Skip to main content

10 LIFE BASICS PATUT KUASAI. YANG ORANG SIBUK TERLEPAS PANDANG.

Senarai kali melibatkan hubungan kita secara holistic untuk lebih tenang. Dan ia harus berkait dengan Allah, Quran dan Rasulullah S.A.W. Saya mencadangkan untuk anda salin atau print 10 senarai ini. Tampalkan di tempat yang anda sering lihat. Ya! Ia penting 😊 in shaa Allah

Apakah senarai itu?

INGAT K.E.S. N. U. H. S.O.T.A 

1- Bagaimana untuk KEMBALI pada Allah by heart, bila jantung hati rasa tak tenang. Hinggakan kita mula nampak the beauty of Alquran, apa yang Rasulullah S.A.W sampaikan. Kerana Rasul sampai kan kata kata Allah ie bagaimana utk setiap masa bersama denganNya.

2- Bagaimana untuk kawal EMOSI hingga memberi impak pada Semangat diri, hingga energetic setiap masa dan life to the fullest. In shaa Allah

3- Bagaimana susun masa agar kehidupan jadi S.E.I.M.B.A.N.G.

4- NAFAS dengan cara yang betul hingga ada kesatuan di antara nafas, aktiviti dan fokus

5- Bagaimana URUSWANG, komitmen dan hutang hingga boleh hidup dengan Tenang. Tanpa menyalahkan taqdeer yang lepas.

6- Bagaimana untuk HAPPIER dengan kehidupan diri sendiri regardless apa yang jadi. Oh apa yang tak best yang terjadi dalam hidup adalah kerana fail nya 1-5.

7- Bagaimana SOLAT yang mengaktifkan semua lapis jantung hati hingga setiap masa bercinta dengan Allah.

8- Bagaimana menjaga OTAK dengan aktiviti, pemakanan, tidur, agar boleh akses sempurna semua bahagian otak.

9- Bagaimana untuk usahakan TIDUR dan rehat yang cukup. Boleh dibuat bila 1-8 disistemkan.

10- Bagaimana guna ALQURAN, kerana Alquran menjawab Kesemua 1-10.

Kerana kesibukan itu adalah hasil dari fikiran yang melompat lompat. Yang membuatkan jiwa di dalam jasad meronta. Kerana jasad diri yang mengawal, take control everything. Hingga diri orang yang sibuk rasa lelah.

Solusi? Fix kan Kesemua 10 di atas. Dari 10 basics yang di senarai kan di atas, kita akan nampak sebenarnya. Kita (roh) sedang “menunggang jasad fizikal jenis apa”.

Kerana lagi banyak kita kenal diri kita, lagi semakin kita mengenal Allah..
Lagi semakin kita KENAL Allah…lagi semakin kita mahukan Nya..
Lagi semakin kita mahukanNya, lagi semakin kita menjaga hubungan denganNya..
Lagi kita menjaga hubungan denganNya, lagi TENANG DI RASA KAN..

Dan dengan ketenangan itu, kita akan lebih bersemangat untuk teruskan kehidupan. Semangat  itu kita salurkan kepada lebih ramai orang dalam bentuk INFAQ. Cash atau non cash. Sebabkan kita akan menarik lebih ramai orang yang belum kenal diri mereka, untuk berusaha. Agar mereka juga lebih kenal Allah. Membantu lebih ramai orang. INFAQ INFAQ INFAQ INFAQ INFAQ Kerana bila lebih ramai yang dibantu… Diri kita akan mendapat lebih kasih sayangNya. Lebih jatuh cinta…..

10 life basics di atas sebabkan kita BOLEH GUNA otak manusia pre frontal cortex. Otak yang membezakan manusia dan haiwan.

Guna PFC life is easy,
Tak guna PFC life is struggling

Guna PFC dengan iman kepada Allah? Sebabkan kita boleh memahami Alquran yang berlapis lapis maksudnya. Guru didatangkan untuk memahamkan kita.

That’s the cycle…

So,
Apakah anda rasa life is easy?
Atau life is struggling?

Mungkin 1 bahagian struggle

Bahagian lain easy

Allah Maha Baik pada semua hambaNya
Dan apa khabar hubungan dengan Allah dan Rasul?

Dari 1-10 itu, 9 auto dapat bila langkah pertama dijaga… Sila baca balik yg pertama. Kerana ia adalah asas TAQWA.

Al-Baqarah 2:2

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Taqwa bukan hanya ada pada aktiviti jaga solat, baca alQuran.. Tapi beyond that, the whole lifestyle. Moga Allah didik diri kita untuk menjadi orang yang bertaqwa..

Silakan anda print post ini.
Tandakan checklist, yang mana dah on track. Boleh?

In shaa Allah akan saya ulas dalam video pendek 2 jam. Dalam video siri TenangKah yang seterusnya.

Tindakan

  • Anda sudah subscribe Siri Video Tenangkah? Sila tonton video ke empat “10 Life Basics” Click link ini dan masukkan maklumat login anda http://formulamasa.com/elearning
  • Untuk ketahui lebih lanjut tentang Quranic Time Management, boleh lah anda sertai program Online eAuditlife. Maklumat lanjut di sini Click ke http://www.formulamasa.com/auditlife