was successfully added to your cart.

RAHSIA JEMPUT REZEKI DARI SUMBER SEKELILING..

By October 19, 2018Blog, I - Ilmu

RAHSIA JEMPUT REZEKI DARI SUMBER SEKELILING..
.
bersyukur, sesuatu yang kita sudah tahu. Terlalu ramai yang menyatakannya. Pelbagai cara. Syukur ada 3 elemen utama
.
1) objek syukur : apa yang disyukuri
2) rasa syukur : perasaan yang hadir di sebalik kesyukuran itu.
– tiada rasa hanya lafaz di bibir
– ada rasa hingga kegembiraan terserlah
– rasa malu, segan dan terharu sebab banyak nikmat dapat
3) perubahan tenaga.
.
So syukur yang bagaimana yang kita lakukan selama ini? Jomkita audit! Ada sekitar 101 kali perihal bersyukur diceritakan di. Dalam Alquran.
.
Syukur yang ditambah nikmat hadir dari perasaan yang tinggi hingga tenaga dibesarkan.
.
Getaran trillion persecond meningkat. Amplify kan frequency fikiran syukur itu… Menghasilkan tenaga yang besar.. Dan syukur ini adalah syukur yang benar benar lahir dari hati tanpa merasuah mahukan apa apa..
.
Ibrahim 14:7
.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
.
Dan bukankah Allah itu Maha Membalas apa jua yang kita lakukan keranaNya? Peningkatan nikmat adalah side effect kerana itu..
.
Sekiranya nikmat itu tidak ditambah? Kecelakaan? No hal sebab Allah itu jauh lebih Nikmat dari Segala Nikmat! Di dalam drama celaka dirasakan nikmat, di dalam drama musibah dirasakan nikmat.. Di dalam drama dapat hadiah dirasakan nikmat.. Di dalam keadaan apa pun dirasakan nikmat… Allahuakbar! Subhanallah!
.
Lihatlah sekeliling kita… Lihatlah di dalam diri kita..
Hinggakan kita mula merasai Mengamalkan Alquran, penuh kebahagiaan… Kerana energi terhasil menyebabkan kita nampak kebaikan di dalam keburukan. Akhirnya yang ada adalah hanya yang indah….
.
Subhanallah.. Maha Suci Allah dari segala keburukan…. Smile.. Smile.. Smile..😊♥️♥️♥️

About HusnaHaron

Leave a Reply