Skip to main content

BEG SEKOLAH…
.
Pagi tadi, ammar asyik bersembang gelak ketawa dengan Allana. Sambil masukkan barang sekolah ke dalam kereta..bila sampai di rumah mak lang (kakak ipar), beliau baru perasan yang beg sekolah tidak dimasukkan dalam kereta.
.
Isu kecil je.
.
Tapi saya ter marah kan beliau..sedangkan saya sebagai ibu pun biasa tertinggal barang. Terlupa bagi duit sekolah dia. Tak sempat sediakan lunch pack dia.. Kesalahan saya pada beliau lebih banyak. Berbanding apa yg beliau lakukan..tak pernah pula beliau marah pada saya… Allahuakbar!
.
Astaghfirullahalazim
.
Setelah hantar allana ke sekolah..
Saya patah balik ke rumah. Terlambat Meeting dengan staff hari ni…alang alang, saya assign kan staff to-do-list for meeting. Maka, saya ada 30 minit gap before meeting.
.
Disebabkan mengambil beg sekolah yang tertinggal itu.. Allah izinkan saya bersedekah
1- bagi kucing makan
2- bagi semut, serangga, burung, unggas makan
3- siram pokok pokok
4- bagi mak lang sup ayam
5- call my mom
6- baca Yasin dan sedekahkan kepada senarai nya
7- lukis checklist ni utk ammar yang comel…sedekah peringatan
8- (and the list goes on)
.
Ketika melaksanakan segala sedekah di atas… Saya teringat doa saya semalam. Untuk upgrade sedekah hari ni.. Dan Allah izinkan Ammar terlupa pasal beg sekolah. Sedangkan selama ini tak pernah lupa.
.
Dan saya marah ammar utk ini?
Sedangkan melalui ammar, doa saya dimakbulkan..
.
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
.
Subhanallah baik sungguh Allah..
.
Tertinggal beg normal dan marah anak tu biasa. Biasa, sekiranya dibiasakan.. Cuma, apa yg kita pelajari dari babak harian untuk lebih kenal Allah…
.
Kasih sayang Allah yg Maha Unlimited.
Abundantly flowing to us..
.
Melihat dari nafsu diri.
.
Vs
.
Melihat dari mata hati.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke FormulaMasa.com
Biar saya bantu anda mencari servis yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami