Skip to main content

BAGAIMANA MAHU KAWAL TERMARAH TERBEBEL ANAK.

BAGAIMANA MAHU KAWAL TERMARAH TERBEBEL ANAK. #QuranForever day 2
.
Lapar….perut berkeroncong pagi pagi mahu di isi. Lantas aku beraksi di dapur. Walaupun masaknya simple, aku sudah dapat title “Masterchef” yang dianugerahkan oleh Yg Amat Berhormat Anak anak 😂😂😂 masakan ibu is the best! Walaupun bila aku makan rasanya sama aja mcm kat kedai.
.
Mama : nak makan apa? Roasted potato with scrambled egg? Or homemade waffle with homemade creamy mushroom soup? (kata masterchef 🤣)
.
Allana : Allana nak tolong! Nak roti jala!
.
Mama : ok.. Allana tolong bancuh ya.. Ni je lagi tepung unbleached yg ada. Letak air sikit sikit je ya.
.
Allana : yaaa lana tahu! Mama don’t worry!!
.
Sementara saya sedang sediakan kari ayam yang healthy tanpa menumis yg sedap… Saya membaca Alquran. Allah lah yang memberi rasa. Moga Allah pelihara kesihatan kami dari makanan yang tidak elok.
.
Allana : mama! Dah siap!
.
👿👿👿👿 Mama tiba tiba keluar tanduk dan hampir menjadi singa! 🐯🐯 Bila melihat bancuhan tepung yg sedikit itu dicampur garam dan serbuk kunyit yang banyak!!! Dah lah tuh sahaja yang ada!
..
Melihat perubahan mata mama yang semakin membulat.. Cepat cepat allana buka DIY plastic apron dan terserlah lah kata kata yg tertulis pada bajunya “KINDNESS IS BEAUTIFUL”..
.
Di tambah dengan radio Quran yang ketika itu sedang mainkan surah Ar Rahman 55:16 …. “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan” malahan diulang ayat yang sama sebanyak 31 kali!!
.
Nikmat bukan hanya di dalam anak dapat exam markah tinggi. Bukan hanya di dalam anak yg jaga solat dan tolong parents.
.
Hatta di dalam perangai anak yg buatkan kita marah juga adalah nikmat. HEY! KO ADA ANAK OK! Cuba lihat orang lain yang struggle nak anak. Yang berubat sana sini utk usaha ada anak. Yang baru kehilangan anak. Betapa rindu pada anak. Yang anak tak dengar kata lalu keluar dan tidak balik bertahun….
.
So apa lah sangat dengan TEPUNG yang dicampur garam itu? Nothing! Bukan tiada makanan lain nak dimakan..
.
Ketika inilah kita mula nampak bahawa setiap perangai anak itu ada pelbagai kemudahan yg telah Allah berikan
.
Ash-Sharh 94:5
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan…
.
Apakah kemudahan dalam kes allana ni?
1) rajin nak tolong mama. Bukan kah itu doa setiap ibu?
2) ceria dan tidak mengamuk pagi pagi. Bukan kah itu impian kita supaya kita start pagi dgn ceria!
3) SIHAT! Alhamdulillah.. Kalau anak sakit.. Kita pun tak boleh sediakan sarapan. Asyik berkepit dgn anak. Banyak lagi kerja lain tergendala
4) SEL OTAK ANAK SEDANG BERHUBUNG. Makin creative, curiosity meningkat. The real lessons in life are in the experiments and exploration.
5) MEMPERINGATKAN KITA KEPADA KEMATIAN SETIAP MASA. bukan kah doa anak soleh/solehah adalah salah satu tabung yang berkekalan memberikan pahala walaupun kita mati? Sayangnya kita pada anak pasti akan buatkan kita mahu setiap masa mendidik anak untuk KENAL ALLAH. Coz either kita yang mati dulu atau ANAK YANG MATI DULu..
.
So…. Apakah tindakan anda selepas ini?
.
1) amalkan surah ar rahman 55:16 maka nikmat tuhanmu yang manakah yg kamu dustakan.. Dalam konteks APPRECIATE NIKMAT ANAK. dan boleh lah attach gambar anda dan anak anak yang amat bahagia… Dan type kan #QuranForever
.

2) baca surah arrahman Dan type kan #QuranForever
.
3) YouTube tadabbur surah ar rahman Dan type kan #QuranForever
.
4) study pasal Homeschool activities with kids for bonding time. Boleh lah atttach gambar anda beraktiviti dgn anak. Dan type kan #QuranForever
.
5) type “Syukur ya Allah! Saya ada anak! Dan type kan #QuranForever
.
Sila share kan dan tag orang yg ada anak! Jomkita!

Cukup 130 likes dan 40 comments.. Saya sharing lagi esok. Kita mahu #QuranForever kan? #RamaiRamaiLebihSyok

HusnaHaron

Leave a Reply