Skip to main content

Ada 2 perangai pencinta Alquran yg saya sendiri sedang perbaiki

By October 19, 2018Blog, I - Ilmu

Ada 2 perangai pencinta Alquran yg saya sendiri sedang perbaiki
.
1) hanya kerana kita sentiasa bersama Alquran. Menerima pelbagai jawapan dari Alquran. Lantas mudah “Merasakan diri paling benar”. HATI HATI. Allahuakbar! Tak de beza dgn kisah iblis vs Nabi Adam.. (surah al baqarah)
.
2) merasa diri lebih bagus, lebih knowledgeable, tak sabar, judgemental berbanding pencinta Alquran yang lain. Apatah lagi bukan pencinta Alquran. Umpama kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir. (surah al kahfi). Dalam hal ini saya selalu ingatkan diri sendiri… Orang lain pun Allah bagi petunjuk dan taufik. Cara Allah tu Maha Pelbagai. Jangan lah syok sendiri.
.
Asbab ini.. Saya evaluate diri saya. Apa yang telah saya pegang dan percaya bertahun tahun. Maka, saya drop kan syllabus Quran Connection di dalam seminar TimeREVAMP.. Tiada masalah dgn formula itu. TAPI RAMAI ORANG TIDAK TADABBUR ayat Alquran yang dipilih.. Pisau amat berguna. Sekiranya digunakan tanpa prosedur betul, ia membahayakan.
.
Maka bila drop kan syllabus ini.. Saya gantikan dengan apa? Allahuakbar! Alquran penuh dengan formula!
..
Side effects Alquran? MASA TETAP 24 JAM TAPI BERGERAK PERLAHAN SEHINGGA KITA BOLEH LAKUKAN PELBAGAI PERKARA. ITULAH KEBERKATAN MASA.
.

HusnaHaron

Leave a Reply