was successfully added to your cart.

MENJEMPUT REZEKI DARI SUMBER YANG TAK DISANGKA..

MENJEMPUT REZEKI DARI SUMBER YANG TAK DISANGKA..
.
Belum sempat masuk rumah.. Allana berkobar kobar nak bercerita..
.
Lana : Mama! Mama tahu tak! Hari ni kan.. Lana Happy! Sebab lana bagi hadiah kat afiq!! (muka sgt excited!)
.
Mama : lana bagi apa?
Lana : bagi rahsia! Mama cepatlah! Tengok ni! (dengan sungguh tak sabar)
Nilah hadiah yang lana bagi!
.
Bila dilihat hadiah itu.. Saya pula yang terharu. Beliau berikan toys yang beliau amat sayang kepada afiq. Ada 3 toys +RM1 + diletakkan dalam beg + ditulis nama “Afiq” pada beg tersebut..
.
Beliau berikan hadiah BUKAN DARI YANG TERBURUK. ATAU DARI YANG BELIAU SUDAH TIDAK MAHU.. beliau berikan dari tersayang, dipersembahkan dengan yang terbaik. Sesuai dengan usia beliau..
.
MasyaAllah.. Memang benar janji Allah…
.
Al-Baqarah 2:267

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
.
Apakah significant nya kisah allana ini?
.
Tak lama selepas beliau tunjukkan hadiah kepada afiq itu.. Saya katakan kepada Allana..
.
Mama : allana.. Lana tahu tak, setiap kebaikan yg kita lakukan semuanya dihitung (surah alzalzalah 99:7)…. Atas apa yang kita usahakan Allah itu Maha Cepat HitunganNya (al baqarah 2:202)
.
Lana : ya tahu! Mama dah cakap banyak kali dah… Lana faham dah…
.
Mama : ya.. Mama akan terus cakap lagi dan lagi… Sampai mama mati….Allah dah balas dah apa yang Allana sedekah pada afiq..
.
Lana : huh? Allah dah balas? Lana dah masuk syurga? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
Mama : pejam lah mata dan kira sampai 20..
Lana : 1..2..3…..20
Mama : tadaaaaaaaaaa!
Lana : Wahhhhhh syukur Ya Allah.. Thank you Mama! Bagi hadiah Hello Kitty Set**! Memang Lana nak yang ni pun! Sebab sama dengan kawan lana. Mcm mana mama tahu? Lana tak cakap lagi kat mama.
.
Mama : mama passkan je. Bukan mama beli.. Allah bagi melalui kawan mama. doktor pakar namanya Doc Noor. Noor Fidak Samsudin Beliau pergi seminar mama. Beliau pesan.. Ni hadiah untuk Allana…
.
Lana : eh macam mana doktor tahu ni yang lana nak?
.
Mama : sebab Allah yang jentik hati beliau…
.
Bila allana sedekah dari yang terbaik kepada afiq..sebab nak bagi afiq happy.. Allah balas lah bagi Allana happy 😊 😊 😊
.
Lana : ohhhhhhh kalau macam tu.. Lana sedekahlah lagi! Boleh dapat lagi!! Wahhhhhh
..
Mama : bijak allana! Tapi sedekah kerana nak Allah sayang. Bukan sedekah rasuah Allah tau…
.
**praktikal surah adh dhuha 93:11
============
.
Kisah Allana ini simple sahaja..
Tapi cukup untuk kita faham BAHAWA AMALKAN QURAN.. MEMBERIKAN KITA PELBAGAI KEBAHAGIAAN… MasyaAllah!
.
Jomkita! Amal Alquran… Anda? Hari ni amal ayat apa? Amal bagaimana?

About HusnaHaron

Leave a Reply