubah kepada eating healthy. Gambar Itu bukan sekadar nasi goreng. Tetapi nasi goreng + quinoa yang digoreng dengan perencah homemade kasih sayang dan amat kurang minyak. Nasi guna beras perang. Dan saya tahu ia disajikan pada waktu sarapan kerana energy burn lebih banyak..
.
Alhamdulillah kini di rumah penggunaan gula sudah turun kepada 5% sahaja (utk tetamu tegar). Makan buah buahan dan sayuran sudah menjadi menu utama. Daily detox dgn ACV+MADU sudah menjadi rutin. Daily lemon drink + chia seed sudah diamalkan. Exercise sudah menjadi rutin. Alhamdulillah.. Sungguh benar! Alquran penuh dengan berita gembira. Amalkan ilmu dengan booster dari Alquran sungguh berbeza.
.
Personally, saya sudah 70% mampu ke arah eat clean. Keluarga, migration kepada 55%. I know it is a continuous effort. Bukan sekadar makan, ia disertakan dengan explanation. Purposely saya tidak buat perubahan mendadak. Kerana di luar ada banyak makanan yg boleh dipilih..
.
It is a huge success bila melihat anak menolak junk food di luar rumah..Allah yg Maha Menguasai lah yang disandarkan. Moga Kawalan diri anak dan keluarga menjadi mantap. There are times mereka termakan junk food, dan mereka tahu apa akibat kepada fizikal lantas ditolak utk seterusnya. Allahuakbar!
.
Slowly and surely…
Istiqamah penting kan…
Small changes lead to bigger change.. Bigger impact…
.
Surah Yunus ayat 89
“Sungguh, telah diperkenankan permohonan kamu berdua, karena itu istiqamahlah kamu berdua pada jalan yang lurus dan jangan kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui.”
.
Transition menuju makanan yg sihat seluruh keluarga tidak dapat dilakukan sekelip mata. Makanan melibatkan budaya, taste bud, selera dan pelbagai.. Maka, eating healthy menjadi amat sukar untuk dimulakan. Oh saya bercakap tentang realiti.
.
TUKAR DEFINISI RASA SEDAP, MEMBOLEHKAN IA DILAKUKAN.. dgn izin Allah…
.
So bagaimana utk anda mulakan? Lakukan baby steps. It is ok walaupun usia sudah dewasa. Small little changes pasti ada perubahan. Alquran perlukan PERUBAHAN DILAKUKAN..kita sama sama ya…
.
So utk permulaan.. Mulakan dengan air.
.
1) say bye bye to air manis
2) minum air masak/mineral sahaja 2.5liter untuk wanita. 3.5liter untuk lelaki.

Atau

Every 25kg,1 liter air.

3) rekod kan jumlah itu.. Dan consistent kan untuk 7 hari. Perhatikan, permulaan banyak kencing. Itu normal. No longer water retention tinggi..ucapkan tahniah pada diri sendiri sebab mampu berubah. Kemudian amalkan lagi untuk 20 hari.. 30 hari hingga mati.. Mohon pertolongan Allah. Dalam Alquran banyak Allah berfirman tentang air tau.
.
So boleh komen “saya minum air cukup!” in shaa Allah

About HusnaHaron

Leave a Reply