was successfully added to your cart.

ALQURAN DI MANA MANA

By June 5, 2017Didik Anak, QURAN

Memaksa membaca alquran mungkin perlu utk permulaan. Namun, ia adalah tindakan berisiko tinggi. Sekiranya Memaksa, pada pendapat saya kita harus ceritakan kenapa perlu membaca alquran. Apa kegunaan alquran di dunia. Ya utk pahala dan syafaat akhirat. Ada lebih banyak dari itu… Utk dapatkan idea, boleh scroll semua post FB saya.. Memaksa perlu berhati hati…. Paksaan mungkin mencetuskan kebencian.
.
Bagaimana mahu kaitkan ayat alquran dengan kehidupan? Saya ada banyak Shortcut formulae. Tersangat mudah. Dan begitu menyeronokkan. Modalnya hanyalah yakin. Semudah aplikasi ketika memasak cekodok ala ala main masak masak ni.
.
Ketika ini saya ceritakan pada Allana.. Allah marah kalau lana berkata “uh” pada Mama.. (surah al isra) Sebab Mama mengandung, melahirkan, menyusu, dan jaga allana (surah al ahqaff).. Sebab tu Rasulullah S.A.W bersabda keutamaan kepada Mama 3x sebelum abah…apa apa yang Mama doa, sebagai ibu.. Doa Mama sangat mudah makbul. Sebab emosi Mama sangat kuat.. Frequency yg Mama hantar cepat dihantar.. Sebab Mama sangat sayang pada allana..
.
Kalau lana tolong Mama… Dapat banyak pahala berganda.. Pahala tu adalah perumpamaan (analogi) utk terangkan buat baik, pasti dibalas baik (surah alzalzalah) jadi… Allah permudahkan allana berganda… Allah tenangkan hati allana… Tenang macam Kat tepi sungai.. Sebab tu dalam alquran banyak diterangkan syurga itu ada sungai sungai yg mengalir di bawahnya.. Ketenangan yg dirasakan.
.
Belum habis bercerita.. Terus allana berkata “Mama.. Allana tolong buat cekodok ya..” sambil tangan membancuh adunan. Walaupun ada elemen bermain… Saya biarkan aja… At least dia sedang praktikkan ayat alquran….
.
Jemput makan cekodok by allana..

About HusnaHaron

Leave a Reply