Skip to main content

BERBEZA PENDAPAT SUAMI ISTERI? .

By April 13, 2018June 13th, 2018A - Anak & Suami, Blog

Tips dalam berumah tangga amatlah penting terutama yang melibatkan perbezaan pendapat antara suami isteri .Berbeza pendapat itu bagus, yang tak bagus masing2 tak nak mengalah jadi fokus utama adalah kita kena kembali kepada Allah.

BERBEZA PENDAPAT SUAMI ISTERI?
.
Mendongak ke atas.. Kelihatan langit yang mendung. Langit 7 lapis.. Beberapa kali diceritakan di dalam Alquran. Refleksi surah al mulk membuatkan saya berfikirkan beberapa perkara.
.
Apabila saya melihat profile peserta seminar TimeREVAMP di dalam online questionnaire.. Saya mendapati bahawa seorang isteri hilang masa dan tenaga yg banyak disebabkan perbezaan pendapat dengan suami.
.
Setiap masa, kita dikurniakan pilihan. Setiap pilihan ada kelebihan dan kekurangan. Ada kesan hasil pilihan. Kita nikmati dan kita bertanggungjawab.
.
Sekiranya memilih untuk
-Merajuk
-Marah dan berleter
-Bengkak dalam hati menahan sabar..
.
Isteri juga yang menanggung kesannya..
.
Mulalah badan cepat penat, kerja tertangguh, habis orang lain (anak2) juga dileteri sama.
.
My dear….
Saya bukanlah kaunselor rumahtangga. Masih lagi amatur. Baru 11 tahun kahwin. Tidak layak untuk memberikan khidmat kaunseling.
.
Apa yang saya cadangkan adalah
– Bagaimana dengan argument suami isteri itu mendekatkan kita kepada Allah
– kenapa Allah izinkan ada argument itu
– Bagaimana guna Alquran untuk dapatkan solusi
– Bagaimana kawal hati dan minda agar tidak terikut ikut dengan keadaan argument.
.
Kenapa mahu gunakan batas akal yang terbatas dan stre$$? sedangkan apa yang di argue itu semuanya tetap ada baik buruk. Ada buruk kerana kita melihat dari kaca mata kita yg terbatas. Allah Maha sempurna. Segala yang diciptakan sempurna dan bersebab. untuk kita setiap masa kembali kepada Allah.
.
Tiada Tuhan selain Allah
Bukan suami tuhan kita
Bukan masalah tuhan kita
Bukan arguments tuhan kita
Bukan emosi tuhan kita
.
Bagaimana melalui pasangan anda.. Anda lebih kenal Allah. Dan merasai cinta Allah.. Hingga kan perbezaan pendapat diraikan. Ia indah. Kerana di situ ada sesuatu yang luar biasa yg kita dapat.
.
.. Yang lain hanyalah Drama. Drama sangat!
.
Alhamdulillah 11 tahun kahwin, saya pernah rasa “bengkak hati” sekali sahaja atas isu yang teramat remeh..kesilapan saya. Masa mula mula kahwin dulu. Sungguh tidak suka dengan perasaan itu, saya mencari Solusi di dalam al Quran.
.
Setelah itu, berjanji pada diri sendiri.. Saya hanya mahukan emosi yang indah bersama Allah utk saya fokuskan.
.
Alhamdulillah… Hingga kini tidak pernah kami bertengkar, berperang, pukul, merajuk dsb.
.
Bukan isu tiada. Ia adalah apa yang kami fokuskan.
.
Yg kami fokus adalah ALLAH.
Bukan bermaksud ia contoh terbaik. Tidak.
.
Kalau pasangan bertengkar, bercerai, Pastu rasa down… Asbab itu mula mencari Allah dan merasakan lebih bergantung kepada Allah… MAKA, ASBAB MASALAH RUMAHTANGGA ITU Bagus.. Kerana ia penyebab kepada org itu lebih dekat dengan Allah.
.
.

Tahun ke 10 kahwin, suami bertanya soalan
.
Suami : kalau abang mati.. How about u?
Husna : I have Allah. I have Alquran. No worries…
Suami : alhamdulillah….
Husna : (ermm.)of course I will be sad. Of course rasa kehilangan. Of course kena lalui fasa kehilangan itu.. In shaa Allah, Allah permudahkan.
.

Suami : dulu, 7 tahun lepas.. Abang pernah tanya ..
kalau abang mati.. How’s your life? And u said.. U are going to cry.. Cry.. Cry.. U prefer to die first before me. U don’t want to go through that phase.. Cry cry cry…
.
I know that time.. Allah is still not yet in your heart.
.
===========
Keesokannya.. Saya reflect kembali..
Saya mohon keampunan Allah. Ternyata ketika itu, Kebergantungan saya adalah pada Suami. Bukan Allah. Saya tidak tahu bagaimana mahu tukarkan Kebergantungan itu.. Ia bukanlah lafaz di bibir yang mudah. Ia apa yang di dalam hati…
.
Selama 4 tahun.. Saya study lagi dan lagi Alquran..
.
Apa khabar hari ini?
Saya tidak menjanjikan keutuhan hati pada diri sendiri. Sebab belum alami. Dan saya yakin, Allah maha mengetahui apa yang saya sanggup hadapi. Apatah lagi isu rumahtangga yg lain??
.
Sebab tu saya katakan.. Saya bukanlah kaunselor rumah tangga. Setiap orang mempunyai jalan cerita yang berbeza.
.
Semuanya bertujuan untuk kita tunduk kepada Allah. Dengan rela. Atau dengan paksaan (Surah ar rad)
.
Begitu juga anda..
Allah Tahu segalanya…
.
Moga Allah Bimbing kita utk setiap. Masa mendapat cintaNya

HusnaHaron

Leave a Reply