Skip to main content

ATASI UJIAN UTK MENJEMPUT KEAJAIBAN MELALUI ALQURAN (7 contoh)

By October 21, 2018Blog, Kisah Inspirasi

ATASI UJIAN UTK MENJEMPUT KEAJAIBAN MELALUI ALQURAN (7 contoh)
.
Anda ada pelbagai ujian hidup? Ujian anda amat sukar? Jemputlah baca post ini. Ada kisah anda dalam post ini. Walaupun ambil masa 7 minit utk baca, in shaa Allah bermanfaat.
=========
Apakah ujian? Sesuatu yang secara asasnya kita tak suka. Yang terhasil dari pemikiran, yg mengeluarkan frequency. Maka, ia mengubah emosi kita. Dari high vibration emotions drop to low vibration energy. Maka,
.
– pemikiran positif menarik apa yg kita inginkan.
– Pemikiran negatif menarik apa yang kita TIDAK INGINKAN kerana asbab hati kotor melihat dari sudut negatif, itu zalim. Kerana dari Allah, semuanya indah.
.
Ini usaha kita. Dari perspektif manusia. Mengikut hukum alam sunnatullah
.
Jadi.. Bila berlaku apa apa ujian, AMAT PENTING UNTUK KITA KAWAL PEMIKIRAN kita. Nama pun ujian, ia menyebabkan Akal kita mudah dikawal fizikal yang bersifat haiwan. Melainkan sekiranya kita selalu ingat Allah, akal itu akan dikawal oleh roh. Side effect nya adalah KETENANGAN. Dengan tenang kita mudah berfikir waras. INI ADALAH ASAS UNTUK AMALKAN ALQURAN.
.
So bagaimana mahu amalkan Alquran? In shaa Allah, saya kongsikan utk tujuan BERKONGSI ILMU. mohon Allah jauhkan dari sifat riak berlagak kerana semuanya berlaku dengan izin dan pimpinan hidayah Allah. ALLAHUAKBAR! i am nothing without Allah. Apa yg dikongsikan ini dalam konteks Haji. Praktikal nya di mana mana kita berada, bila bila masa. Cari kisah anda ada dalam cerita ini ya.
.
Dalam konteks kisah perjalanan haji ini.. Tema utamanya adalah berorientasikan surah al isra. Jomkita start!
.
1) KEHILANGAN
.
di Arafah, saya sibuk menolong orang kerana amalkan surah al hajj (refer post sebelum ini). Setelah solat zohor, saya keluar dari khemah. OhHo! SELIPAR HILANG! Tak boleh ke mana mana lah ni. Terus pop up ayat Alquran keluar surah Al-Baqarah 2: 216.
.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
.
Allahuakbar! Waktu ini waktu terbaik untuk berdoa! Segala doa dimakbulkan Allah. Tolong orang bagus. Berdoa lebih bagus untuk waktu premium ini. Lantas saya ulang hafazan juzuk amma sahaja. Berdoa di dalam hafazan. MasyaAllah different impak! Selipar yg hilang? Biarkan. Berdoa tak perlukan selipar! Nampak kan? Bagaimana ayat Alquran mengubah fokus dan tindakan kita. Terima kasih ya Allah kerana hilangkan selipar saya dan ubah fokus saya kepada BERDOA PADA WAKTU MUSTAJAB YG SAMA SEPERTI WAKTU LAILATULQADAR.
.
2) SELIPAR GANTIAN
.
selama 4 jam, banyak doa yg orang kirim yang saya panjatkan kepada Allah. Untuk diri sendiri? Mahu Allah itu sendiri..
.
Tiba masa, kami sudah mahu naik bas. Lantas, suami tanya. Nak selipar botol, selipar kotak atau selipar plastik? 😂😂😂. Kerana selipar saya pernah dihanyutkan semasa lepak di sungai ketika camping di hutan. Itulah pilihan yang ada..
.
Berjalan pakai selipar kotak. MasyaAllah. It works! Perlahan lahan. Setiap masa saya berzikir alhamdulillah agar bisikan merungut leceh, slow, malu boleh dihapuskan..kawal frequency fikiran amat penting. Setiap langkah, disyukuri kerana kaki MASIH TETAP terpelihara..
