BAGAIMANA NAK TAHU PEMIKIRAN DOMINAN NEGATIF
Apakah pemikiran anda dominannya positif? Atau dominannya negative?
Yang positif cenderung lebih tenang.
Yang negative cenderung lebih serabut.
Bagaimana mengubah Minda Negatif ke Positif dan lalui proses Transition ?
Terkadang kita mudah rasa kita sudah berfikiran positif, rupanya masih banyak berfikiran negative
Bagaimana nak tahu?
Caranya adalah dengan melihat report harian
– fikiran melompat lompat
– cepat penat
– asyik bergaduh
– tak puas hati dengan ramai orang
– kenapa orang tak faham aku?
– cepat give up
– suka menyalahkan orang lain dan keadaan
– banyak complaint dan merungut atas apa pun
– kesihatan? Sangat di pengaruhi oleh pemikiran
– rezeki? Pun sama
– kebahagiaan?
Tenangkah? Dengan pola pemikiran begitu? Majority sukar untuk berlamaan tenang.
Tenang itu luar biasa bila Allah di hati. Bukan sekadar berdoa dan solat. Yang hanya pergerakan fizikal.
Apabila pemikiran negatif menguasai diri, ia bikin kita jadi banyak berfikir. Sama ada sedar atau tidak sedar. Banyak fikir hingga terkadang menidakkan taqdir Allah. Buruk sangka.
12 tahun lepas, saya kategori ini. 90% negatif. Transition untuk ubah kepada pemikiran yang lebih positif dirasakan sukar. Mulut kata positif. Tapi dalam hati masih negatif. Hinggakan impak di atas tetap menguasai diri.
Penat melayan pemikiran negatif.
Solusi? Layan lagu.. Pelbagai genre.
Hinggakan ada 1 lagu menolak saya kepada Alquran. Dan apabila Alquran semakin di dekati, pemikiran negatif itu semakin berkurang.
Intervention solution
Lantas bagaimana dengan Bersama alquran boleh mengubah? Itulah yang saya minta anda perhalusi, sejauh mana hubungan dengan Allah melalui alquran dimantapkan.
Sekarang apakah tiada negatif?
Pada pendapat saya ia tetap perlu ada. Dengan kadar minimum. Dan sekejap saja. Kerana ia hadir untuk merubah sesuatu.
PEMIKIRAN KITA ADALAH PENYUMBANG UTAMA KEPADA KEJAYAAN.
Apakah pemikiran itu dipandu ke arah semakin ingat Allah. Atau menjauhi, tanpa sedar.
Apakah anda serious dengan apa yang anda impikan? Kerana pemikiran diri sendiri yang tidak dikawal rupanya adalah musuh utama diri. Diri sendiri sabotaj. Syaitan mudah menghasut, tetapi keputusan diri sendiri yang tentukan..
Point utama dalam blog post ini adalah
“PERHATIKAN DAN SEDAR ATAS APA JUA PEMIKIRAN YANG ANDA SEDANG FOKUSKAN”
Tindakan
- Anda sudah subscribe Siri Video Tenangkah? Sila tonton video ke enam “Job Scope Suami Isteri” Click link ini dan masukkan maklumat login anda http://formulamasa.com/elearning
- Untuk ketahui lebih lanjut tentang Quranic Time Management, boleh lah anda sertai program Online eAuditlife. Maklumat lanjut di sini Click ke http://www.formulamasa.com/auditlife