was successfully added to your cart.

Alquran itu diturunkan di dalam hati manusia. Maka, amat penting untuk kita menjaga hati. Apabila kita hanya membaca, in shaa Allah akan dapat pahala. urusan Allah lah yang memberikan pahala itu. Namun, apabila alquran itu dibaca TANPA menilai kesihatan hati, maka ia kurang memberi impak kepada memahami isi kandungan alquran. lantas, alquran hanya dibaca, tanpa diamalkan untuk selesaikan apa jua keperluan hidup. Alangkah ruginya kita. Sedangkan Rasulullah S.A.W. bersabda tentang “berpegang teguh lah kepada Alquran dan Sunnah, pasti tidak sesat”. sesat daripada apa? roh di dalam jasar perlu kembali kepada Allah. roh ini mahu kembali setiap saat. di dunia lagi. Bukan hanya setelah mati. di sinilah fungsi alquran. Allahuakbar! dan perhatikan dimanakah letaknya alquran?
.
Alquran letaknya di dalam rukun iman. iman adalah sistem kepercayaan. sistem ini letaknya di dalam minda separa sedar. di dalam jantung hati. sistem kepercayaan ini tersangat powerful. apa yang kita percaya, akan di tarik ke dalam realiti kehidupan kita. APA SAHAJA YANG KITA PERCAYA. dan kepercayaan itu bermula dengan apa yang kita fikirkan. dari fikiran ini lah menghasilkan impian, kemahuan. Pakejnya adalah ujian, musibah.
.
Apakah ujian? Sesuatu yang secara asasnya kita tak suka. Yang terhasil dari pemikiran, yg mengeluarkan frequency. Maka, ia mengubah emosi kita. Dari high vibration emotions drop to low vibration energy. Maka,
.
– pemikiran positif menarik apa yg kita inginkan.
– Pemikiran negatif menarik apa yang kita TIDAK INGINKAN kerana asbab hati kotor melihat dari sudut negatif, itu zalim. Kerana dari Allah, semuanya indah.
.
Ini usaha kita. Dari perspektif manusia. Mengikut hukum alam sunnatullah. Selalu Husna Haron tekankan perkara ini dalam seminar Auditlife
.
Jadi.. Bila berlaku apa apa ujian, AMAT PENTING UNTUK KITA KAWAL PEMIKIRAN kita. Nama pun ujian, ia menyebabkan Akal kita mudah dikawal fizikal yang bersifat haiwan. Melainkan sekiranya kita selalu ingat Allah, akal itu akan dikawal oleh roh. Side effect nya adalah KETENANGAN. Dengan tenang kita mudah berfikir waras. INI ADALAH ASAS UNTUK AMALKAN ALQURAN.
.
Apakah membaca alquran tanpa bersihkan hati tidak berkesan? membaca alquran itu yang membersihkan hati. salah satu cara. maka, amat penting untuk kita pantau kesihatan hati. bagaimana? HusnaHaron ceritakan in detail dalam Seminar Audit Life. kerana ada latihan praktikal
.
Saya teramat tertarik dengan ulasan video di bawah ini. Di mana, bila mana kita mula memberikan masa untuk memahami isi kandungan alquran, ia akan masuk ke dalam lapisan hati yang lebih dalam. Berguru itu perlu. berguru akan memberikan kita ilmu teknikal tentang alquran. ilmu teknikal ini banyak silibusnya. Silibus tajwid, taranum, tafsir, balaghah, bahasa arab, tadabbur dan ada 18 cabang utama ilmu alquran.
.
untuk apa semua itu? untuk kita kemudi kehidupan kita, agar setiap masa hati kita dipandu oleh Allah. Hati manusia ada 4 lapisan. dan lapisan paling dalam itu menyebabkan kita “install google” dalam hati. Akses ilmu di perpustakaan dunia. Melalui ilham,alam, guru dan pelbagai sumber. yang sebabkan kita melihat alam ini adalah Kitab Terbesar ilmu. DAN AMAT PENTING UNTUK KITA VALIDATE APA JUA ILMU DENGAN ALQURAN. kerana hanya alquran yang terbukti terjaga dan segala kebenaran ada di dalamnya. Bukankah alquran itu kata kata Allah. Ayuh.. jomkita baca alquran dengan hati yang bersih. saya terangkan lagi secara detail bagaimana MENGGUNAKAN alquran dala seminar Audit Life Supermommy. In Shaa Allah. boleh lihat di sini wwww.formulamasa.com/auditlife

#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle

About HusnaHaron

Leave a Reply