was successfully added to your cart.

TETAMU.. ADAB.. DAN ALQURAN.
.
Anak anak jiran datang beraya. Ni adalah Lai Chi Kang yang telah diubahsuai. Versi lebih sihat. Sangat sedap.. Bila benda baru nak diperkenalkan.. Saya katakan ini..
.
Haaa korang kan remaja handsome sekarang. Belajar nak kena pandailah. Ni badam, bagus utk otak. Tu ha.. Ada jerawat kan.. White mushroom ni bagus utk kulit kasi licin… Mcm2 lah yang saya cerita.
.
Resipi ni ada
1- fungus white mushroom. Fungsinya kurang sikit dari sarang burung. Harga ekonomi
2- superfood chia seed
3- makanan otak kacang badam
4- buah kembang semangkuk
5- kurma utk manis natural
6- gula kelapa
7- kismis.
.
Juga ada biskut raya sediakan. Semua ambil yang ini. Makanan baru kan..pelbagai ulasan yang saya dengar..
.
Sedapnya!
Cubalah makan! Tak de rasa apa pun. Manis je!
Serius yang merah ni tak de rasa apa apa.
Eh ni apa? Boleh makan ke?
Tak sakit perut ke bila makan.
.
Majoriti habiskan. Beberapa tak berani makan.
.
Saya mempelajari sesuatu….makanan healthy perlu dijadikan pilihan alternatif di samping hidangan yang biasa dimakan. MERAIKAN TETAMU JUGA PENTING. Memastikan tetamu kenyang dan gembira juga penting..
.
Walaupun saya tahu banyak juadah raya yang side effects mengurangkan potensi otak.. Saya tidak boleh sewenangnya influence orang lain utk berubah secara drastik. Tiada impak significant pun kalau setakat hidang sekali. Dan pada waktu yang sama tidak menjaga makan sepanjang hidup..
.
Tapi jiran jiran saya jenis yang pakar memasak! Maka, mereka selalu makan yang healthy! Saya pula yang selalu minta resipi dengan mak mak mereka.
.
Sekurangnya usaha kecil saya adalah MEMPERKENALKAN makanan sihat. In shaa Allah pasti orang lain akan sambung usaha ini.
.
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (surah Al-Baqarah 2: 185)

Dan saya amat percaya.. Sistem badan manusia, Allah jadikan dengan begitu hebat..sistem pertahanan badan amat bagus. Pernah terfikir juga, perokok ramai je yang hidup lama. Yang makin efficient bila hisap rokok. NAMUN, KAJIAN TELAH MEMBUKTIKAN BANYAK MAKANAN YANG HALAL YANG TIDAK BAIK (TAYYIB) MEROSAKKKAN FUNGSI OTAK.. ia mempengaruhi perkembangan Spiritual SEKIRANYA tidak UPGRADE YAKIN KEPADA ALLAH. Allah yang Maha tidak tertakluk kepada apa apa undang undang dunia.
.
Kita adalah apa yang kita fikirkan
Kita adalah apa yang kita baca
Kita adalah apa yang kita makan..
KITA ADALAH APA YANG KITA AMALKAN!
.
Kita nikmati. Kita bertanggungjawab. Kita hadap.
.
Subhanallah.. Maha suci Allah dari Imperfections.
.
Manusia dijadikan sebaik baik ciptaan… Hinggalah ia direndahkan. (surah attin 94:4-5).
.
anak anak jiran ini mengajarkan saya sesuatu… Terima kasih datang beraya… 😘😘😘
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle

Sekiranya post ini bermanfaat.. Ya diizinkan untuk share 😊😊

About HusnaHaron

Leave a Reply