Skip to main content

BAGAIMANA FAHAM ALQURAN (PART 1

BAGAIMANA FAHAM ALQURAN (PART 1)
.
Kita perlu tahu, selama ni kita banyak pakai otak bahagian mana. Bahagian mana pula adalah senjata utama kita. Kerana dari situ ia mempermudahkan kita faham dengan skala yang teramat besar. Kerana ia mengikut spesifikasi otak dan badan yg telah Allah design kan.
.
Yang wajib ada tidak kira jenis otak adalah
– Cuci hati
– mohon pada Allah yg Maha Mengetahui
– berguru
.
Regardless who you are.. Allah memberikan kita semuanya EQUAL CHANCE utk bercinta denganNya. Asalkan kita meletakkan nikmat yg diberikan tepat pada tempatnya. Itulah Adil.
.
Bila mana nikmat yang diberikan diletakkan bukan pada tempatnya, maka huru hara lah keadaan. Inilah namanya ZALIM. Amazing! Zalim diceritakan sebanyak 315 kali! Perintah solat pun tak sebanyak itu. Sedangkan solat no. 1 yg dihisab. Kerana bila solat tidak di Upgrade khusyuk nya, banyaklah kezaliman yang kita lakukan. Usah dilihat kezaliman itu hanya dalam bentuk peperangan, pembunuhan dll.
.
Zalim di dalam diri yg teramat banyak untuk kita fokuskan. Termasuk tidak mengenal diri. Kenal diri, kenal Allah. Dalam post ini, saya specific kan kepada kenal diri dalam konteks fungsi otak yang kita dah explore dan belum explore. Ok?
.
Kereta Ferrari terkenal dengan kepantasan nya. Adil untuk kita pandu di Highway yang tak banyak kereta. Boleh speed. Kalau di pandu di KL yg jalannya jem? Tetap boleh pandu. Cuma kepantasan nya termendap. Boleh kah ferrari di bawa masuk ke dalamnya hutan untuk camping? Itu zalim! Kerana bukan fungsinya. Kalau bawa juga sampai tak? Sampai juga sebab ferrari boleh redah pokok belukar. Boleh lalu air sungai cetek. TAPI ROSAK TERUK LAH KERETA ITU.
.
Nak masuk hutan, pakai kereta ford ranger, ewah penuh bergaya redah sungai, lalu becak. Bukan sekadar camping, tarik kayu balak pun boleh! Itu fungsinya. Kalau masuk KL jalan jem? Boleh pandu juga. Fungsi extreme nya mendap lah. Kalau masuk formula one dan lawan laju? Huh! Pasti kalah. Itu zalim.
.
Jelas ya zalim vs adil ni..
Come back kepada fungsi otak. Semua orang ada semua spesifikasi otak. Sama. Yg tak sama adalah cara ia Diaktifkan. Dan default system.
.
The moment kita tahu kita ni jenis apa, mudah kita nak kemudi. Default system pun boleh hack dengan Quran dan zikir. Kerana Allah boleh adjust segalanya. Allahuakbar! Sebab itu, apa jua program utk kenal diri tetap kita kena letak benchmark. Allah boleh tukar! Inilah fungsinya Alquran.
.
Pasal tahu fungsi otak ini, saya melukis semua surah yang saya mahu faham. Bukan pandai mana pun lukis . Tapi proses itu membuka kunci kefahaman Alquran.
.
So kalau tak melukis tak faham ke? Tak! Allah izinkan faham juga melalui visualisation dalam minda. This is customization part. Apakah anda juga perlu lukis.? Some yes, majority Tidak perlu.
.
Setiap orang journey berbeza. Contoh lagi….
.
My husband go through process yg berbeza. Asalkan beliau tenang. He needs water element. Ini default system. Kalau tiada ketenangan itu, he can create that ketenangan. Kerana ketenangan ada pada kawalan minda..
.
Contoh lagi.. My first brother suka berfikir. Everything, he needs science explanation di sebalik perintah Alquran. He explores that. Hingga kan sakit autism/espejer yg beliau hadapi dirasakan nikmat terhebat utk beliau lebih mengenal Allah. This type of person, sukakan formula. System. Structure. Step by step. Default brain processor beliau, di explore kow kow..
.
Contoh lagi.. My 7th brother, brain type nya suka kepada hubungan dengan orang. Amat menjaga silaturahim. So he explore a lot bab manusia melalui Alquran. Hatta kalau beliau menjual rumah yang my family bina, beliau amalkan Alquran yg ni. The way he market is unusual strategy and it works! Sebab beliau mahu fokus kepada ajar orang Alquran dan maintain hafazan.
