was successfully added to your cart.

JATUH CINTA BERKALI KALI DENGAN TAJWID (siri 2 of 4)

JATUH CINTA BERKALI KALI DENGAN TAJWID (siri 2 of 4)
.
Tak kenal maka tak cinta. Kalau kita belajar tajwid tanpa nampak fungsinya maka kita akan hadapi masalah nak consistent baca AlQuran dengan tajwid.
.
Bila sebut pasal tajwid.. Ramai orang yg give up, malahan malas… Sebab terlalu banyak peraturan. Yer lah, kalau kita amatur.. Berguru dengan guru yg ilmu tajwid tinggi.. Kita mungkin rasa give up di tegur terlalu banyak. Lama lama akan keluar lah rasa “tak nak lah belajar tajwid”
.
Guru Alquran pertama saya iaitu Abah, begitu berseni ketika mengajarkan tajwid. Dia tahu.. Saya jenis yg tak suka banyak sangat peraturan..daripada Tak baca langsung Alquran.. Beliau longgar kan sikit peraturan tajwid.. Malahan, dipuji bacaan utk mendorong. Ada orang spesisnya macam saya. Ada orang, tegur lah 80kali pun dia belajar saja.
.
Hingga lah satu ketika saya merasakan bahawa ilmu tajwid saya terlalu sedikit. Serius tak tipu. Sekadar pandai baca Quran saja. Dalam kepala masih lagi mempertikaikan KENAPA PERLU BACA DENGAN TAJWID. faham dan amal mesej Alquran cukup lah..walaupun ramai orang menceritakan tentang “inilah bacaan dari Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Melalui Malaikat Jibril.
.
My question was” kenapa silibus nya tak habis habis?”.. Kenapa Abah dari muda Hingga usianya sekarang masih lagi belajar tajwid? Kenapa?
.
Lama saya mencari… Dan subhanallah.. Apabila saya ketemui sebabnya.. Saya tidak menoleh lagi…. Terus belajar dan belajar bab tajwid..
.
Rupa rupanya… Apabila kita BERUSAHA IMPROVE KAN TAJWID.. Tahap FOKUS kita akan meningkat. Berlaku peningkatan integrasi antara mata, otak, suara, vibration badan, nafas, dan tenaga. Malahan, sekiranya kita faham apa yg kita bacakan.. Ia akan mempengaruhi frequency fikiran.
.
Utk apa semua ni? Utk DAPATKAN CINTA DAN KASIH SAYANG ALLAH. ABSOLUTELY.
.
Dalam proses kita upgrade TAJWID, kita akan dapat SIDE EFFECT FOKUS yg meningkat. Kita lebih mudah utk fokus ketika melakukan kerja di luar waktu bacaan Quran. Lebih banyak bacaan DENGAN UPGRADED TAJWID Dilakukan… Lebih meningkatlah fokus. NAMUN, fokus ini kurang berlaku kepada Mereka yg sudah lancar bacaan tajwid nya.
.
Maka, oleh sebab itu.. Proses teruskan ke next level of tajwid diperlukan. QIRAAT membantu. (orang amatur mcm saya jauh lagi nak ke arah qiraat)
.
Maka, bila kita upgrade tajwid.. Kita dapat pahala DAN Dapat fokus. dalam proses uprade itu.. Neuron baru akan lahir di dalam otak kita dek kerana ilmu baru. Lebih banyak neuron, lebih banyak gliacel. Lebih bijak in shaa Allah.
.
Proses lebih bijak ini dikaitkan pula dengan keupayaan kita utk berfikir memahami message Alquran. Ia melibatkan berfikir dengan jantung hati dan berfikir dengan otak. Apa yg kita makan, amat mempengaruhi kefahaman kita… Proses ini dinamakan tadabbur.. Utk mendapat alhikmah (surah al baqarah 2:269, lukman 31:12) iaitu keupayaan memahami Alquran dan Sunnah. Barang siapa mendapat alhikmah, ia mendapat kurnia yg banyak..Jom kita sama sama doakan agar kita dikurniakan alhikmah!
.
Dlm proses ini, membaca Alquran haruslah disertai dengan ADAB membaca Alquran. Salah satunya adalah persiapan jantung hati. Inilah yg saya namakan sebagai QURAN CONNECTION. Skill di dalam hati. Ia adalah complimentary premium yg saya kongsikan kepada peserta seminar TimeREVAMP. Seminar Quranic Lifestyle utk life balance.
.
Maka.. Dalam proses ini.. Kita akan nampak punca utama masalah hidup adalah kerana khusyuk yg semakin hilang. Pemikiran yg melompat.di dalam solat, macam2 yg difikirkan. Dan ia diselesaikan dengan mudah di dalam proses upgrade tajwid, DENGAN QURAN CONNECTION.
.
Kerana dengan Quran Connection, kita serahkan diri dikawal oleh Allah yg Maha Unlimited. Bukan dikawal oleh diri yg limited. (practical surah al lail)
.
Maka… Apakah anda makin jelas kenapa kita perlu UPGRADE TAJWID?
.
Quran di dalam kehidupan kita di dunia ini. Utk bawa kita ke akhirat. Agar kita dapat lebih cinta dan kasih sayang Allah di dunia dan di akhirat. Syurga adalah hadiah!
.
Quran adalah hadiah terindah utk kita kembali kepadaNya. Jemputlah ke #rumahngaji di sekitar anda. Di sana ada banyak program Alquran. Banyak yg percuma.. Utk kita dan #savingfamilies Kita dari sengsara kerana tidak bergantung kepada Allah.
.
Allahuakbar…ya diizinkan utk Share post ini. Cukup 40 share.. Saya kongsikan lagi rahsia tajwid yg lain. Ok? .. Anda mahu?
.
Disclaimer : ini bukan berdasarkan kajian PhD. Ia adalah pengalaman peribadi di mana ia dimasukkan ke dalam sistem kepercayaan. Dan percaya bahawa Allah itu Maha Kun Fayakun. Anda lalui dengan praktiskan, rasai sendiri.

About HusnaHaron

Leave a Reply