.
Ketika inilah saya syukuri sport shoes, selipar jepun apa jenis alas kaki yg tidak kita hargai. Astaghfirullahalazim.
.
MELALUI SELIPAR KOTAK, KITA BERSYUKUR TERHADAP NIKMAT YG SELAMA INI TIDAK KITA SYUKURI. terima kasih ya Allah memperingatkan.
.
Rupanya perjalanan ke bas adalah 2km! 😭 Zikir alhamdulillah sudah tidak mampu tenteramkan hati. Lantas saya bacakan alfatihah dgn Quran Soul. Mohon pertolongan dari Allah. Tiba tiba teringat surah Al-Baqarah 2:131
.
“(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
.
Lantas saya zikirkan Lahaulawalaquwwataillabillah. Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata. Berserah diri pada Allah melalui zikir ini.
.
Dan Allah Maha Baik.. Ada lori yg saya boleh tumpang naik. Naik lori lembu vs berjalan 2km dgn selipar kotak dengan suhu 48 degree. Semestinya lori lembu ini nikmat terhebat! Selipar kotak hanya digunakan utk 1 minit sahaja! 💖💖💖
.
Selipar kotak adalah usaha, untuk saya lakukan marketing “aku tiada selipar. Kalau ada extra tolong hulurlah”
.
3) BARA API
.
tiba di kawasan bas. Ada ratusan bas! Saya tetap perlu berjalan lagi sekitar 300 meter. Ada 3 pilihan
.
A) berjalan dgn selipar kotak speed umpama siput. Dan rasa bersalah pada suami yg temankan.
B.) berjalan atas jalan tar yg rata tapi panas 48 degree dengan stokin sahaja. Dan boleh jalan laju
C) suami dukung 😂😂😂 bukan berat saya macam anak kecil allana.
.
Saya bacakan surah Ash-shams dan ayat 91:8 saya tingkatkan yakin. Baik buruk aku tanggung
.
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;
.
Akhirnya saya memilih option B. Teringat kisah nabi Ibrahim dibakar dan akhirnya selamat. Kisah itu menjadi inspirasi. Apalah sangat jalan tar ini. Suara kecil mula berkata kata.. Ini macam orang hindu berjalan atas bara api! Cuaca panas wei! Jalan tar pun panas wei! Sepanjang berjalan itu saya zikirkan ALLAHUAKBAR. Allah lebih hebat untuk kawal panas itu.
.
U know what?
.
Panas itu hanyalah di dalam minda kita. Sekiranya kita ia kan, jadi panaslah ia. Sekiranya kita kawal pemikiran DENGAN KEBERGANTUNGAN KEPADA ALLAH.. Ia jadi tidak panas. Deria panas itu diaktifkan lah. Tapi di sebabkan berjalan, kepanasan itu tak sempat transfer. MasyaAllah zikir ini access my hippocampus pusat memory tentang kelas fizik experiment pasal heat transfer. MEMANG TAK PANAS KALAU KITA BERGERAK.
.
Tiba satu tempat, saya perlu berhenti sebab nak berikan laluan pada bas. OH MY GOD! IT IS PANAS! lantas saya berlari setempat 😂😂😂. Akhirnya sampai di bas. Di situ ada pak arab sembur muka dan kepala dengan air yg amat menyejukkan. Bukan sekadar itu, ada orang bagi air mineral yang sejuk. MasyaAllah! Nikmat air begitu luar biasa di tengah kepanasan itu.
.
Masa merasai kepanasan itu? 1 minit sahaja brisk walk 300 meter.
.
Terima kasih ya Allah kerana hilangkan selipar. SAYA PELAJARI TENTANG NIKMAT PANAS dan yg utama mengubah persepsi tentang panas apabila ALLAH DIJADIKAN SUMBER BERGANTUNG. ALLAHUAKBAR!
.
Akhirnya.. Ada seorang datin pinjamkan selipar toilet yg berwarna kuning. MasyaAllah! Tabarakallah!
.
4) SAKIT
.
