was successfully added to your cart.

KELIRU.. BOLEH KE TAK BOLEH..

By June 5, 2017I - Ilmu, QURAN

Apa jua sumber semua perlu validate. Sumber Internet, sumber buku, sumber media.. Validate dengan apa? Dengan guru? Tidak… Kita Validate dengan SUMBER UTAMA iaitu Allah yg Maha Mencipta ilmu dan Maha Mengetahui..
.
Biasa dengar? Orang islam tak boleh main alat muzik yg bertali? Saya tidak mahu mempertikaikan hukum…. Siapa saya? Namun, saya ingin mencari… Pencarian ini ditolak ke rumah abang saya…Dr Ahmad Tarmizi Haron
.
Rupanya Syokkkkkkkk sangat main guitar & piano ni..
Membaca note music, minda terjemahkan, bridging otak kanan dan kiri.. Di tolak kepada pergerakan jari dan kaki… Semua bahagian otak di aktifkan.. Visual, audio, kinesthetic.. Dan bonus Spiritual sekiranya lagu nya di kaitkan kepadaNya.. Saya nampak 101 kebaikan…
.
Abang saya menjelaskan… Cat Steven, penyanyi hebat yang masuk islam berhenti bermusic utk jangka masa yg agak panjang. Hingga beliau menemukan bahawa tiada nas, hadith, ayat alquran yg kata tak boleh main music. Kini beliau dengan nama Yusof Islam, kembali bermusic utk berdakwah..
.
Malahan.. Pelbagai Islamic scholar menyatakan ia tidak haram. Namun, NIAT DAN TUJUAN akan menyebabkan ia menjadi haram.. Sekiranya diniatkan untuk kebaikan.. Silakan, seperti..
Anak kecil yg bermain music akan perkembangkan pembangunan otak kanan, kiri, fokus dan integrasi otak. Ayat mudah, GENIUS.
.
Sekiranya belajar utk bermain di kelab malam yg mengundang pelbagai fitnah.. Itu isu lain..
.
Maka, patutkah saya izinkan ammar dan allana bermain music?
Keputusan Saya adalah…Saya izinkan Setelah mereka faham apa itu alquran..baca, faham, amal, dan sebarkan. Hafal along the way.. Tugas saya utk lorong kan ke arah itu.. Lepas tu, main lah nak main apa pun… Petunjuk Allah alquran pasti tunjukkan haluannya… Sementara sampai di situ, main lah yg simple2.
.
So, it’s my turn to join music class…
Hati mahu piano…. Tapi sebabkan ia besar dan saya pula selalu travel.. I prefer guitar more..
.
Main guitar tepi sungai, lirik ayat alquran.. Ditujukan kepada Dia yg Maha Agong.. KepadaMu kekasih…

 

Dah amalkan 1 ayat alquran hari ni?
Amalkan ayat mana? Bagaimana amal?

About HusnaHaron

Leave a Reply