was successfully added to your cart.

DAPAT HADIAH BERNILAI RM25 RIBU!!? KERANA ALQURAN

😱😱😱dapat hadiah bernilai rm25 ribu!!?
Kerana Alquran….
.
Ada 1 kali tu, saya conduct 1 in house training utk staff yg baru masuk. Bagaimana utk Guna Side Effect Alquran utk siap kerja siap dgn efficient. Semua staff seronok mendengar. Namun Lukmanul Hakim sibuk dengan laptop nya.. Dalam hati saya.. Tak apa lah beliau tak fokus.. Beliau dah biasa sangat dengar saya berseminar. Dan beliau tahu skill Quran..
.
Sedang saya seronok bercerita tentang Alquran pada 15 staff lain… Tiba² lukman tersenyum lebar. Kegembiraan yg jelas terpancar di wajah nya.. Umpama dapat lamaran kahwin dari puteri kayangan.
.
Dan beliau berkongsi di hadapan semua Staff…kata beliau…
.
“puan… Task yg puan bagi kat saya, saya ambil masa seminggu nak siapkan 95%. Lagi 5% saya tak dapat² Solusinya. Sedangkan petang ni saya dah kena present internal portal ni pada semua Staff.. So saya teramat desperate.. Saya buka Alquran utk cari Solusi. Dan saya terkena tamparan dengan ayat Alquran. (Sila rujuk pic 4)
.
# Perumpamaan lalat digunakan utk menunjukkan Kebergantungan kepada makhluk, Bukan bergantung kepada Allah…
.
Betapa selama ini saya refer kepada lalat Google.. Lalat forum.. Lalat buku.. Lalat kawan.. Pelbagai lalat yg saya refer utk selesaikan task ni. Saya tak berdoa pada Allah.. Saya tak mohon pada Allah utk ilhamkan.. Saya tertampar dengan ayat Alquran ni. Disebabkan itu saya istighfar banyak² mohon ampun pada Allah.. Saya istighfar tu time puan sedang bercerita tentang Alquran tadi.. Habis aja istighfar.. Tiba² saya dapat idea macam mana nak solve kan task ni. DAN YG 5% PENDING SELAMA SEMINGGU sebab refer kepada pelbagai “lalat” itu.. Setel dalam hanya beberapa saat lepas mengadu pada Allah… Allahuakbar..
.
Dan kini beliau terbang jauh…..
Allahuakbar… Alquran benar² petunjuk…
.
Beliau adalah adalah Website Manager utk FormulaMasa. Apa yg saya kongsikan pada beliau tidak lain tidak bukan hanyalah Quranic Time Management (TimeREVAMP)…
.
Selagi kita berpegang kepada Alquran.. Lihat, dengar dan rasai sendiri bagaimana Allah menyentuh jiwa kita dengan pelbagai miracleNya. Yang kita tidak sangka²…
.
Apa jua masalah hidup.. Impian hidup.. Harapan hidup… Segalanya… Adalah untuk kita lebih kenal Dia dan bergantung kepada kekuasaanNya Yang sungguh Kun Fayakun…

Jom kita sama sama…

About HusnaHaron

Leave a Reply