Tiba di Muzdalifah, kami turun untuk ambil anak batu. Ada 2 pilihan. Berjalan 50 meter di laluan sempit utk ambil anak batu. Atau panjat batu penghadang jalan yg tinggi paras pinggang saya. Mudah je pun. Dah biasa. Saya memilih utk panjat.
.
Allahuakbar! Ketika panjat itu tiba tiba saya diserang sakit OTOT TERKEHEL di kedua dua bahagian antara bahu dan dada. IT IS DAMN PAINFUL!! I WAS CRYING! Dalam keadaan sakit itu mulut tak berhenti sebut Allah. Tetapi sakit masih dirasakan. Saya lakukan speed Quran Soul dan UPGRADE YAKIN PADA ALLAH YG MAHA MENYEMBUHKAN. lantas access hippocampus “what should i do”. Oh teringat teknik pernafasan iceman yg diajarkan oleh dr rizal. Pernafasan utk tukar immunity system. Dengan pantas saya berzikir dalam hati “Allah.. Allah.. Allah” dan bernafas laju.
.
Allahuakbar! Tabarakallah! Kesakitan menyucuk hilang serta merta. Allahuakbar! Tinggal lagi kesakitan yg saya boleh tahan. Lantas dgn izin Allah, saya bacakan surah al ikhlas berulang kali dengan setting Quran Healing. Akhirnya Allah izinkan sakit itu hilang. Allahuakbar!
.
Berapa lama kah sakit itu dialami? Amat sekejap. Sekadar sempat suami kutip 20 biji anak batu. Kerana ketika kami sudah start kutip batu, mutawwif (travel guide) menjerit agar kami naik bas. Sebab bas akan didenda 2ribu riyal sebab parking di situ. Maka, masa yg dianggarkan adalah 1 minit 30 saat.
.
Terima kasih ya Allah. Kerana tanpa sakit itu, pasti saya tidak tahu tentang KEBERKESANAN Pernafasan Ice Man itu. Tahu vs amal, bezanya langit dan bumi. Dan yg utama, ALLAH MAHA PANTAS MEMBERIKAN KESEMBUHAN BILA MANA KITA UPGRADE YAKIN DAN UPGRADE KEMBALI (TAUBAT) PADANYA. Allah lah yang hebat!
.
Sebab itu saya amat tekankan AMAL LAH ALQURAN. BUKAN SEKADAR BACA.
.
5) MAKAN
.
Ermm anda tahu kan, saya dalam fasa turunkan berat badan dan sedang migrate kepada eat clean. Namun, sepanjang kerja haji ini.. Makanan yang saya rasa paling sukar untuk di elakkan.
.
Mungkin kerana perubahan cuaca, metabolisme dll, sepanjang kerja haji ini, SAYA CEPAT LAPAR! Setiap kali lapar, saya minum air. Untuk detect, ni lapar sebab badan tak cukup air atau memang lapar. Most of time, MEMANG BETUL BETUL LAPAR. mahu 10x sehari saya makan. Main meal 3x, tapi in between makan ala kadar. Pilihan adalah buah buahan. food choices? 20% clean. Halal in shaa Allah confirm. baik toyyiban ermm saya banyak kompromi. Tak pe lah. Ada pilihan lagi. Setiap meal saya pastikan ada makan yogurt (utk kesihatan usus), limau nipis (alkaline source) dan minyak ikan (utk otak, memory).. Minyak zaitun (oh this is superfood) . Ada beli honey. Rupanya honey tiruan. Hoho! Sayur dan ulam ulaman di Upgrade quantity nya. Minum susu. Dan susu di sini 100% susu. Dan rasa SEDAP! Alhamdulillah as per now. ALLAH IZINKAN SAYA SIHAT. Belum jumpa Apple Cider Vinegar utk beli.
.
6) BERATUR PANJANG UNTUK KENCING
.
Allahuakbar! Pengalaman pertama terjadi ketika bermalam di arafah. Terjaga pukul 2pagi. Kononnya pundi kencing belum penuh. So kalau kena beratur pun tak pe lah. Tapi! Bila berjalan, baru start realise.. Pundi kencing sudah penuh walaupun sebelum tidur sudah ke tandas. Padahal baru 3 jam tidur.
