BACKPACKING DETOUR…
.
Fffuhhh.. Segala jenis kenderaan kami naik. Flight, bas, van, keretapi, taxi, grab, MRT, motosikal…. Tidur dalam train. Tetap destinasinya sampai…
.
Jalan menuju Allah banyak… Ada yg rasa sangat mudah dengan solat malam.. Ada mudah dengan zikir.. Ada yg minat dengan alquran.. Ada yg attach dengan sedekah… Ada yang menuju Allah melalui kerjaya.. Mana mana jalan.. In shaa Allah sampai.. Kalau Dia yg kita tuju..
.
Masa bermalam dalam keretapi.. Rasa sudah lama tidur, tapi tak sampai². Rupanya, train rosak. Next plan kami terpaksa di batalkan. Uniknya.. Di dalam train itu sendiri kami belajar banyak perkara… Memandangkan katil saya dan suami tingkat atas.. Maka, kami banyak bersendiri. Ubai dengan music jiwanya, melayan M. nasir dan Heavy Metal. Saya… Membaca buku dan cross reff dgn alquran. Habis satu biji buku!
.
Tatkala sudah lama bersendiri.. Kami mahu bersembang. Lantas, kami ke Cafe. Lepak di situ berjam jam… Di situ, kami menyaksikan kebahagiaan seorang budak comot .. Dan kegembiraan seorang ibu menjaja makanan. Aktiviti fizikal nampak susah. Tapi jauh di dalam hati, terserlah kebahagiaan terpancar di wajah mereka . Sungguh Allah itu Maha Adil.
.
Puas bersembang.. Kami tukar tempat, bersembang di tempat lain pula.. Masih di cafe. Saya menyaksikan seorang kakak sedang potong daging babi. Babi haram dimakan. Tapi di dalam haram itu, babi mempunyai 101 manfaat bagi non Muslim. Setiap cm badannya ada fungsi. Ffuhhhhh seharam haram babi.. Ia jauh lebih bermanfaat dari???. Sedangkan manusia Allah jadikan sebaik baik ciptaan (surah attin). Tersentap sekejap dengan babi. Betapa adil nya Allah.
.
Bekalan makanan halal yg kami bawa sudah habis. Perut kelaparan. Ya Allah.. mcm mana ni.. Lapar lah pula… Tiba tiba datang seorang penjaja buah… Ffuhhhhh terus kami beli Nenas dan mangga..
.
Terkadang saya merasakan di dalam kekurangan kita lebih bergantung kepadaNya. Bahaya rasa cukup di dalam kehidupan yg serba nikmat. Syukur yg tidak sampai Spec. Rasa cukup hingga tidak mahu atau terlupa utk bergantung kepada Allah. Itulah sebahagian surah Abasa. Solusi? Ada di dalam surah al insyirah… Apabila kita selesai satu perkara, buatlah yg lain pula…
.
Rutin life yg tiada perubahan mudah membuatkan kita lupa padaNya.. Dan Allah sentiasa menarik kita kepadaNya. Sama ada dengan kasih sayang atau dengan paksaan. Subhanallah.. Sayang nya Allah pada kita….
.
Benar.. Kita merancang. Allah juga merancang. Dan semestinya perancangan Allah itu sempurna…. Terima kasih wahai train yg rosak.. Terima kasih budak comot.. Terima kasih babi.. Terima kasih buah. Melalui kamu.. Aku belajar….