BERCINTA DENGAN ALLAH MELALUI KESAKITAN
..
Anda pernah sakit kan? Ni adalah perkara yg boleh dilakukan sebelum berjumpa doktor. Tetap jumpa yg lebih arif. Kerana bab kesihatan Doktor, energist dan perawat adalah usaha kita utk meraih kesembuhan dari Allah.
.
apa yg bakal saya kongsikan in shaa Allah menjemput cinta Allah yg Maha Baik. Tujuan uatam kita hidup.
.
Ok are u ready? Perhatikan steps nya ya…masa yg diambil utk post ini adalah 10 minit. In shaa Allah bermanfaat..
.
Bismillahirahmanirahim….
.
============
Haaaachhumm! Ehek ehek!
.
Oh! Aku bersin? Batuk? It’s ok.. Minum air dulu lah.. Sambil tangan sibuk menulis nota tadabur surah al mudathir. Hasil berguru dgn ilmuwan di YouTube. Apa jua ilham yg kita perolehi tetap PERLU BERGURU. Guru lah yang akan bercerita tentang tafsir, asbabunuzul (sebab penurunan ayat), ibrah (pengajaran) dan balaghah (ketinggian bahasa)… Alhamdulillah. Proses berguru amat dipermudahkan zaman kita ni. ALFATIHAH UTK SEMUA GURU ALQURAN.
.
Tiba tiba ada orang bagi kami 8 botol air mineral. Eh banyak nya! Kami dah ada air. Tapi kami tetap terima sedekah itu UTK KAMI PANJANG KAN SEDEKAH ITU. Kami berikan kepada orang sekeliling. Tapi surprisingly, SEMUA ORANG TAK NAK AIR YG KAMI BAGI. eh.. Pelik sungguh. Tak pernah lagi sedekah tak diterima. Erm.
.
Haaaachhumm! Ehek ehek!
Haaaachhumm! Ehek ehek!
Mata tiba tiba rasa kurang selesa
Badan rasa menyucuk nyucuk
Panas badan dirasakan.
.
Ohhh symptom demam dah ada. Tapi kenapa mata? dan menyucuk? What makes me demam? SYMPTOMS INI MEMPENGARUHI PELAN TINDAKAN. anda masih fokus? Ok bagus! 👍 Mulalah saya audit diri sendiri. Anda audit anda punya ya.
.
1) malam tadi mabit (bermalam di mina 5 jam 2 minit sebelum melontar). Saya tak tidur. Tapi saya banyak baca Quran dan tadabbur YouTube. So, sampai di hotel waktu subuh.. Tidur 3 jam je. Sebab schedule Alquran saya terkurang by 1 juzuk. Jadi TIDUR TAK CUKUP AKAN SEBABKAN IMMUNITY SYSTEM TERKESAN. ok? So anda cukup tidur? Minimum 8jam.
.
2) ada sesuatu berlaku pagi tadi. Saya risau, tak sedap hati. SOLAT TAK KHUSYUK. Solat tak khusyuk side effects amat mempengaruhi kesihatan. Anda ingat tak post saya pasal seorang profesor audit solat sy yg tak khusyuk dan impak pada report kesihatan sangat rendah skornya? So solat anda apa khabar?
.
3)Makanan yang tak menentu. for the past 6 days, ada perubahan pada sistem metabolisme saya. 20% je saya mampu eat clean. PEMAKANAN MEMPENGARUHI KESIHATAN KOW KOW! Anda?
.
Itu adalah diagnosis simple. Alaaa kita ni bukan doktor. Setakat diagnose simple sebelum jumpa doktor je.
.
…..
.
Apakah Solusi nya?
.
Panadol ubat standard yang cepat kan? Panadol sebenarnya menukar aras tahap sakit. Tidak selesaikan the root problem. Kalau anda tahu side effects nya, pasti anda tak ambil. (sila google). So solusi yang saya ambil?
.
Solusi yang saya ambil semestinya menggunakan Alquran. Dalam proses Ini, PENTING UNTUK KITA MULA MEMBINA HUBUNGAN UPGRADE YAKIN KEPADA ALLAH Melalui kesakitan. Pelajari lah dari Nabi Daud A.S.
.
Apa yg bakal saya terangkan bunyi nya macam panjang. Kerana saya sedang terangkan apakah itu Upgrade yakin. Ia adalah aktiviti di dalam hati. Bagaimana mahu tunjukkan? Kalau dalam seminar AuditLife, saya ambil masa 1 hari utk explain dan lakukan pelbagai fasa praktikal. peserta akan lalui sendiri prosesnya.
