was successfully added to your cart.

RUTIN SIMPLE, TAPI LIHATLAH SIDE EFFECT NYA..

RUTIN SIMPLE, TAPI LIHATLAH SIDE EFFECT NYA..
.
Malam tadi camping depan rumah. Before subuh, saya masuk rumah. Lakukan rutin simple ni.
.
1) Solat,
2) baca AlQuran dengan perlahan laha
3) buka tingkap rumah supaya udara segar pagi masuk..moga moga Allah arahkan udara rotate setiap masa.
4) morning workout 30 minit. Cycling je hari ni..
5) Pasang radio Quran volume hingga seluruh rumah dengar..tidak kuat sangat.
.
6) sediakan sarapan simple
7) kemas rumah
8) iron pakaian
9) bersiap…Dan solat subuh.
.
Semua di atas hanyalah 1 jam. Biasa je aktiviti di atas..
.
Yang luar biasa nya adalah… Rutin 1-5 tu memberikan side effects energetic pagi pagi. Yang buatkan kita start hari itu dengan mudah. Dan yang utama HATI TENANG SEPANJANG PAGI.. most mommies biasanya berperang pada waktu pagi.
.
Bila kita skip 1-5, setel juga 6-9 tu. Bezanya, perhatikan perasaan dan ketenangan hati kita..
.
Bila melibatkan Alquran.. Ia sangat terkait dengan KEPERCAYAAN. Step 1-5 di atas tidak memberikan side effects yang saya nyatakan di atas sekiranya tidak dihadirkan dengan UPGRADE RASA PERCAYA PADA ALLAH dan kalamNya Alquran.
.
Cubalah!

About HusnaHaron

Leave a Reply