.
di arafah, mina dan Muzdalifah cabaran utama adalah “SABAR UTK BERATUR PANJANG KE TOILET” Bukan sabar biasa2 sebab pundi kencing tak boleh SABAR 😂😂😂. boleh bayangkan? Dalam keadaan berlari untuk ke toilet, dah sampai ada 10 orang menunggu. Dan setiap orang ambil masa minimum 5 minit! Jemaah kan ramai orang tua. Belum kira yg “BERANGAN” Dalam toilet.
.
What to do??
.
Persediaan sebelum.
================
1) Schedule kan waktu ke tandas. Kita tak boleh kawal orang yg beratur panjang. Tapi kita boleh kawal masa kita. Lihatlah pattern ke tandas anda. Saya meletakkan syarat kepada diri sendiri.. SETIAP 3 JAM, SAYA WAJIB KE TANDAS. buang sebelum penuh. Sebab itu amat penting utk makan makanan yang saya senaraikan di atas. Dalam keadaan cuaca panas, PERLU MINUM BANYAK AIR. maka, akan banyak kencing itu sudah dijangka. Kalau schedule every 3 hours ke toilet, wuduk pun boleh selalu diperbaharui. Minum banyak dan mandi banyak penting untuk PASTIKAN KITA SIHAT. usaha kita tetap perlu. Bukan hanya berdoa. Dan bila sakit demam tanpa usaha, ZALIM LAH KITA KALAU KITA KATA ALLAH UJI. Astaghfirullahalazim
.
2) UPGRADE QUALITY SOLAT
.
Pergerakan solat yg sempurna MasyaAllah memberikan side effect kepada pelvic floor (bahagian rahim) dan kawalan pundi kencing..solat yg sempurna ada include sekali stretching regangan dan kawalan otot! Boleh pelajari di universiti Malaysia. Beli buku sains solat by prof Fatimah.
.
3) PAKAI PAD
.
Perempuan, boleh pakai pad sebagai back up. Tapi pad ada limit. Kalau anda kritikal sangat, pakailah pampers dewasa. Oh jangan gelak. Menunggu utk toilet adalah sesuatu yang errrrrrrr u know how it feels. Jangan anda DIMALUKAN KERANA TERPAKSA MELEPAS.
.
Semasa Menunggu Turn
==================
.
1) ingat Allah. Setiap masa. Bukan ketika solat, baca quran dan tawaf sahaja. Pengalaman pertama (sambungan cerita di atas), ia mengerikan bila dah berlari dan sampai di toilet ada 10 orang sedang beratur. Despite segala persediaan di atas, Allah Maha Berkuasa. Kita merancang dan Allah lebih hebat. Sepanjang menunggu.. Saya berzikir Lahaulawalaquwwataillabillah. Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata untuk menahan pundi kencing. DAN TIDAK BERFIKIR PASAL KENCING.
.
Allahuakbar mengilhamkan untuk bersedekah. Lantas, saya ingatkan orang lain untuk buka stokin dulu semasa menunggu. Bantu berikan tips di atas. Bantu dgn bersembang agar mereka tak fokus kepada kencing.
.
Allahuakbar…. Line que toilet saya sungguh pantas. Ada yg ubah fikiran dan tak ke toilet. Akhirnya penantian saya hanyalah 10 minit berbanding 1jam.
.
Allah Maha Baik untuk berikan saya Pengalaman di atas. Mana boleh keluar tips ni kalau saya tak lalui sendiri kan.
.
Setiap kali apa yg terjadi, kita serahkan diri kepada Allah TANPA MEMAKSA ALLAH MENGIKUT KEHENDAK kita. berdoa perlu. Usaha perlu. Result? Serah pada Allah. Taqdir what’s next, hanya Allah yang tahu.
.
7) CABARAN TERBESAR
.
Allah Maha Mengetahui apa yang saya boleh handle. Yg di atas, akhirnya nampak mudah kan. Apa yg terjadi seterusnya membuatkan saya super down.
.
