Skip to main content

ANDA PERLUKAN INI…

By October 23, 2018Blog, QURAN

ANDA PERLUKAN INI…
.
Apabila membaca Alquran yang kita mahu fahami maksud, amat digalakkan untuk berguru. Setiap lapis ayat Alquran mempunyai maksud yang berbeza bila dibaca dari perspektif berbeza. Bila disebut api, bukan bermaksud api yang menjulang sahaja. Bila disebut air, bukan bermaksud air H20 sahaja. Allahuakbar! Pelbagai Perumpamaan ada di dalam Alquran.
.
Bagaimana contoh?
.
Minggu lepas, di sini Muzdalifah dipenuhi lautan jemaah haji. Fokus untuk haji berbeza. Hari ini, kami saja saja datang untuk mempelajari sesuatu dari alam bumi Muzdalifah ini..
.
Cuaca kering, panas, dan berbahang. Tiada apa yang dirasakan special. Para nabi dahulu sebarkan Tauhid di bumi yang tandus. Memperjuangkan “jomlah sembah Allah”..
.
Apabila kita membaca Alquran, adab tadabbur nombor 1 adalah SETIAP AYAT DITUJUKAN KEPADA KITA. bukan kepada orang lain. Apakah benar kita sembah Allah? Alhamdulillah benar. Tak sembah tuhan jesus, tuhan buddha dll.
.
Sekiranya terhenti di situ… Maka, ayat Alquran itu belum benar benar selongkar hati kita. Perlu di check lagi. Reverse audit. Kalau sembah Allah, pasti bahagia. Pasti tenang.
.
Tenangkah kita? Bahagia kah kita?
.
Cuba tanya diri sendiri. Oh! Dalam hatinya penuh kerisauan. Masalah, duit, anak, sales.. Problem dengan orang itu. Self audit lagi. Di dalam kerisauan Itu.. Ingatan kita banyak fikir dan risau tentang masalah itu kah? Di dalam tangan menadah doa pada Allah… Apakah DIMAKNAI ingatan pada Allah yang Maha Menyelesaikan Masalah?
.
Lihatlah % ingat Allah
Lihatlah % ingat selain Allah..
Lihatlah % Kebergantungan kepada Allah
Lihatlah % Kebergantungan kepada diri sendiri, orang lain dan selain Allah..
.
Hati tak menipu. Hati yang tak tenang memberitahu satu rahsia besar. Mungkin semalam kita solid ingatan dan Kebergantungan pada Allah. Itu bagus dan diteruskan.
.
Diberikan drama isu berbeza.. Lihat pula hari ini. Audit lagi. Apakah sama lagi HUBUNGAN DENGAN ALLAH ITU? Sama seperti sebelumnya? Atau sedang turun? Kow kow turun?
.
Itulah jiwa yang kering kontang..sudah lama tandus?
.
Alhamdulillah belum mati..
Alhamdulillah diperingatkan..
.
Perkara pertama, bukan mencari solusi problem itu. Problem itu hadir kerana Connection dengan Allah yang tidak diupgrade. Terlihat dari sudut pandang negatif dek kerana hati yang kotor belum dicuci.. Hati yang kotor, bisikan syaitan berkobar. Mengapi apikan. Kotor sebab TER SEKUTUKAN ALLAH. SEBAB DOSA BESAR YANG LAIN.. Sangat halus permainan ini..
.
Bilamana connection dgn Allah bagus, the same problem tidak dipanggil problem. Ia dinamakan “baiknya Allah berikan isu ni..kalau setel isu ni, kita dapat ini itu.. Doa makbul.. Sebelum makbul sudah gembira. Bukan gembira sebab doa itu. Gembira kerana baiknya Allah setiap masa dirasakan bersama.” melihat dari sudut pandang hati bersih, ilham yang hadir berbeza.
.
Maka apa khabar hubungan kita dengan Allah?
.
Tandus? Kering? Terputus hubungan?Tandusnya bumi reflaks kepada tandusnya roh di dalam jasad.
.
Alhamdulillah belum mati.. Masih ada peluang untuk berubah.. Bersihkan diri kita sama sama
.
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
.
Solat sunat taubat.
Bacalah Alquran DENGAN MAHU MEMAHAMI MAKSUDNYA..
.
Disitulah jiwa mendapat makanan. Connection. Bahagia. Problem belum setel tak apa. Perbetulkan dahulu hubungan nya.
.
Tak lama nanti datanglah solusi.tetap diusahakan. Bezanya.. Usaha dengan lelah. Atau usaha dengan tenang effortless..
.
Hujan pun turun membasahi bumi yang tandus. Menyejukkan. Mendamaikan. Menggembirakan.
.
Memberi pelbagai sumber hidupan.
Menghidupkan jiwa yang kontang…
Pelbagai nikmat didapatkan..
.
Al-Baqarah 2:22
.
“Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
.
MasyaAllah! Allahuakbar!
Ayuh kita identify sekutu apakah yang bersarang di dalam hati kita. Kitalah yang memerlukan “air” itu. Tiada ujian baik kesenangan atau kesusahan melainkan untuk kita kembali kepadaNya seperti surah Al-Anbiya 21:35
.
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

Ayuh….
.
Sama saja setiap orang…
Semuanya ada turun naik.
Ketika naik Alquran bantu..
Ketika turun Alquran bantu..
.
Tanpa Alquran.. Petunjuk dari Allah.. Kita berlama lamaan dengan ketandusan. Hingga terpedaya..moga moga bila nyawa di hujung, kita benar benar meyakini bahawa sungguh benar Tiada Tuhan selain Allah… Sungguh benar apa yang Nabi Muhammad saw perjuangkan.. Muhammad pesuruh Allah.
.
Aal-e-Imran 3:185
.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
.
TERPEDAYA KAH KITA?
.
Jomkita improve hubungan dengan Allah… Kerana mahukan Allah. Soon hujan menjelma memberikan pelbagai kenikmatan.
.
Nikmat utama adalah bercinta dengan Allah..
πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–
Allah cintakan diri mu juga..
……
Apa yang anda dapat dari post ini?
…….
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

HusnaHaron

Leave a Reply