Nama : Ana
Pekerjaan : Swasta – Jurutera
Bilangan Anak : 2
Kehidupan sebelum join FormulaMasa : Sebelum join Seminar TimeREVAMP Supermommy, kehidupan sungguh kelam kabut. Rasa sentiasa tak cukup masa. Masa di luar rumah bekerja hampir 12 jam. Sampai di rumah, rasa ‘stress’ nak siapkan semua kerja rumah yang sama setiap hari. Kena fikirkan menu nak masak setiap hari. Nak kemas itu ini. Tak pernah fikirkan tentang ‘plan’ awal. Suami memang ringan tulang membantu, tetapi naluri wanita dan ibu memang ingin pastikan sebaik mungkin usaha kita untuk penjagaan rapi keluarga. Tapi walau apapun memang utamakan didik anak dengan Al Quran setiap hari. Anakanda sulung 2 tahun 4 bulan dengan hafazan Juz Amma dan anakanda Auni 6 bulan dengan Huruf Hijaiyah. Namun, kerana terasa ‘kesibukan masa’ , tiada ‘plan’ dan jadual tetap untuk Surah Hafazan dan Huruf Hijaiyah. Masa untuk diri sendiri juga saya abaikan , tiada lagi ‘baking’ dan ‘me time’ dek kerana tidak pandai uruskan rutin. Di samping itu, ada uruskan bisnes kecil sebagai ‘side income’ . Juga tiada masa untuk uruskan bisnes dengan lebih baik, tak sempat nak update ‘blog’ dan buat promosi. Semuanya rasa kelam kabut dan ‘tak cukup masa’ dengan 24 jam sehari. Masya Allah.
Kehidupan selepas join FormulaMasa : Alhamdulillah, setelah belajar tentang tips tips uruskan rutin dan cara untuk capai kehidupan S.E.I.M.B.A.N.G. , saya semakin jelas dan rasa ‘kesibukan masa’ dan ‘ tak ada masa’ sebenarnya bukan masalah. Masalah adalah kerana kita tidak pandai merancang aktiviti kita untuk jadi lebih effisien dan akhirnya dapat capai matlamat yang jauh lebih utama iaitu Syurga Allah. Peringatan untuk audit diri dan ibadah dan atur impian impian kita untuk isi ‘3 tabung utama’ di dunia kita iaitu Anak Soleh/ah yang mendoakan, Sedeqah Jariah & Ilmu Bermanfaat dalam mengejar matlamat Akhirat yang abadi ‘Syurga Allah’ menjadi pembakar semangat untuk saya. Pencerahan dan perkongsian dari Seminar TimeREVAMP Supermommy membuka mata saya untuk lebih menilai kehidupan dari aspek berbeza. Kita boleh ada masa untuk bekerja dan buat side income, jaga anak anak yang semakin membesar, didik anak kenal Al Quran, masak untuk keluarga setiap hari, cari ilmu keibubapaan dan agama, exercise, buat aktiviti kesukaan kita , luangkan masa bersama keluarga, rakan rakan. Alhamdulillah. Perubahan ketara selepas Seminar ialah saya mampu masak ‘Breakfast’ dan ‘Dinner’ setiap hari, atur rutin untuk kemas rumah, setelkan ‘Laundry’ , ada masa nak update blog , susun jadual hafazan anak anak dan Insya Allah akan menyusun atur perancangan untuk keluarga dengan lebih baik. Suami juga memberi sokongan dan sangat gembira tentang perubahan ini. Katanya saya lebih bersemangat dan kehidupan keluarga rasa lebih teratur.Syukur kepada Allah yang menjawab persoalan hati tentang.masalah masa ibu bekerja melalui Seminar anjuran Pn Husna ini. Alhamdulillah.