Beberapa soalan cepumas yg saya dapat dari peserta
.
Doktor pakar : how u maintain humble dengan ilmu yg subhanallah tak terjangkau ni?
Husna : (berfikir sejenak… I am seen as humble?)
Mana mungkin saya boleh berlagak sedangkan hidayah hanya Allah yg boleh bagi…. Mana mungkin saya claim anda makin jatuh cinta dengan Alquran disebabkan timerevamp, sedangkan segalanya berlaku kerana Allah approves. Any part that I can show off?
.
Namun.. Tak dinafikan.. Saya hanyalah manusia biasa. Bila orang puji melambung.. Adakala ter riak. Bila mana saya lambat istighfar, cuci jantung hati.. Siaplah nanti bila baca AlQuran.. Pasti pelbagai ayat penampar saya terima..
.
Maka, Alquran is always the best reminder…
.
=================
.
Ditanya pula oleh seorang usahawan hebat yg selalu menyertai tabligh..
.
Tuan : bagaimana puan boleh discover ilmu Alquran ni? Subhanallah..
Husna : Alquran penuh dengan surprise, ilmu dan rahsia.. Bila baca AlQuran, jangan berlagak dengan apa jua ilmu yg kita ada.. No matter how much we know.. Levelnya TETAP Nothing!
.
================
.
Di sapa pula oleh seorang Dr, pensyarah yg abangnya memiliki maahad tahfiz. Beberapa bulan yang lepas.. Saya dijemput utk berikan 3 jam talk. ada beberapa action plan yang saya berikan kepada para pelajar. Semuanya lelaki dan berusia 13 – 20 tahun…
.
Dr : puan, tahu tak.. Abang saya tu.. Bukan setakat wang dan masa dia tidak bazir kan. Malahan dengan ilmu juga beliau tidak bazir. Tahu tak, dari Oktober tahun lepas.. Hingga ke hari ini.. SETIAP HARI Beliau akan interview pelajar.. Apakah hasil amalkan ilmu yg puan husna ajar hari tu…
.
Setiap hari kami terkejut.. Bagaimana para pelajar tahfiz ini boleh keluarkan kefahaman tentang ayat Alquran yg subhanallah tak terjangkau fikiran..
.
Husna : itulah sebenarnya Alquran. Menghafal semata tidak memberikan impak yg MENDALAM. bila dibaca dan dihafal dengan Quran Connection.. Itu adalah impak minimum! Penghafal Alquran jauh lebih dipermudahkan caranya….Namun, tetap perlu berterusan upgrade belajar dengan ulama Alquran. Alquran tetap perlu berguru. Tetap perlu pantau apa jua ilham dengan surah AsySyams ayat 8.
.
Dr : abang saya nak jemput puan lagi.. Utk versi 2 hari pula…versi 3 jam pun dah mcm tu impaknya.. Apatah lagi 2 hari kan? I
.
Husna : oh impak yg mcm tu hanya ketara kepada Penghafal Alquran yg amalkan quran Connection. Ok in shaa Allah nanti saya berikan date nya…
.
============
.
Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata