Skip to main content

Alquran Vs weight loss.

By March 15, 2017Blog, Doctor, QURAN

20 tahun perjalanan menurunkan berat badan..
Akhirnya menemukan saya dengan pemakanan mengikut jenis darah. Mengujakan! Kerana memang boleh dirasai perubahan dalaman badan yang lebih Efficient. Perubahan awal dapat dirasakan setelah sebulan mengamalkannya. Dan kini sudah hampir setahun, perubahan maksimum dapat saya nikmati. Tiada product diperlukan. Hanya pemilihan makanan. Alhamdulillah…
.
Tahun lepas, setelah penat mencuba pelbagai jenis senaman untuk menurunkan berat badan.. Tiba tiba saya pitam semasa Exercise..berturutan selama 3 hari. Malahan, badan dirasakan sangat lemah. Ia bukan lagi sekadar jumlah kalori yang diambil dan dibakar. Mungkin pemakanan nutrient makro dan mikro yang tidak seimbang. Saya amat percaya.. Alquran ada segala penyelesaian masalah hidup.
.
Interaksi bersama alquran, memberikan saya satu dorongan untuk mengamalkan ayat ayat yang bermaksud
– makan makanan yang halal dan toyyiban
– jangan menzalimi diri
– keseimbangan hidup
– bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan
– bersyukur pasti ditambah nikmat
– kufur, azab sangat pedih..
.
Astaghfirullahalazim.. Berlandaskan situasi saya yang pitam itu.. Pasti itu adalah kesan daripada kezaliman yang saya lakukan pada diri sendiri..
.
Cuba anda bayangkan.. 2 bulan sebelum saya pitam-pitam, saya sudah membuat Full medical check up. Keputusan, alhamdulillah tiada masalah. Secara peribadi, saya berikan diri saya markah 95%.. Kesan dari pemakanan yang dijaga dan selalu Exercise, Allah berikan kesihatan.
.
Maka kenapa pitam pitam?
Interaksi dengan alquran juga telah membawa saya untuk bertemu seorang doktor diet. Doktor ini, scan kesemua organ badan, hormon, darah dan mengeluarkan lebih 300 analisa kesihatan. Ketika itu saya terkejut!
– 60% analisa sangat bagus
– 30% analisa perlukan tindakan
– 10% analisa perlukan tindakan segera!
.
Bagaimana mungkin 2 report yang berbeza? Saya pasti para doktor telah melakukan kerja yang mantap hasil daripada ilmu perubatan yang mantap. Saya amat percaya.. Apa yang berlaku adalah kezaliman diri saya sendiri. Dan saya yakin, pasti Allah mahu memberikan sesuatu yang lebih luar biasa impaknya..
.
Yang Mengujakan, kata doktor.. 30% dan 10% lagi itu boleh diperbaiki dengan hanya menukar cara kita memilih makanan. DIET IKUT JENIS DARAH. produk untuk makanan tambahan ambil bila perlu sahaja. Untuk kes saya.. Tiada. Setelah sebulan mengamalkan diet ini tanpa apa apa produk, saya kembali kepada doktor untuk cek. MasyaAllah, sudah banyak perubahan positif! Ia menyebabkan saya teruskan hingga sekarang.
.
Kesimpulannya adalah
– segala jenis diet / workout ada fungsi tersendiri, tujuan tertentu dan pemakanan & aktiviti harus diselaraskan. Keseimbangan harus dijaga.
– asas pada kesihatan adalah pada bergantung kepada:-
.
– makanan Vs detox, aktiviti/Exercise , tidur, rehat,
– positive thinking, Allah di dalam segala perkara dan
– baca AlQuran dengan upgraded tajwid. Dan pergerakan solat yg diaudit.
– semuanya di dalam seminar TimeREVAMP Wow!
.
Silalah rujuk doktor anda. Mereka lebih pakar untuk menasihati.
.
Dengan Lifestyle, aktiviti kerja saya.. Saya amat bersyukur dipertemukan dengan DIET JENIS DARAH INI. Dalaman dirasakan begitu mantap!
.
Yang utama… Saya teramat bersyukur dikurniakan “badan berisi” yang menyebabkan saya mengawal pemakanan dan selalu Exercise. Alhamdulillah.. Tiada apa yang Allah jadikan itu sia sia. I am grateful for who I am. It’s the best vehicle from Allah. Alhamdulillah..
.
Terima kasih Dr Nor Azima Mohd Razalli di atas saranan diet jenis darah.

9-FEB-1(1)

9-FEB-1(2)

9-FEB-1(3)

HusnaHaron

Leave a Reply