Skip to main content

Beli kehidupan dengan masa..TAK PERLU TUNGGU FINANCIAL FREEDOM.

By April 13, 2018June 21st, 2018Blog, S - Spiritual

Beli kehidupan dengan masa..TAK PERLU TUNGGU FINANCIAL FREEDOM.
.
Setiap kali saya analyse Online Questionnaire peserta seminar TimeREVAMP dan juga personal coaching form… Saya nampak 1 goal yg consistent utk setiap orang. 98% significance kekerapan.. Goal mahu financial freedom. Goal yg sebabkan tuannya hadapi masalah masa kronik..
.
Bila diamati.. Sebenarnya semua orang boleh time freedom.. Namun, kita di momok kan dengan financial freedom. Disebabkan itu, kita terlalu mengejar sesuatu yg kita tiada..jgn salah faham. silakan kejar makhluk financial freedom bertuhan Allah dengan Upgrade syukur. Cuma jgn terlepas pandang sesuatu yg kita sudah ada. DI DEPAN MATA.
.
1) FREE : nikmati pemandangan indah.
di tepi sungai. Tepi pantai. Tepi tasik. Tepi hutan. Pergi sendiri jadi MeTime. Pergi dengan pasangan jadi Dating Time.. Pergi dengan family jadi family time… Bawa otak yg tenang. Parking kan semua masalah kat tepi. Masalah tu semua hanyalah drama utk kita upgrade ingat pada Allah.
.
2) FREE : Exercise dalam rumah or taman. Tak perlu kos pun. Hanya perlu ilmu free di YouTube dan keazaman utk gerakkan badan. Free juga
.
3) FREE FAMILY TIME : MAKAN BERSAMA SATU KELUARGA SETIAP HARI. masa makan, cakap yg indah je. Bukan masa utk bersembang pasal problem.
.
4) FREE BACA BUKU YG ANDA MINATI. Jemputlah ke perpustakaan. Kat sini semua percuma. Siap boleh pinjam. Macam macam buku ada.
.
5) FREE call mak ayah adik beradik. Line phone skrg dah banyak pakej free for certain numbers
.
6) FREE ONLINE DENGAN ALLAH AT ALL TIMES. Baca AlQuran, solat, zikir, talk to Allah.. Jaga jantung hati setiap masa. FREE JUGA..
.
7) FREE dengar anak bersembang. Letak smartphone jauh jauh. Peluk anak. Nikmati hadiah depan mata..
.
8) FREE dating dengan pasangan walaupun hanya duduk sebelah. Smartphone shhhhuuuhhh jauhkan.
.
It’s the matter of bagaimana kita nak hargai semua yang sudah sedia ada di depan mata kita. Upgrade Syukur, upgrade nikmat, in shaa Allah hati lebih bahagia dan lebih mudah menarik rezeki aka financial freedom. Bersyukur memerlukan perincian yg lebih upgrade…praktikal surah lukman
.
Bukan setiap masa kita nak pikir problem. Jom. Upgrade Syukur.. U will feel everything is there for u. DAN KITA SEBENARNYA SETIAP MASA CUKUP. (Surah az Zumar)
.
Apa lagi yg free?
.
Share kan post ni utk kita sama sama bantu. Tag kan orang yg anda kenal..

HusnaHaron

Leave a Reply