Nama : Qamah
Pekerjaan : Pensyarah Kerajaan
Bilangan Anak : 2
Kehidupan sebelum join FormulaMasa : Tidak sempat mengajar anak mengaji pada waktu pagi sebelum bertolak kerja, tidak sempat menyediakan sarapan dan menyebabkan anak tak happy. kadang2 breakfast roti je. pagi selalu kelam kebut buat itu ini..huhu
Kehidupan selepas join FormulaMasa : Alhamdulillah, masih diberi kesempatan murajaah sebelum sama-sama sarapan diawal waktu. Menu yang sama juga suami dan saya bawa ke tempat kerja untuk bekal masing-masing. sungguh jimat. Masak hnya ambil masa kurang dari 20 minit dengan kerjasama suami. Suami masak nasi sebelum solat subuh, saya masak sayur dan lauk. kakak dan adik suami mandikan..rutin suami untuk pastikan anak2 mandi sebelum dihantar ke sekolah dan pengasuh. kemudian solat subuh berjemaah. sebelum sarapan, dpt murajaah kakak, suami dengan anak kecil. Anak2 happy dan saya dapat bertolak kerja dengan riang sebab bekal untuk saya dan suami telah tersedia dan hafalan anak berterusan inshaAllah.Kelas Online “REVAMP YOUR ROUTINE” banyak membantu dalam pengisian masa mencari waktu terluang untuk anak mengaji..kita tahu waktu pagi adalah waktu yang mudah kanak2 belajar dan kami ingin pengisian pada waktu itu (pagi) walaupun kami bekerja. Alhamdulillah mencari kelebihan dan kekurangan dalam diri ahli keluarga, menulis rutin dan nonrutin dalam aktiviti harian, revamp dapur terutama lagi..jadi kami sama-sama membantu dalam mencapai misi keluarga. Terima kasih pada FormulaMasa yang mengajar kami untuk revamp semula kehidupan yang telah kami lalui, impaknya inilah kami hari ini, saya bahagia membesarkan anak-anak dalam kesibukan sebagai seorang wanita bekerjaya tanpa menolak hakikat anak sebagai acuan utama dalam sebuah keluarga. Amin Video: ketika murajaah Nurul (anak pertama 2 thn 10bln) sebelum bersarapan bersama2. Suami masih di tikar sejadah bersama Ilham (anak kedua 4bln). Jam sekitar 630am. suara pun masih serak lagi, hehehe
[mashshare]


