Skip to main content

AL-QURAN NI SENSITIF..

By February 19, 2018Blog, S - Spiritual

Saya ni amatur je bab Alquran. Tapi punya hati yang besar nak sebarkan Alquran. Bukan ustazah, bukan alhafizah, jauh sekali PhD in Quran. Maka, disebabkan itu.. Saya sebarkan Alquran dari sudut praktikal dalam kehidupan. Itu pun saya pilih ayat Alquran yang mudah dan straight forward. Ayat yg jelas. Syukur, sedekah, solat, bersih hati, buat baik pada parents. Kan mudah..
.
Mana mana ayat yang berkaitan hukum hakam saya ikut aja bulat bulat pada asalnya. Dalam masa yang sama mencari nilai sains.
.
Mana mana ayat yang samar samar maksudnya, saya tak sentuh utk diposkan di Facebook atau seminar. Tapi personally akan study dengan berguru.
.
Alquran ni “sensitif”. Maka, utk teknikal Alquran saya akan rujuk pakar yang lebih arif. Kalau kita ni jahil.. Itu lah adabnya. Guru guru saya berpesan, jangan simply tafsir ayat. Para ulama ada disiplin ilmu Alquran. Nak kena faham asbabunuzul, tema Surah, tata bahasa Arab, dll.
.
Sebab tu saya ambil sudut yang paling mudah dahulu. PRAKTIKAL ALQURAN. sebab kalau nak tunggu kita master terus segala disiplin ilmu Alquran, kita mungkin tak sempat beramal.
.
Berguru dan baca
Berguru dan amal
Berguru dan upgrade ilmu teknikal
Berguru dan amal lagi
Berguru dan tadabbur study maksud
.
Jadi jangan hairanlah kalau saya setiap masa dengan Alquran. Sebab Saya setiap masa dalam mode belajar.
.
Apa yg saya tahu saya Share kepada anda.
Yang tak tahu.. Sabar, soon akan tahu.
.
Berguru dengan Allah (albaqarah 2:31) dan melalui perantara guru manusia dan alam..
.
Terima kasih Ya kepada semua guru guru…. Kerana mendidik saya yang masih amatur ni. Anda tahu siapa anda.
.
Kerana saya pernah bertahun tahun tinggalkan Alquran, maka saya faham nilai Alquran. Subhanallah terlalu banyak perkara yang dipermudahkan oleh Allah..
.
Jom ya.. Kita baca AlQuran dan amalkan. Hingga kita sama sama jatuh cinta berkali kali dengan Allah.

HusnaHaron

Leave a Reply