Skip to main content

AJARI UNTUK DICINTAI AL-QURAN

By February 20, 2018July 13th, 2018Blog, I - Ilmu

Tersangat ramai yg tertanya2 “macam mana Husna boleh In love kow kow Sangat dengan alquran. Hingga semua aspek kehidupan ada alquran”.. Ermmm.. Seronok utk jawab.. Namun, batas masa nak jawab One By one. Tu yg saya tulis ebook dan saya berikan percuma sahaja. “Ajari untuk Dicintai Alquran ”
.
Sebagai contoh….
Ketika baca AlQuran ini.. Ammar bertanya
” mama.. Kenapa dlm alquran ada banyak sangat cerita firaun. dalam surah al fajr ada.. Surah pasal bintang ada (surah al buruj).. Dalam surah ni pun ada.. Firaun kan jahat.. Nape Allah cerita banyak kali? ”
.
Permulaannya… Saya naive dan tidak tahu bagaimana mahu bermula. Bagaimana mahu bercinta dengan Allah melalui Alquran. Apatah lagi mengajarkan anak.. Maka, saya hanya ikut rentak anak sahaja. Saya yakin dan percaya, tiada apa yg Allah rancangkan utk kita sia sia. Hatta soalan anak juga adalah perancangan Allah…
.
Bagi menjawab soalan ammar pasal firaun.. Jujur saya jawab “Mama tak tahu lah ammar.. Jom kita sama-sama berdoa pada Allah.. Agar Allah reveal kan jawapannya” ilmu saya terbatas. Ilmu Allah Unlimited. Mungkin ada ustaz dan ulama tahu jawapannya. Namun, saya memilih agar Allah pandu jawapan….. Tugas dan kuasa Allah lah utk menghantar tenteraNya utk fahamkan saya.. Sama ada ulama, ustaz, al huffaz, pencinta alquran.. PencintaNya, teman teman, haiwan, alam..apa sahaja makhlukNya.
.
Rupanya soalan ammar pasal firaun itu begitu cantik di jawab melalui pemerhatian alam di Australia ini. Terjawab kerana mencari kapal utk projek… Terjawab apa best nya negara yg amalkan nilai islam. Dan apa yg tak Best nya negara yang tak amalkan nilai islam…
.
Allahuakbar…. Next post saya ceritakan ya.. Hari ni saya Plan nak Share pasal
.
Quranic parenting X firaun
Quranic parenting X kisah stokin
.
Ada ke yang nak tahu ni…. Huhu

HusnaHaron

Leave a Reply