Skip to main content

Allana bertanya.. “Mama.. Nak naik bas… Dah lama tak naik bas..

By February 20, 2018July 13th, 2018A - Anak & Suami, Blog

Allana bertanya.. “Mama.. Nak naik bas… Dah lama tak naik bas.. Ya Allah, allana nak naik bas.. Allah tolong lah permudahkan”
.
Itu adalah skrip standard yg saya kongsikan pada Anak anak.. Mahu apa apa… Mohon pada Allah. Allahusommad. Surah al ikhlas. Disebabkan mahu melayan permintaan anak.. Kami naiklah bas.. Rupa nya.. Bas di sini PERCUMA.. Dan amazingly, tersangat Efficient dan punctual. Malahan, bila driver bas mahu berhenti di hentian seterusnya dan tiada penumpang mahu naik… Mereka tetap berhenti dan memberitahu penumpang “Sorry, we need to wait as we reach this point earlier than scheduled”
.
Malahan… Bila pergi ke zoo, di mana mana… Pegawai melayan semua orang sama rata. Dengan senyuman, dengan kasih sayang, dengan Info lengkap. TANPA buat muka “bosan lah cakap benda sama berulang kali”
.
Malahan… Nilai Ehsan dan nilai islam tersangat banyak diaplikasikan di negara ini. Di negara yg bukan Islam. Bersih, Punctual, Helpful, Sistematik, amanah, No smartphones while working, no smartphones observed while waiting.. Malahan, banyak amenities disediakan. Free bus ride, no toll freeway (highways)…
.
Apakah impak? Rakyat di sini tersangat terserlah Life Balance. Setiap rumah nampak ada Personal boat, bicycle, Petang2 keluar bersama anjing, jogging, lepak di pantai…Saya tidak nampak orang yg rushing terkejar kejar. Ohhhhh saya mungkin terlalu bias. Pasti di sini ada population yg stress dan problematic. Namun, berdasarkan observation.. Tersangat damai….
.
Di dalam alquran terlalu banyak diceritakan tentang kezaliman dan impaknya vs keadilan dan impaknya… Saya nampak praktikal alquran di sini… Alquran dan islam adalah cara hidup. Walaupun mereka tidak declare islam.. Namun, value islam terserlah…
.
Hasil daripada observation ini menyebabkan saya mencari “bagaimana pula negara islam?” Ermmm better not to share here. Coz Membaca alquran tanpa amal Means???? . Mengamalkan value alquran tanpa membaca dan beriman pula, impak berbeza..
.
Tak mahu salahlah sesiapa.. Saya memilih utk baca dan amalkan alquran. Saya yakin dan percaya dengan Allah yang Maha Adil, membalas kebahagiaan dan keredhaan.. In shaa Allah..
.
Jom kita amal alquran… Seronok nya beramal alquran akan sebabkan Life is sooo wonderful! With or without problems…kerana Allah is the author of the Quran who knows everything in our heart ..

HusnaHaron

Leave a Reply