Ulasan Pn Husna Haron
Pn Maryam adalah seorang pegawai executive yang menjalankan perniagaan Shaklee. Sibuk dengan anak-anak di rumah membuatkan beliau kurang mampu untuk berikan perhatian kepada impian beliau. Impian utama beliau adalah menunaikan haji dan mendidik sendiri anak-anak dengan alQuran. Dalam masa yang sama, beliau rajin menuntut ilmu sama ada menghadiri seminar, YouTube atau pun belajar secara berdepan. Mana mungkin beliau dapat melakukannya serentak tanpa ilmu MASA kan? Setelah impian
===================================
Kisah Pn Maryam Jameela
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya mengurus masa sebagai seorang ibu bekerja ( 8am-5pm) yang dapat mendidik anak menghafaz Al-Quran serta mengajar mereka kemahiran hidup walaupun mereka masih kecil. Kebanyakkan tips mengurus masa saya dapat setelah saya join Kelas Online Formula Masa (yang dahulu dikenali Efficient2me ketika saya menyertainya).Kemudian saya menyertai pula Seminar TimeREVAMP Supermommy yang juga dianjurkan oleh Formula Masa. Memang banyak sangat perubahan dalam hidup setelah menyertai dua program ini.
Setelah menyertai kedua-dua program ini, saya mendapat peluang untuk menyertai pelbagai program lain lagi seperti bengkel penyusuan & babywearing, seminar Islamic parenting, bengkel pengurusan emosi, bengkel mendorong anak teknik Nabi, bengkel bisnes online dan lain-lain lagi. Semua ini memerlukan kita komited dengan masa dan kewangan. Bila kita mampu mengurus masa dengan baik, kita juga akan mampu mengurus kewangan. Time is Money. Dan setiap program yang saya join semuanya berkait antara satu sama lain dan sangat berkait dengan tujuan asal saya.
Semua program-program yang saya join hanya satu tujuan, iaitu ingin menambah ilmu dan amal dalam mendidik amanah Allah, 2 orang puteri kesayangan dan akan bertambah lagi seorang tahun depan In Sya Allah. Sebelum mengenali program Formula Masa, memang saya sudah mula mengajar anak sulong menghafaz tapi tidak kosisten disebabkan kekangan masa, keletihan dengan tugas harian di pejabat bersambung pula tugasan di rumah. Jika saya mengajar anak, terpaksa mengorbankan kerja rumah. Ketika itu suami kurang membantu ( sebenarnya ketika ini saya yang tidak mengenal karakter dan perangai suami). Saya join Formula Masa ketika anak kedua. Ketika ini saya diajar mengenal Pencipta, mengenal diri sendiri, mengenal suami dan mengenal anak-anak. Setelah itu, saya menjadi seorang yang makin positif. Lebih banyak program-program saya join untuk membantu saya supaya menjadi seorang yang positif.
Kehidupan SELEPAS Sertai FormulaMasa
Syukur Alhamdulillah, rupanya bila seseorang berfikiran positif, kita akan menyebarkan aura itu kepada orang terdekat. Suami dan anak-anak yang paling terkesan dengan perubahan positif saya. Dari situ saya dapat mewujudkan beberapa system dalam tugas harian saya di rumah yang melibatkan suami dan anak-anak. Ini memudahkan kerja rumah saya di rumah. Jadi banyak masa saya dapat peruntukan untuk anak-anak, suami dan untuk diri sendiri (ini yang paling penting, ME TIME).
Bila banyak masa diperuntukan untuk anak-anak, banyak aktiviti saya dapat buat bersama mereka. Selain mengajar anak menghafaz Al-quran saya juga dapat bermain water coloring bersama, mengajar abacus, mengajar anak kerja rumah seperti mencuci pinggan mangkuk, cuci pakaian, bersihkan kipas, menyapu sampah dan juga memotong sayur walaupun mereka masih kecil. (anak sulong sekarang 4 tahun 2bln dan yang kedua baru setahun 10 bulan). Semua kerja dilakukan masih dibawah pemantauan saya. Sekarang anak sulong sudah habis hafazan Juz Amma sedang menghafaz Surah Al-kahfi. Anak kedua boleh menghafaz alfatihah (anak kedua kinestatic audio learner). Pada saya semua ibubapa dapat lakukan aktiviti sebegini jika ada MASA dan ILMU.
Sekarang saya sedang menggali ilmu untuk buat side income dan ilmu untuk mencapai impian hidup saya juga. Impian saya ingin berhenti kerja awal dan membuka butik & spa sendiri. Sebuah butik & spa yang islamik di satu tempat yang sama. Butik yang menjual pakaian Muslimah dari hujung rambut hinnga hujung kaki serta spa yang menggunakan konsep perbidanan melayu (urutan dan pemakanan) dan perbidanan Islam (bekam dan pemakanan). Semua ilmu ini perlu berguru kerana saya tiada asas langsung dalam perbidanan Melayu dan Islam. Saya berada dalam bidang keselamatan makanan, jadi saya perlu melabur DUIT dan MASA untuk ilmu-ilmu ini kerana saya lebih sanggup melabur untuk ilmu dari membayar cukai kebodohan. Sebelum ini, saya tidak berani nak buat side income, takut terabai keluarga. Masa untuk keluarga pun tidak cukup inikan pula nak buat side income. Tapi setelah belajar beberapa tips-tips penting dari Formula Masa, ia bukan masalah lagi yang penting kita tahu cara mengurus masa dengan baik. Sbb MASA ini juga makhluk Allah.
RUJUKAN
Facebook : Maryam Jameela