Ketika bas berhenti, saya dalam keadaan mai mai. Sebab tidur mati 5 jam dalam bas. Bila husband kata dah sampai, saya ambil phone saja utk berkomunikasi. Saya fikir akan ke tempat lain. Rupanya akan ke masjidilharam. Bas sudah pergi.
.
Beg dan segala barang sudah pergi juga. Saya tidak kisah dgn duit, phone kedua, dan ubatan utk sedekah yg pergi. TAPI SAYA AMAT KISAH BILA BASYIRAH HILANG! i cried like hell! Ya Allah.. I can’t leave without my basyirah! All notes saya boleh tulis balik. But please ya Allah..i need my Basyirah! 😭😭😭😭
.
Apa tu Basyirah? my Quran.. Quran sangat banyak tolong saya…tak tunggu di haji ni. Dari Malaysia, travel ke mana mana pun.. I never leave my basyirah.. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭
.
Ketika itu… Saya baca surah ash Sharh berulang kali. Untuk pujuk diri sendiri.. Ash-Sharh 94:5
.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”
.
Tak pe bas pergi. Bas itu boleh Allah datangkan kembali. 😭😭
.
😭 sambil teresak esak. Dalam keadaan teresak esak bahagian amygdala sedang diaktifkan..bahagian otak hippocampus di retrieve. Mengeluarkan ayat Alquran yg menyebabkan saya menangis tak berlagu.. At-Taubah 9:129
.
“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
.
Ternyata Kebergantungan yg saya war warkan kepada Allah itu tidak saya Upgrade ketika ini. Dalam berdoa, saya masih memaksa Allah. Astaghfirullahalazim. Walaupun basyirah itu adalah makhluk buku yg ada kata kata Allah.. Bukan basyirah yg saya perlukan. Allah yg saya perlukan.
.
Dengan berat… Saya katakan
Bye bye basyirah. I love u.. And i love Allah more. Non comparable. 😭
.
Tapi ternyata sukar utk saya lepaskan. Perit. Allah mempermudahkan saya utk melepaskan basyirah. Di Kaabah.. Pada musim haji.. Sungguh sedikit orang yg ada. Saya sepatutnya gembira!
.
Sepanjang tawaf.. Saya berzikir. Untuk fokus ingatan hanya pada Allah.
.
Astaghfirullahalazim.. Sorry ya Allah, saya mahu lepaskan basyirah. Kerana Allah yg lebih indah. Bukan buku quran itu..
.
Allahummasollialamuhammad.. Ya rasul, ajari aku ya rasul.. Bertawasul dengan rasul
.
Subhanallah.. Maha suci Allah. Despite what happens, tiada apa yg berlaku sia sia.
.
Alhamdulillah.. Syukur pada Allah yg berikan Quran Connection.
.
Lailahaillallah.. Tiada tuhan selain Allah. Bukan buku basyirah tuhan ku. Walaupun penggunaan amal Alquran itu, Kebergantungan disandarkan kepada Allah.. Tapi ia tidak solid.
.
Allahuakbar.. Allah Maha Besar.. Allah lebih besar kekuasaanNya dari Basyirah. Allah boleh berikan yg lebih bagus..
.
Lahaulawalaquwwataillabillah.. Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata utk saya lepaskan Basyirah.
.
Proses yang perit. Tapi Allah MAHA KUAT..
.
Akhirnya saya boleh terima selepas saya diilhamkan utk upgrade doa. Doa apa? SAYA BERDOA AGAR ALLAH MASUKKAN 30 JUZUK ALQURAN DI DALAM HATI DAN INGATAN SAYA. Jadi al hafizah. Walaupun saya sudah pun dalam proses menghafal sudah 2 tahun.. Ternyata saya belum cukup serius menghafal. Terlalu sibuk berseminar menyampaikan Alquran… Hingga hanya 1 juzuk setengah sahaja yg mampu hafal. Itu pun ingat ingat lupa.
.
Bukankah doa di depan kaabah, di Arafah doanya amat makbul.. Saya amat yakin ALLAH PASTI MAKBULKAN. In shaa Allah. Moga saya mati dalam keadaan namanya Dr Husna Haron Al Hafizah.
