was successfully added to your cart.

SUNSET YANG DIKEJAR VS SUNSET YANG TERBIAR…

By April 12, 2018Blog, M - Me Time

SUNSET YANG DIKEJAR VS SUNSET YANG TERBIAR…
.
Matahari itu satu shj dalam sistem solar kita. Matahari yang sama terbenam di tepi pantai, ramai yang kagum…malahan begitu kagum. Keluar lah lafaz subhanallah.. MasyaAllah… Lepak lagi di tepi pantai menyaksikan perubahan warna alam dari oren ke merah.. Sudah masuk waktu maghrib.. Lepak dan kagum lagi… Apa khabar solat maghrib?
.
Matahari yang sama terbenam di depan rumah..di pejabat.. Di jalan raya. Ironinya, tetap cantik. Kecantikan yang diendahkan.. Dibiarkan… Sibuk mahu solat maghrib atau masih di jalanan menghadap jem? Atau berkejar untuk sampai destinasi.
.
Solat tidak mengira tempat. Solat berjemaah di masjid lebih bagus. Solat awal waktu lebih bagus. Solat di MANA MANA MASJID pun boleh. SOLAT DI MANA MANA tempat pun boleh.
.
Terkadang kita banyak melayan fikiran diri.
– Alaaaaa solat kat rumah lah.. Lagi 20 minit sampai..
– alaaaaa seluar / kain kotor lah tunggu Kat rumah lah.
– tanpa sedari di rumah.. Anak pula meragam, bergaduh.. Berdrama..Saya
.
Solat pun terpaksa hujung hujung.. Kalau sempat solat. Kalau terlayan drama.. Tak sempat solat pula. Fizikal mungkin sihat, roh di dalam fizikal tidak sihat. Tidak afiat. Maka, TAK JAGA SOLAT, SIDE EFFECT ADALAH masa yang kelam kabut. Hidup bercelaru..senarai problems jadi banyak sebab kita guna upaya diri sendiri yang serba terbatas.
.
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

(Al-Baqarah 2:153)
.
Jom perbetulkan niat. Solat kerana Allah. Kerana cintaNya.
.
It’s OK untuk solat di Petronas.
It’s OK untuk solat di atas rumput .
It’s OK untuk solat di masjid di jalanan..
It’s OK untuk solat di taman
It’s OK untuk solat di tepi jalan yang selamat.
.
Bentanglah tikar untuk lapik sejadah.
Boleh beli groundsheet kat kedai hardware. Harga rm8 je. Letak kat dlm kereta
.
Jom kita sama sama jaga solat ya… Allah tak perlukan kita utk solat padaNya. Dia sudah sedia hebat..kita yang perlukan Allah..
.
Jom kita!
.
Diizikan share post ini. Rakan anda yang selalu terkandas dalam jem terutamanya yang perlukan tips ini. Terima kasih Ya.

About HusnaHaron

Leave a Reply