Salah satu impian Ammar dan Allana adalah nak main music instruments. Mereka berimpian utk memiliki Guitar, drums, piano and violin. Namun, saya merasakan “kalau beli pun, tak lama ni.. Mesti lah kena Join class..”
.
Berdasarkan research yg saya lakukan.. Terlalu banyak kelebihan bila bermain dgn Music instruments.. Piano memakai kesemua jari, integrasi dengan kaki.. Mata memandang Note lagu.. Emosi sgt memainkan peranan… Saya nampak piano mengaktifkan semua bahagian otak dengan begitu mantap…. Malahan, Music juga adalah salah satu therapy.
.
Dalam masa yg sama.. saya juga tahu Music instruments yg berasaskan tali “Tidak dibenarkan” dalam islam. Reasons? Saya pun belum Explore.. Beza, kalau dulu saya belasah aja.. Main aja.. Setelah saya semakin memahami bahawa apa jua syariat dan undang undang islam adalah utk kebaikan diri sendiri… Saya mula menghormati. Dan berdoa agar difahamkan suatu hari nanti.. Dlm proses ini, pemerhatian saya terarah kepada khinzir.
.
Khinzir punyai 101 kelebihan dari segala aspek, kulit, lemak, bulu, diharamkan dalam islam kerana dagingnya mengandungi sejenis ulat yg tidak mati walaupun dimasak… Memudaratkan utk jangka masa panjang. Tapi tidak lah mati kalau makan.. Di sini saya mula mempelajari keindahan islam…
.
Islam menyediakan platform yg sempurna utk orang yang beriman dan beramal dgn apa yg Allah suruh. Agar sejahtera. Tenang. Dan tahukah anda bahwa aktiviti bersama alquran juga memberikan SIDE effect yg sama seperti main piano? Aktifkan semua bahagian otak.. Dan memainkan emosi? Malahan integrasi bahagian otak lebih mantap? Ia terjadi dgn lebih Wow utk mereka yang PERCAYA DGN HATI akan kegunaan alquran. Bukan baca hanya sekadar utk pahala… Alquran pastilah lebih hebat.. Kerana ada elemen Miracle mukjizat…
.
Ermmm piano vs alquran..saya memilih mengajarkan anak anak saya alquran… Maka, utk melayan kerenah mereka.. Saya ajak mereka jamming. Sewa la few hours yg Setakat berapa puluh rm… Dan bermain tanpa berguru, pastilah tidak seronok. Politik di dalam Parenting..