BAGAIMANA AMAL ALQURAN (20 CONTOH)
.
Pergi haji ramai orang fokus kepada beribadat dan berdoa. Itu bagus dan diteruskan.. Ada tambahan lagi dalam kebanyakan surah dan specifically dalam surah al hajj. Perintah tentang BANTU ORANG, SEDEKAH, MELAKUKAN KEBAIKAN, INFAQ… berulang kali diceritakan di dalam surah alhajj 22: 14, 23, 35, 37, 40, 50, 56, 77, 78
.
Maka,
.
perjalanan haji kali ini adalah MINIMALIST. UNTUK BERSEDEKAH. Hanya beg kecil yg dibawa. Penuh dengan Quran, nota Quran, Kertas utk Quran.
Selain itu? Semuanya untuk di sedekahkan.
.
Apa jua perkongsian saya post di sini hanyalah untuk memberikan some ideas bagaimana untuk bersedekah. Ilham yg Allah izinkan utk dilaksanakan. Segala kebaikan semua dari Allah. Moga dijauhkan dari sifat riak berlagak. Astaghfirullahalazim…
.
As we are minimalist, Tiba di Arafah, kami ambil kotak untuk duduk /baring. Kotak polisterin utk letak Alquran. Cawan guna botol air mineral yg dipotong.
.
Maka bermulalah sedekah sepanjang 6 hari dan termasuk arafah. Usah dilihat Tips ini hanya untuk mereka yg pergi haji ya. Ia applies untuk semua orang di mana sahaja kita berada. Termasuk di tempat anda sekarang.
.
Asas kebaikan/sedekah adalah
1) beri dari Apa sahaja yg kita ada.
2) beri kepada orang yg susah, yg memerlukan. Regardless kaya atau miskin.
3) niat memberi kerana Allah tanpa untuk dapat lebih banyak (surah al mudathir 74: 6)
.
Tambahan : FEEL THE LOVE WHEN GIVING. FEEL THE LOVE AFTER GIVING… ABUNDANCE OF ALLAH’S LOVE π
.
So Bagaimanakah praktikal nya surah alhajj ayat di atas? Saya kongsikan yg mudah ya.. In shaa Allah.
.
1) Khemah yang selesa dgn kipas bersemburan air ditinggalkan. Sedekah space utk makcik sebelah yg tak boleh tidur. Makcik yang sesat, dibantu. Makcik tua yang dipotong que di bilik air, dibantu dgn sedekahkan turn saya. Dan saya beratur sekali lagi.
.
2)Makcik yang tak larat nak rebut makanan dan air, dibantu. Setiap orang yg lalu lalang, saya sedekahkan bacaan Alquran.
.
3) Makanan yang orang makan tak habis kerana bukan selera mereka, saya kumpul. Untuk di passkan kepada mereka yang kebulur nanti. Sedekah tenaga dan perhatian sahaja.
.
4)Kertas cardboard yg digunakan untuk tutup makanan yg dibuang, saya kumpulkan yg bersih. wuquf di jabal rahmah pasti ada yang kepanasan.
.
5)Pisau multipurpose McGyver bertukar tukar tangan saya pinjamkan. Makcik yg takut untuk keluar, dibantu untuk beli bag, tukar duit..MasyaAllah SEDEKAH SETAKAT HARI INI TIADA GUNA DUIT LANGSUNG Kerana bukan duit transaksi keperluan.
.
6) Makcik yang mengadu sakit badan, saya kongsikan rahsia solat sempurna.. Siap dgn praktikal. Main effect, upgrade khusyuk kepada Allah. Side effects adalah energetic, hilang lenguh badan, dan rasa segar amat
.
7) Ada makcik mahu kertas untuk tulis doa anak anak, saya berikan 3 helai kertas A4 yg saya sepatutnya guna utk melukis ayat Alquran
.
8.) ada makcik yg gatal kulit. Saya berikan balm. Ya balm. Bukan ubat gatal..(dalam ihram, untuk sebab sakit boleh guna)
.
9) ada makcik kulit kering, saya berikan odourless lotion
.
10) ada makcik lenguh kaki, saya keluarkan cream flenil untuk otot. Di urut kaki beliau. Di bacakan Alquran ketika urut
.
11)ada orang kaya yg sakit lutut, saya berikan knee guard utk beliau guna
.
12) ada makcik yg tersesat, trauma kerana keseorangan di masjid tanpa jemaah lain untuk 7 jam! Dgn izin Allah, Kami pergi rescue, bagi minum, bagi makan.
.
13) ada makcik retiree duit berkepuk (sebab nampak wallet beliau) nak call anak anak tapi tiada line Internet. Simkad mekah pun tiada. Saya berikan beliau utk whatsapp call guna phone saya
.
