was successfully added to your cart.

SYURGA, NERAKA VS QURAN..

By June 5, 2017I - Ilmu, QURAN

Di manakah status kita?
Setiap masa.. Saya cuba perkenalkan siapa Allah kepada Ammar dan Allana. Mengajarkan mereka alquran lebih “kena” dan lebih “bertujuan” bila diceritakan tentang tujuan utama alquran itu diturunkan. Tujuan utk kembali kepadaNya. Allah berikan kehidupan kepada kita SERBA CUKUP dan panduan alquran utk kembali kepadaNya. Dan selayaknya kita memang boleh dan mampu utk kembali kepadanya. Kerna, Allah yg telah menjadikan kita dlm bentuk yg sebaik baiknya.. (surah al tin).
.
Utk kembali padaNya melalui kehidupan dunia ini.. Allah ilhamkan kita jalan kejahatan dan ketakwaan (surah AsySyams).. Dalam sepanjang proses kita hidup. Semasa kita bekerja, semasa bersama Family, semasa kita selesaikan masalah… Buat keputusan ke arah takwa kita rasai BAHAGIA. sekiranya sebaliknya.. Kita direndahkan taraf (surah altin). Alquran sentiasa ada utk pandu berikan kompas petunjuk.. Untuk benar benar kembali kepadaNya.
.
Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani… Allah akan buatkan kita kembali kepadaNya dengan penuh kasih sayang kalau kita ikut apa yg disuruh dan tinggal apa yang dilarang.
.
Dengan penuh kasih sayang juga… Sekiranya kita ingkar, Allah menarik kita kepadaNya dengan kekerasan..Hasil dari apa yg kita lakukan. Masalah kesihatan, masalah kewangan, masalah hutang, masalah hubungan dgn yang tersayang.. Masalah hubungan dgn ibu bapa, masalah tidak dipercayai…. Kita mungkin merasakan aku dah buat apa yg Allah suruh.. Sudah solat. Solat yg tidak diaudit.. Solat yg tidak pernah di Upgrade. Solat fizikal shj. Bukan solat roh dan perhatian 100% kepadaNya. TERLUPA DIA walaupun sudah solat. Apatah lagi di celakakan kerana terlalai solat. Kita tidak sedar kita lah pendusta agama dicelaka kan (surah al maun). Kita sebenarnya yg ter melampaui batas. Apabila merasakan diri kita serba cukup (surah al alaq).. bermegah megahan dgn apa yg ada pada diri dan telah melalaikan diri (surah al takathur).. Asbab itu kita menjemput pelbagai masalah.. Hasil daripada keingkaran sehinggalah kita akui keingkaran itu (surah al adiyat)
.
Bila dihurung masalah… Mulalah kita TERingat Utk kembali kepadaNya. Utk berdoa.. Utk solat yg sebelumnya selalu tidak cukup… Bahagia dirasakan setelah itu… Maka, renungkan diri sendiri… Kita sendiri yang memilih untuk kembali kepada Allah dengan paksaan. Kerana terlalu mudah lupa. Dek godaan nafsu serakah. Terlalu mudah bertuhankan wang, manusia, anak anak.. Sehingga tertutup SIAPA ALLAH..
.
Sekiranya kita teliti maksud surah surah di dalam juzuk 30..banyak menceritakan tentang TAUHID. Apa pun jadi, bergantung hanya pada Allah..(surah alikhlas) buat yg Allah suruh dibalas dengan syurga.. Buat yang Allah larang dibalas dengan neraka.. (surah albayyinah) Buat kerana cintakan Allah.. Allah tujuan utama.. Syurga adalah SIDE EFFECT & IMPACT Kerana mencintaiNya.. So what kalau di neraka kita ketemu tujuan utama itu…
.
Syurga di kaitkan dengan keindahan, ketenangan, kemudahan, Kedamaian dan segala yg BEST. Neraka pula dikaitkan dengan kesukaran, keperitan, kesengsaraan, dan segala yg TAK BEST..
.
Bukan setiap masa indah seperti di syurga dunia.. Kadangkala sengsara seperti di neraka dunia.. Alhamdulillah alquran berikan petunjuk utk kembali ke syurga dunia… Berapa lama harus berada di neraka dunia? Sepantas mana tangan mengambil alquran, mulut beristighfar dan hati tunduk kan nafsu, tingkatkan iman kepadaNya…
.
Sungguh… Saya teramat bersyukur dikurniakan Ammar dan Allana..
“Ajari utk Dicintai Alquran”.. Itu yg saya rasakan…. Saya yang diajar melalui proses pengajaran itu.. Sayalah sebenarnya PELAJAR..
.
Perth, Australia
Praktikal Juzuk Amma..
..
Anda baca sehingga habis? Thanx… Like love please…
Dan share kan ya..

 

About HusnaHaron

Leave a Reply