Alquran penuh dengan peringatan. Petunjuk kepada orang yang berterusan upgrade percaya kepada Allah. Regardless apa jua keadaan drama yang berlaku dalam kehidupan.
.
Peringatan Allah melalui Alquran membuatkan kita mendapat penawar pujukan untuk emosi, fizikal dan roh. Roh yang akan kembali kepada Allah. Fizikal bakal ditinggalkan. Namun, roh itu menurut keadaan fizikal. Dan fizikal juga mempengaruhi roh..
.
Sekadar dapat peringatan, petunjuk dan penawar masih tidak cukup. Ia haruslah dipersembahkan dalam bentuk tindakan. Untuk purely tunduk kepada Allah. Proses untuk tunduk dan serah diri kepada Allah adalah proses yang berterusan.
.
Bagaimana pula mahu bertindak sekiranya kita tidak faham apa yang kita baca? Membaca apa buku pun di seluruh alam, kita baca, automatik kita faham. Faham itu adalah outcome yang kita mahu bila kita baca buku.
.
Begitu juga Alquran… Dek kerana bahasa nya bahasa Arab, apakah kita baca hanya untuk dapat pahala? Jom kita sama sama upgrade…
.
Pelbagai peringatan Allah berikan menceritakan tentang kehidupan orang yang ingkar. Hatta pada nama, kita adalah orang islam… Tetap kita perlu bandingkan, apakah islam yang kita amalkan adalah islam Alquran ATAU islam turun temurun. Islam budaya.
.
Islam menyediakan persekitaran untuk jantung hati kita sampai kepada cinta Allah. Apa Jua peraturan halal haram makruh harus adalah untuk roh kita terus menerus merasai cinta Allah. Hinggakan dunia ni benar benar keluar dari jantung hati kita. Dek kerana cinta Allah itu mekar di dalam jantung hati..
.
Apakah yang kita sedang fokuskan?
Apakah tindakan kita?
Apakah kita audit diri kita?
.
Rahmat Allah is abundantly flowing through us… Surrounding us.. Dunia membekalkan kita untuk sampai ke akhirat… Kehidupan yang kekal… Rasulullah S.A.W menunjukkan contoh sempurna untuk kita bandingkan diri kita dengan diri Baginda. Baginda “sampai” kepada Allah melalui petunjuk Alquran.
.
Apa khabar roh kita?
.
Alhamdulillah kita diingatkan sebelum kita mati..
.
Ayuh…Jom kita!