Skip to main content

APA KAITAN ALLAH DENGAN KITA? 

By February 21, 2018Blog, I - Ilmu

APA KAITAN ALLAH DENGAN KITA?
.
Ammar tahu Allah tu pencipta kita, Tempat kita meminta pertolongan (surah al ikhlas), ammar tahu sifat 20, selain tu?
.
Fffuhhh soalan Ammar kali ni.. Buat kan saya berfikir lama. Dari aspek macam mana mahu dihuraikan yg mudah utk beliau faham. Sudah tiba masanya utk beliau Upgrade kefahaman “siapa Allah” mengikut peningkatan umur beliau… 
.
Sudah tentu saya tiada jawapan. Hanya mampu utk berdoa pada Allah… “ya Allah, apakah jawapan yg paling sesuai utk Ammar dan allana? Bagaimana mahu terangkan?”
.
Tiada idea..
Masih tiada idea..
Mata terpandang buah rambutan yg Allana makan…
.
Tak pe lah.. Lukis pokok rambutan lah dulu. Utk homeschool activities diorang. Tatkala sedang melukis, tiba tiba ilham datang.. Hasil daripada bacaan sebuah buku sebelumnya…
.
Lantas saya ceritakan pada mereka..
.
Mama : Ammar, lana… Pokok ni takkan ada buah rambutan kalau tiada keperluan asas dia. Apa keperluan asas pokok?
.
Allana : lana tau! Science class ada belajar. Water, sun energy, (light), air (carbon dioxide)
Ammar: baja?
Mama : haaa semua betul. Ok bila kita solat, puasa, baca dan amal quran.. tu umpama batang pokok ni. Yg akarnya mencari air… dlm air tu ada pelbagai zat..
.
Zat tu di Pass kepada dahan. Tu lah laluan untuk kenal Allah.. semua ibadat adalah untuk kembali kepada Allah. Tak sampai fungsi ibadat kalau bukan untuk kenal Allah..bila dah makin kenal melalui proses kehidupan..kita akan dapat pelbagai ilmu.
.
Jadi, dari dahan baru daun keluar. Daun pula serap cahaya. Berlaku proses fotosintesis. Barulah buahnya keluar. Itulah hakikat kehidupan. Bahawa setiap apa yg Allah ciptakan semua nya ada fungsi. Fungsi untuk kembali pada Allah..
.
Dan bermulalah pelbagai soalan.
Lepas penat menjawab..saya katakan
Ok..jom sambung warna….
.
================
Impian dan nafsu serakah kita bermacam macam. Mahu duit berkepuk kepuk.. Rumah berpuluh biji.. Travel seluruh dunia.. Investment sana sini… Doa macam2 utk keperluan nafsu… Namun kurang kita fokus utk lebih kenal siapa Dia.. Soalan Ammar menyebabkan saya istighfar panjang… Terkena pada batang hidung sendiri.
.
=============
Hanya menyampaikan.. tiba masa. ALLAH sendiri lah yg fahamkan mereka ikut keperluan mereka…

HusnaHaron

Leave a Reply