AKU ADALAH PERBENDAHARAAN YG TERSEMBUNYI.. AKU INGIN DIKENALI.. MAKA AKU CIPTAKAN MAKHLUK..UNTUK DIKENALI
.
hadis ini menjadi teman sepanjang ride.
– Melihat ke kiri, melalui pokok.. Dia dikenali..
– Melihat ke kanan, melalui bayang.. Dia dikenali..
– Melihat ke atas, melalui langit membiru.. Dia dikenali..
.
Untuk mengenaliNya, seluruh alam ini adalah KITAB TERBESAR untuk “dibaca” .. Alquran berikan pelbagai hints. Penerangan setiap ayat Alquran ada pada setiap genap alam ini… Sekiranya kita peruntukan masa untuk berfikir atau ulul albab.. Apakah yg best nya tentang ulul albab ini sehingga 16 kali diceritakan di dalam Alquran?
.
Merenung alam.. Berfikir.. Apakah fungsi setiap kejadian itu.. Dan apakah kaitan dengan kita… Dan bagaimana dengan alam itu, kita LEBIH KENAL PENCIPTA… Ya Allah.. Jadikanlah kami orang yang ulul albab..
.
Ternyata… Dengan mengingatiNya.. Hati pasti tenang. Dengan ketenangan itu, mudah untuk masuk ke dalam alam minda yg lebih tinggi..untuk uncode message daripada alam..
.
Message alam itu..pasti ada di dalam Alquran. Subhanallah..
.
===========
.
Untuk ride ini.. Saya menolak 3 jemputan seminar. Menolak 1 pelawaan seminar high impak.. Bukan sombong.. Namun, bukan ilmu apatah wang yang saya kejar…
.
Hanya mahukan ABUNDANCE OF ALLAH’S LOVE…
.
Banyak waktu saya memberi.. Ada masa, saya perlu menggali, utk terus memberi.. In shaa Allah