Skip to main content

HUJAN, ADIK GURU VS QURAN

By February 21, 2018S - Spiritual

HUJAN, ADIK GURU VS QURAN
.
Hujan.. Perut lapar.. Lantas asbab itu, saya bacakan Alquran.. Bacaan yg diperbetulkan niat. Baca kerana Allah. Agar Allah kawal perut supaya ingatan pada Allah.. Bukan pada perut yg berkeroncong…
.
Sedang dilamun fikiran sementara menunggu traffic light bertukar warna..terfikir tentang business side income yg merosot sedikit kerana hujan lebat… Side income yg menampung minat travelling aja. 
.
Tiba tiba cermin kereta di ketuk.. Subhanallah, seorang remaja lelaki datang approach bertanya apakah saya mahu membeli kuih. Gumbira hati! Tgh lapar, orang offer..
.
Ketika si adik ini mengisi kuih di dalam plastik.. Kereta sebelah saya juga order.. Begitu juga yg di belakang.. Subhanallah, adik ini murah rezeki semasa hujan.
.
Rezeki itu diberikan Allah kepada yg berusaha. Bila kita dimomokkan dengan pelbagai faktor downgrade Allah.. Maka ia menyebabkan kita sendiri yg sempitkan rezeki kita.
.
So what economy down turn?
So what minyak naik harga lagi?
So what awal bulan orang ramai Pokai?
So what ada ramai pesaing?
So what teknologi berubah?
So what modal tiada?
So what sekarang musim hujan?
.
Faktor di atas hanyalah asbab utk kita ubah cara kita. Asbab utk kita perbetulkan sesuatu. Asbab yg beritahu kita “apakah kita sudah upgrade yakin kepada Allah yang Penguasa Rezeki?” apakah yg kita mahu kekayaan Allah atau cinta Allah itu sendiri? Apakah kekayaan yg dikejar utk diri sendiri? Atau utk ditunggang utk menuju Allah..
.
Ohhhh..
.
Adik ini meredah logik akal.. Berpayung.. Berseluar pendek.. Pasti habis jualannya. Subhanallah adik ini sebenar mengajarkan #HusnaHaron praktikal ayat Alquran surah Hud ayat 6

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)”.
.
Allahuakbar…
Terasa kena penampar.. Lantas saya istighfar banyak banyak..
.
Selang beberapa ketika, saya menerima panggilan telefon. Saya dapat voucher penginapan di hotel mewah pada harga yg tak masuk akal murah kow kow..
.
Subhanallah.. Terima kasih adik guru.. Melalui kamu, akak yg tua bangka ni belajar sesuatu.. Upgrade yakin lagi. Belum sempat bertindak, Allah sudah pun balas… Memang benar kata kata Allah di dalam surah al Ghafir 40:60, “mintalah padaKu, nescaya Aku tunaikan…”

HusnaHaron

Leave a Reply