.
Tolong doakan ya agar impian saya untuk sambung PhD tentang Quranic Time Management dan menghafal alquran 30 juzuk tercapai. Tolong aminkan nama sementara ini
.
💝💝Dr Husna Haron Al Hafizah (amin)💝💝💝
.
Akhirnya… Saya lepaskan Basyirah…
.
Berapa lama proses utk lepas kan basyirah? 30 minit. 10 minit jalan ke masjidilharam. 12 minit tawaf. 8 minit solat.
.
And i am HAPPIER NOW KERANA ALLAH ITU MAHA PANTAS!
.
Bila sampai di hotel. Saya berjumpa dengan Basyirah kembali! Allahuakbar perpisahan sementara yang sungguh bermakna…
..
=========
.
Usah dilihat kisah saya itu. Lihatlah bagaimana kisah kisah yang dinamakan ujian itu dijadikan BATU LONCATAN UTK MENJEMPUT PELBAGAI KEAJAIBAN. KEAJAIBAN PELBAGAI PERTOLONGAN ALLAH HINGGA KITA KEMARUK BERCINTA DENGAN ALLAH.
.
Hingga kita mula realise dan meyakini ayat Alquran ini.. bahawa Al-Anbiya 21:35
.
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”
.
Susah dan senang hanyalah drama untuk memberitahu kita apa khabar hubungan kita dengan Allah. Kisah kisah di atas adalah sebahagian drama simple yg mengesahkan bahawa walaupun kita sudah pun bergantung kepada Allah, SEJAUH MANA KEBERGANTUNGAN ITU PERLU DI UPGRADE”
.
KERANA ALLAH MAHA INDAH UTK HANYA MENGHUKUM. Astaghfirullahalazim.
.
Haji adalah spiritual journey yang amat indah sekiranya kita UPGRADE CONNECTION DENGAN ALLAH
.
Haji adalah medan sumpah seranah, buat hanya kerana rukun, sekiranya kita melihat dari sudut ujian dan sabar tanpa bersandarkan pada Allah, tanpa melihat Allah Maha Indah di sebalik apa yg berlaku.
.
Carilah Allah sepanjang kerja haji.
Carilah Allah sepanjang kita hidup.
.
Allah yg amat setia dan tidak pernah berjarak dengan kita..inilah pesan suami Ubai Ambiah yg saya pegang setiap masa.
.
Kerana dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan. Syurga adalah effect dari hubungan dengan Allah.
.
Perjalanan roh di dalam jasad fizikal ini memerlukan kita utk berpegang kepada Alquran dan sunnah. Kisah di atas adalah sebahagian kecil drama yg berlaku, yg relevan kepada semua orang. Lihatlah bagaimana Allah membantu melalui Alquran.
.
Hingga kita meyakini surah al isra 17: 82
.
“dan Kami turunkan daripada Alquran (sesuatu) yg menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Alquran itu) hanya akan menambah kerugian”
.
Subhanallah! Allah itu Maha pantas membalas segala nya. Anda perasan kan kisah ujian di atas saya sertakan durasi berapa lama saya hadapi situasi itu. Audit aqidah setakat ini Allah izinkan jadi pantas. Cepat atau lambat bukan urusan kita. Itu urusan Allah. Allahuakbar!
.
Wallahuaklam. Allah Maha lebih mengetahui
=======
.
Kerja haji belum selesai. Bolehkah anda bantu saya? Utk sharekan post ini.. Jemput utk tag jemaah haji yg anda kenal. In shaa Allah saya doakan agar anda semua di jemput haji. Dan jemputlah datang ke seminar audit life di mana saya kongsikan bagaimana utk di jemput haji pada usia muda. Usaha kita. Allah jemput bila, itu tugas Allah.
.
Akhir kata…
Tak perlu tunggu haji utk amalkan Alquran. Jomkita bina hubungan dengan Allah. Ia boleh diamalkan sekarang…
.
Saya amat bersyukur ma dan abah banyak tekankan pasal Alquran. Benar.. Alquran dan sunnah, begitu indah
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever

HusnaHaron

Leave a Reply