.
Contoh lagi.. My sister brain type nya sangat banyak pada emotions. Memori kuat. Beliau banyak fokus kepada channelling emotions..
.
Cukup dulu pelbagai contoh.
.
Kenapa saya ceritakan pelbagai contoh ini? Kerana dalam. Proses kita berguru memahami Alquran, kita perlu tahu sejauh mana guru itu mengamalkan Alquran. Kerana orang yang mengamalkan Alquran, otaknya akan Diaktifkan KESELURUHANNYA. Alfatihah utk semua guru!
.
Kerana ia mempengaruhi cara explanation. Ia mempengaruhi cara ilmu Alquran itu disampaikan. Ia mempengaruhi cara ilmu Alquran itu difahamkan kepada orang yang mendengar.
.
Sebab itu dalam post sebelum ini… (gambar laut), saya ada tegaskan bahawa jangan meletakkan kefahaman kita pada diri kita atau pada guru semata. TOTAL KEFAHAMAN ADA PADA ALLAH. YANG MAHA CUSTOMIZE KEFAHAMAN ITU. ia memerlukan proses yang berterusan. Sebab itu Upgrade yakin berlaku setiap saat kehidupan kita. Di dalam setiap plot drama hidup.
.
Allah yang Maha Mengetahui apa taqdir hidup kita. Allah lah yang kita perlukan. SEJAUH MANA KITA UPGRADE HUBUNGAN DENGAN ALLAH jelas terpancar dalam kehidupan kita sekarang. Allahuakbar!
.
Memandangkan proses upgrade hubungan dengan Allah adalah proses berterusan.. Saya sarankan untuk anda explore otak anda. Tak susah pun. Mudah aja.
.
My brother is becoming expert in this. He could explain beyond MasyaAllah kerana Allah izinkan beliau menggunakan kelebihan autism/espejer itu untuk mudah transcendent. Allahuakbar. Ada device simple digunakan. Cuma anda perlu berjumpa dengan nya. Beliau seorang kontraktor sebenarnya.
.
Kat mana nak test? Cari info pasal stifin.
Boleh check dgn Siti Mashitah Sarif, Norisna Lydia Noorhasline Bt Mohd Sholeh.
.
Atau alternatif lain boleh check your strength dengan Sh. Noorul Huda
.
Atau colored brain (saya tak tahu siapa yg buat kat Malaysia).
.
Kalau nak versi detail 30page report pasal diri anda saja, boleh refer Salmi Shafie
.
Tapi ingat ya…. Apa pun jua program kenal diri, semua tu adalah default programming kita sebagai manusia yang terbatas. Mahu undefauk of course boleh. Allah Maha Mengetahui. Perlu yakini Allah ya. Jangan terima bulat bulat.
.
Proses utk upgrade yakin pada Allah tidak cukup dengan hanya melafazkan aku yakin. Kerana bila mana kita berfikir fikir lagi.. Itu maknanya belum yakin.
.
Memang saya katakan total penyerahan pada Allah utk fahamkan. Tapi harus lalui tawaf. Titik permulaan tawaf memang sama dengan titik akhir tawaf. Tapi proses kenal diri menyebabkan titik akhir MEMBERI IMPAK YANG BERBEZA berbanding titik awal. Upgrade yakin berbeza. Kenal diri kenal Allah harus melalui taqdir timeline masing masing. Bukan melalui taqdir guru. AhHa! Guru menyampaikan. Kita perlu berguru. Tapi afterall Mahaguru yg Maha Ajar. Surah Al-Qalam 68:37
.
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?.
.
Kita berguru. Tapi bukan bergantung kepada guru untuk faham apatah lagi utk beramal. Guru adalah usaha kita utk kenal Allah. Termasuk segala yang saya nyatakan di atas. (para ini adalah aplikasi dari surah nuh. Tapi saya tak mahu sentuh pasal tafsir. Sebab saya pelajar je. Bukan guru tafsir)
.
Fikir fikir kan. Ya diizinkan utk share.
.
Thanx to ammar coz showing me his drawing on a car that prompts me to write this post. I showed my drawing to him too.
.
So anda dapat sesuatu dari post ini? Anda mahu kenal brain type anda yang saya ceritakan ini. Ada macam macam jenis. Dari founder yang berbeza. Nak ?
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever

HusnaHaron

Leave a Reply