was successfully added to your cart.

MAKANAN YANG BERI KESAN KEPADA ALQURAN..

MAKANAN YANG BERI KESAN KEPADA ALQURAN..
.
Ammar : mama.. Kenapa semua benda mama nak masak? Kan boleh beli..
Mama : tak semua la. Kan ada juga yg mama beli.
Ammar : ya la.. Tapi kenapa
Mama : sebab.. Kita tahu apa yang kita makan. Contoh.. Coklat untuk waffle ni. Coklat teramat bagus utk salur darah. Utk otak. Utk jadi bijak. Tapi.. Yang ada di pasaran ada banyakkkk sangat gula. Gula proses pula tu. Kalau coklat boleh beri impak kepada otak 100%, bila ada gula proses, fungsi coklat tu berkurang mungkin jadi 30% saja. Malahan, fungsi otak berkurang lagi. (% ini Perumpamaan sahaja. Bukan % tepat berdasarkan research)
.
So kalau nak manis? Ada alternatif lain yang subhanallah sangat banyak..
.
Contoh..
Gula dari tebu.
Tebu berikan fructose, glucose untuk tenaga. Bagus untuk manusia. Gula semula jadi bagus. Gula yang perang tu. Tapi gula perang yang diproses Hingga jadi putih, sudah di masukkan barang kimia untuk lunturkan warna jadi putih. Gula tu dah jadi “kotor”.
.
Boleh tak makan?
Makanlah.. Hidup je.. Cuma badan bekerja lebih keras lah untuk hadam. Organ akan terkesan. Otak sangat sangat terkesan..
.
Makan sekali sekala tK de hal.. Tapi berkali kali.. Hari Hari.. Beri kesan significant. Ditambah kalau tak jaga solat, tak puasa, tak Exercise, tidur tak cukup..
.
Salah ke tebu tu? Tak. Tapi LIHATLAH DIMANA KEZALIMAN ITU…ia adalah pilihan. Pilihan yang bawa kita kepada menuju Allah atau menjauh dari Allah..
.
Bila badan DIBEBANI DENGAN pelbagai makanan yg dizalimi.. Banyak oxygen difokuskan untuk penyembuhan. Kuranglah oxygen ke otak.
.
Hatta nak upgrade faham Alquran pun badan sebolehnya perlu sihat..Hatta tak sihat pun, ada ayat Alquran nya.
.
Tapi islam tak menyusahkan… Segalanya ada solusi. Sunnah nabi Muhammad saw ada. Segala yang Allah ciptakan ada KESEIMBANGAN. Banyak ayat Alquran pasal ni…
.
Makanan sunnah bukan hanya berkisar kepada Kurma, buah tin dan minyak zaiton sahaja. Makanan sunnah juga berkisar tentang PEMILIHAN MAKANAN yang Halal dan Baik.
.
In shaa Allah kita memilih makanan yg halal. Cuma apakah di dalam halal itu.. Ia SPECIFICALLY BAIK UNTUK KITA dalam proses mencari Allah.
.
Cinta Allah dan Syurga tertinggi buat Guru Eat Clean iaitu Kevin Zahri, DrRizal Abu Bakar, Ejoy Susu Sejat, Dr Mizam Baha dan Dr Nor Azima Mohd Razalli.
.
Silalah stalk Facebook mereka…

About HusnaHaron

Leave a Reply