14) ada seorang kakak usahawan hebat bercerita pasal Alquran. Seronok kerana first time khatam. Saya kongsikan pula tips Quran Soul.
.
15) ada seseorang bertanya tentang bagaimana untuk lakukan breathing techniques untuk deep connection melalui zikir dan quran. Saya kongsikan lagi.
.
16) ada orang berikan saya surat tips ketika mengerjakan haji. Saya berikan surat itu kepada jemaah lain utk pinjam dan baca. Agar kami semua dipermudahkan
.
17) saya sedekahkan lagi iternery yg di fotostat extra 9 set. Diberikan kepada jemaah datin datin yg tertinggal, tak dapat, atau tak tahu
.
18) ada sorang ustaz yg bertanya kenapa saya asyik dengan Alquran dan baca buku. Di explain kan lagi apakah sebenarnya kerja haji ini. Bukan hanya sekadar rukun islam yg dilaksanakan bila sampai di mekah. Everywhere we are, kita boleh laksanakan lesson learned from. Hajj.
.
19)Hari ini birthday suami saya.. Bukan hadiah berkotak yg beliau impikan. Not even “happy birthday abang”.Di dalam hati… Saya sibuk membaca Alquran. Apa lagi ayat Alquran yg boleh diamalkan. Membaca Alquran untuk menjemput ilham lagi..utk diberikan kepada suami….
.
Ya I know apa yg beliau perlukan… Upgrade cinta Allah. Maka saya bacakan Alquran untuk menjemput ilham lagi bagaimanakah doa birthday wishes itu harus ditulis. Hanya Allah yang Maha Mengetahui isi hati beliau. Alhamdulillah.. sepanjang kahwin 11 tahun, hadiah itu yang paling beliau gemari. (boleh rujuk post sebelum ini di wall saya. Doa saya yg beliau edit utk di post di fb)
.
Saya teruskan lagi… Apa lagi yg mahu di sedekahkan..
.
20)Apa yg pasti setiap kali solat, baca Quran dan sedekah…
.
Saya sedekahkan pahala (sekiranya ada) kepada
– Ma, Abah, arwah atuk nenek
– Mak, roh bapak
– semua Guru Alquran termasuk suami, ammar dan allana
– peserta seminar TimeREVAMP, Auditlife dan apa apa program FormulaMasa.com
– followers di Facebook terutamanya yg selalu like comment dan share post (kerana nama anda appear)
– dan semua umat manusia…
.
Agar kita semua mendapat Abundance of Allah’s Love…
.
MasyaAllah… Perjalanan minimalist ini membuatkan kita berasa KAYA. KAYA MENGUMPULKAN KEPERLUAN ORANG UNTUK DIAGIHKAN, DIBANTU..
.
Walaupun penerima sedekah itu adalah orang kaya kaya berpangkat dato datin… Tapi mereka tiada apa yg perlu mereka ada di tempat yg serba terbatas…
.
Dan ternyata being minimalist ini menyeronokkan bila ALLAH DIJADIKAN SANDARAN..
.
hingga teramal ayat Alquran yg lain pula..
.
Apakah keseronokan memberi ini? Perhatikan keadaan hati perhatikan impak kepada Alquran. Perhatikan ππππ. Sungguh benar janji Allah bahawa segalanya di balas sekiranya kita memberi tanpa merasuah
.
MasyaAllah Tabarakallah Allahuakbar! Sepanjang perjalanan kerja haji terlalu banyak miracles, keindahan, kemudahan dan keasyikan bercinta dgn Allah dirasakan.
.
Persediaan memang mainkan peranan. Dan saya amat yakin bahawa surah al baqarah 2:1-5 yg diamalkan menjemput pelbagai keindahan itu.
.
Terima kasih di atas pelbagai doa dan kasih sayang yg anda berikan. Moga Allah mengganjari kita semua Abundance of Allah’s Love.
CINTA ALLAH ITU TIDAK PERLU DICARI. IA ADA BERSAMA KITA BILA KITA MAHUKAN DGN SUNGGUH SUNGGUH
.
MasyaAllah Allahuakbar!
.
Anda mahu bersedekah? Mohon untuk share post ini dan tag lah kenalan anda yang sedang kerjakan haji. HAJI BUKAN HANYA BERIBADAH KEPADA ALLAH. HABLUMINALLAH..
.
HAJI JUGA PERIHAL MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA HABLUMINANNAS..
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
.
Tak perlu tunggu kaya duit berkepuk utk buat kebaikan / bersedekah kan? I is theSo apa lagi kebaikan /sedekah selain duit senyum dan doa?