.
Proses upgrade yakin ini adalah PROSES BERTERUSAN. Namun, ia menjimatkan banyak duit, masa dan yg utama BERCINTA DENGAN ALLAH MENJADI SEMAKIN KEMARUK.. 💗💗💗
.
OK.. Apakah anda mahu tahu?
Betul betul ke? Ye ke?
Cuba angguk kepala..
.
😍😍😍 Katakan pada diri anda.. Aku bagus! Aku mahu lebih kenal Allah lagi! Ya Allah.. Tolonglah fahamkan aku ya.. I love u ya Allah…
.
👍👍👍👍👍Alhamdulillah!
.
Ok. Upgrade yakin ada 2 bahagian utama. Bahagian A adalah melibatkan aktiviti fizikal. Bahagian B pula melibatkan aktiviti YAKIN di dalam hati. Dalam proses kita mahu membina keyakinan, B bergantung pada A… Tak pe saya explain lagi ya di bawah.
.
MOGA ALLAH BANTU SEPANJANG PROSES KERANA ALLAH YANG MAHA MENYEMBUHKAN. Jomkita doa.
.
A) ILMU MEDICAL
A1- Badan panas PERLU MINUM BANYAK AIR. So, minum lah air banyak. Tanpa perlu risau pasal nak kencing. Kan kencing dah di schedule kan sebab di sini tahap beratur kow kow (refer post ujian kelmarin)
.
Minum lah sambil meyakini surah Ash-Shu’ara’ 26:79
.
“Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
.
A2- BADAN PERLU DISEJUKKAN. lantas saya pergi ke bilik air untuk mandi. Sepanjang perjalanan, saya membaca surah alfatihah agar Allah bantu. Bila tiba, bilik air pula ditutup utk pembersihan. Subhanallah Maha Suci Allah dari imperfections.. Ingat lagi 8 botol air mineral yg saya terima tadi? Ternyata saya yg lebih memerlukan. MasyaAllah! Sempurnanya perancangan Allah.
.
Lantas saya tuang air di dalam telekong hitam. Tuang air dalam baju. Alhamdulillah telekong saya special. Tak nampak basah tu. Allahuakbar!
.
B1) ALLAH YANG MAHA PENYEMBUH.
Apa pun perancangan, semuanya perlu kan izin Allah. Pasti bersebab kenapa Allah approves kita sakit. Secara sains, pemikiran negatif akan sebabkan parietal lobe, amygdala bahagian otak menjadi semakin aktif. Degupan jantung makin kencang. Stress meningkat. Environment dalam badan menjadi acidic. Kalau dilayan lagi, kolesterol meningkat. Sebab itu AMAT PENTING UTK KITA KAWAL PEMIKIRAN. kawal bagaimana? Saya memilih melalui zikir. Istighfar. Sakit penghapus dosa. Maka, side effects istighfar adalah reset fizikal.
.
Jomkita istighfar dan NYATAKAN DOSA APA YANG KITA TAHU. dalam kes saya, istighfar kerana solat yg tidak khusyuk (dan yg lain). Rujuk diagnose di atas.
.
Al-Baqarah 2:160
.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
.
B2) QURAN HEALING
.
Apabila sakit datang.. Ia menunjukkan sel darah putih vs virus tidak berkadaran. (dalam konteks ini, saya tidak tahu punca demam. Disebabkan oleh virus, pertahanan badan lemah atau sebab apa. Belum jumpa doktor) . Jadi, apabila kita membaca Alquran SETTING BERDOA ADALAH BACAAN ALQURAN UTK PENAWAR.
.
Ketika proses healing, perlu untuk kita baca dengan volume suara yang orang boleh dengar. AGAR GETARAN TERHASIL. Bila baca AlQuran dengan upgraded tajwid, getaran PERLU DIPERTINGKATKAN. Fokus fikiran adalah bergantung kepada Allah yg Maha menyembuhkan. Emosi yg terhasil akan sebabkan kita produce high vibration energy.
.
Tak yah nak fokus sangat dengan explanation sains yang ringkas ini.
.
Pokok pangkal nya adalah BACA ALQURAN DAN BERGANTUNG PADA ALLAH. tu je. Seperti surah Fatir 35:1
.
“Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
.
Action plannya adalah UPGRADE YAKIN (B) tindakan ini kuasanya adalah 99%! Usaha kita yang lain (A) hanyalah 1% aja. Bagaimana mahu upgrade yakin kalau tiada usaha?
.
Upgrade yakin melalui rasa Kebergantungan kepadaNya. Kebergantungan itu disandarkan melalui Alquran, zikir, asmaulhusna, solat, sedekah. Apa sahaja toolsnya. Dan saya memilih Alquran.
So Alquran nak baca surah apa? Semua surah, semua ayat Alquran ada healing power. Ia bukan terletak pada bacaan itu. Ia terletak pada Kebergantungan itu.
.
Lantas saya baca surah alfatihah dan surah pilihan adalah surah almukminun. Anda boleh pilih surah yg anda suka.
.
A3- TIDUR
Selesai baca AlQuran, boleh lah kita tidur. Badan tetap perlukan rehat. Oxygen yang cukup.
.
B3 – SERAH PADA ALLAH.
kita boleh usaha je. Result? Serah pada Allah seperti Al-Baqarah 2:131
.
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
.
Dalam proses serah, di sini kita tidak MEMAKSA ALLAH. Allah bagi sembuh alhamdulillah… Allah tak bagi sembuh lagi PUN ALHAMDULILLAH. Pasti bersebab diberikan tak sembuh. Subhanallah Maha suci Allah dari imperfections.
.
Conclusion?
Minum air : 10 saat
Sejukkan badan : 10 saat
Istighfar : 2 minit
Baca quran : 8 minit
Tidur : 20 minit
.
Total 30 minit.
.
RESULT?
Alhamdulillah saya rasa jauh lebih selesa dan lebih sihat! Allahuakbar yang Maha Mengizinkan! Tiada lagi bersin, tiada lagi badan sakit dan badan panas. Alquran benar benar penawar utk orang yang percaya! Allahuakbar! 💃💖💖💖💖 Seperti surah Al-Isra’ 17:82
.
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
.
MasyaAllah Tabarakallah! Sungguh Allah Maha baik. Maha pantas hitungan hisab nya!
.
💗💗💗💗💗💗 Hasil ini menambahkan lagi cinta kepada Allah…. 💃💃💃💃
.
Lantaran itu.. Kami sudah habis mabit. Dan sudah ready untuk pergi melontar.
.
B4- EXERCISE JALAN LAJU
.
Seusai Melontar suami pula mahu ke tandas. Maka, kami harus rushing. Baik sungguh Allah berikan husband rasa nak tandas. Ter brisk walk pula! Ter exercise pula! Ter jalan laju ketika mendaki pula. Ter exercise banyak lagi. Exercise jalan laju akan keluarkan minimum 3 hormon penting Dopamin, seratonin dan xxx.
.
Dan bila sampai di hotel.. Saya jadi extra energetic dah! Mandi, bersiap dan solat subuh berjemaah. Baca quran pagi pula dengan setting sebagai penawar utk boost immunity system pula ..
.
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
.
Ketika ini.. Saya sudah tiada sebab utk berjumpa dengan doktor. Allah lah yang Maha Menyembuhkan.
.
Proses kerja haji menyebabkan kita dikelilingi oleh ratusan ribu orang at one time. Pelbagai virus tersebar. Allah lah yang Maha mengawal segala virus itu. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan…
.
Alquran Beyond Perfect membantu hidup kita.
Jemputlah utk set see first Facebook Husna Haron. In shaa Allah saya cuba bantu utk kita sama sama membina hubungan dengan Allah. Selagi belum mati, selagi itu belum terlambat. Dan anda tetap lebih hebat dari saya. Anda tetap lebih tinggi ilmunya dari saya. Follow saya tidak menjadikan saya guru anda. Andalah guru saya. Terima kasih wahai guru.. Salam perkenalan dari saya.. Di Facebook inilah yg saya boleh sampaikan. Sekiranya anda mahu hadir ke seminar utk praktikal dan lebih mendalam perkongsian kecil dari saya.. Mulalah meminta dari Allah.
.
Adakah anda dapat sesuatu dari post ini? Tolong bantu share agar jemaah haji yang lain dapat dibantu.
.
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
.
Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah.
.
Wallahuaklam. Allah Maha lebih mengetahui
.
So steps yg mana yg mudah utk anda?
Yg mana rasa sukar?
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever