Kewangan yang tidak mencukupi
[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]
Setiap kali dapat gaji terus siap di asing-asingkan terlebih dahulu. Bukan untuk buat simpanan tetapi untuk membayar segala jenis hutang seperti hutang kereta, hutang kad kredit, hutang pinjaman semasa belajar, dan yang paling parah, berani berhutang dengan ah long. Nau’dzubillahi mindzalik. Mudah-mudahan minta kita semua di jauhkan. Bagaimana boleh tenang ketika diri di lilit dengan hutang piutang?. Atas asbab itu kita menjadikan alasan, duit belanja untuk orang tua kita tidak dapat diberikan secara konsisten kerana tidak sampai hujung bulan poket telah ‘kering’. Walaupun mereka tidak meminta-minta kepada kita, itu bukan alasan untuk kita buat acuh tidak acuh saja akan hal ini. Ketahuilah dengan berbahagi sebahagian wang gaji kita kepada ‘keramat hidup’ kita ini, pasti di kurniakan oleh Allah seribu satu keberkatan hidup yang tidak ternilai harganya.
[/show_more].
Kerana kerja anda mempunyai masa yang teramat kurang untuk mendidik anak-anak..
[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]
Setiap hari yang anda lalui terasa seperti terkejar-kejar dengan dateline kerja. Kadang-kadang kerja yang bertapuk itu anda bawa balik ke rumah. Anak-anak memerhatikan anda setiap kali pulang dari tempat kerja. Ketahuilah anak-anak sebenarnya sangat gembira apabila melihat kepulangan anda di rumah selepas seharian penat bekerja. Namun, apa yang berlaku ialah mereka mendapat layanan acuh tidak acuh daripada anda selaku ibubapa mereka kerana alasan..PENAT. Mereka berasa tidak di sayangi. Duhai ibubapa.. ternyata mereka amat memerlukan perhatian dan belaian daripada anda sebagai ibubapa. Usah biarkan perkara ini berlarutan sehingga mereka menginjak ke alam dewasa..Masa itu tidak akan dapat dikembalikan lagi. Hargailah masa yang anda ada sekarang ini. Bertindak segera!
[/show_more]
Sibuk, tak cukup tangan, makin banyak kerja makin banyak kesilapan dilakukan..
[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]
Pada waktu siang anda sibuk bekerja untuk menafkahi keluarga tercinta, sama ada bagi membantu suami yang juga bekerja dalam menampung kehidupan sehari-hari. Anda sedar itu sebahagian daripada tanggungjawab anda untuk menunaikan perintah Allah yang mulia ini. Namun, ada ketikanya kerja-kerja rumah anda yang lain tidak sempat dilakukan seperti membasuh dan melipat baju, membasuh pinggan mangkuk, mengemas rumah, dan kalau di sebutkan satu persatu urusan rumahtangga tersebut tidak pernah habis untuk disenaraikan. Apabila berada di pejabat, anda menjadi stres kerana memikirkan urusan rumahtangga yang tidak selesai itu, di tambah pula dengan urusan pekerjaan pula. Ini memberi kesan yang tidak baik dari segi kerjaya anda dan hubungan baik dengan rakan sekerja mahupun majikan. Jika dibiarkan berlarutan, mungkin anda cenderung melakukan kesilapan-kesilapan di tempat kerja seperti, kesilapan memberi sesuatu maklumat penting kepada majikan,ataupun tersalah taip dokumen-dokumen penting. Walaupun hanya sekadar kesilapan kecil, namun sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti kerja anda tersebut. Pernah mendengar kalimat seperti ini? “Permulaan hari yang baik, segalanya bermula dari rumah”. Ayuh, bangkit untuk memulakan kehidupan baru dengan penuh semangat!
[/show_more]
Solat, namun tidak merasa kemanisan dan kenikmatan dalam solat..
[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini ketika bersolat? Anda merasa seperti tiada kemanisan dan kenikmatan solat itu di lakukan. Hal demikian berlaku kerana sewaktu bersolat dalam kepala masih ada lagi ‘sisa-sisa’ kerja yang secara tanpa sedar, kita terbawa-bawa masuk ke dalam urusan solat kita. Mungkin hal yang bersangkutan dengan tempat kerja, seperti memikirkan dateline kerja yang harus di kejar dan perlu disiapkan, mungkin anda berfikir siapa yang akan mengganti pengasuh yang selalu menjaga anak-anak anda, tiba-tiba hari itu beliau tidak dapat menjaga anak-anak anda seperti kebiasaannya. Mungkin anda berfikir tentang hutang-hutang yang masih belum dilunaskan pada bulan itu, anda tercari-cari sumber manakah untuk digunakan bagi melunaskannya dengan segera. Itu sebahagian daripada contoh perkara-perkara yang mungkin anda pernah mengalaminya sendiri. Apabila kita mencampurkan sekali semua beban kerja itu di pundak masing-masing, maka hasilnya akan membuatkan jiwa terasa berat. Terasa seperti hendak mengalirkan air mata dek kerana tidak tertanggung beban yang maha hebat itu. Pegang erat kata-kata ini bahawasanya, “Tuhan tidak akan menguji seseorang itu melebihi daripada tahap kemampuan hamba-Nya”. Jauh di sudut hati itu, apakah anda ingin membiarkan situasi ini berlaku secara berterusan dalam kehidupan anda? Iaitu ketika menunaikan solat, anda sukar untuk mendapat kekhusyukan dalam beribadah kepada-Nya. Dalam pada itu, jiwa anda merasa suatu cetusan yang berkobar-kobar ingin kembali meraih perhatian-Nya dengan memasrahkan diri anda kepada-Nya secara total. Ketahuilah bahawa, kemanisan dan kenikmatan ketika bersolat itu tidak dapat di beli di mana-mana tempat, hatta anda memiliki segunung emas sekalipun.
[/show_more]
Perlu bekerja dan berbisnes..
[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]
“Saya kelam kabut tidak tahu mahu fokus yang mana. Anak-anak mula menangis kelaparan, kerja banyak yang mahu buat tetapi tidak selesai. Pendapatan juga turun dan naik. Saya hilang fokus.” Adakah anda mengalami cabaran kehidupan seperti ini? Pernahkah anda terfikir untuk mengubah gaya hidup anda daripada biasa-biasa ke arah yang luar biasa? Sanggupkah anda mengharungi ‘lautan’ keserabutan itu lagi sepanjang hidup anda bersama-sama pasangan dan anak-anak? Kehidupan anda sangat bernilai untuk di bazirkan dengan melakukan rutin yang hampir sama setiap hari dan lama kelamaan mungkin mengundang kebosanan. Anda bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu agar kehidupan anda bersama pasangan dan anak-anak melalui fasa kehidupan yang sangat bernilai untuk di rakamkan sebagai memori yang terindah buat anak-anak anda apabila mereka dewasa kelak. Sebenarnya, anda perlu bijak untuk menyelesaikan urusan kerja tanpa mengabaikan bisnes anda juga. Namun ada cara-cara pengurusan bekerja sambil berbisnes yang perlu anda tahu dan pelajari kerana anda terikat dengan dua komitmen kerja dan bisnes pada masa yang sama. Anda juga perlu bijak menguruskan hal kebajikan suami dan anak-anak agar mereka tidak berasa terabai dek kerana kesibukan anda dengan komitmen-komitmen tersebut. Apabila berbisnes bukan setakat untuk mencari wang belanja dapur malah untuk memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
[/show_more]
Mampu didik anak tapi tidak boleh konsisten..
[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]
Ada sesetengah ibubapa yang memberikan hadiah-hadiah mahal untuk menggantikan kewujudan mereka dalam menyatakan kasih sayang kepada anak-anak, contoh yang paling popular masa kini adalah pemberian hadiah berupa gajet/android yang jika di amati, ternyata gajet kepunyaan anak tersebut lebih canggih berbanding gajet kepunyaan ibubapa mereka sendiri. Sang anak mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan di sekolahnya lalu mereka meminta kepada ibubapa sebagai hadiah hari lahir mereka atau mungkin sebagai hadiah prestasi mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ada beberapa kes yang seperti dipaparkan di surat khabar tentang hal ketagihan gajet di kalangan kanak-kanak sehingga ada antara mereka yang sudah semakin ‘candu’ dengan gajet kerana ada permainan yang mengujakan mereka berbanding bermain dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka. Kesan daripada ketagihan tersebut, mereka mungkin menjadi seorang pemalu untuk bergaul dengan masyarakat atau mungkin menjadi peribadi yang mementingkan diri kerana tidak didedahkan oleh ibubapa untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling. Usah membiarkan gajet mengambil alih tugas dan peranan dalam mendidik sang buah hati anda. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jika anda benar-benar perihatin terhadap isu seperti ini, ketahuilah masih terdapat pelbagai cara lain yang boleh dilakukan agar ibubapa boleh mendidik sang buah hati agar dapat membentuk akhlak mereka sejajar dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam pendidikan agama Islam.
[/show_more]
Tiada lagi rehat yang cukup, tiada exercise, rumah tunggang langgang..
[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]
Saya percaya, setiap daripada kita mahukan apabila pulang dari tempat kerja, rumah bersih, kemas, teratur. Susunan mainan anak-anak berada di tempat yang selayaknya. Tidak lagi berada di ceruk-ceruk sofa, bawah katil, dan di depan pintu rumah anda. Kadang-kadang anda pernah terpijak permainan anak anda itu. Aduh, sakitnya boleh tahan juga. Bagi menyelesaikan isu ini, anda ada pernah terfikir untuk mengupah maid namun suami tidak membenarkan. Antara alasan yang ditakuti oleh suami adalah seperti ; lari daripada bajet bulanan, berlaku kecurian barang dalam rumah, dan pelbagai alasan lain. Namun dalam pada itu, keadaan rumah masih lagi dibiarkan tunggang langgang tanpa mencari jalan penyelesaian yang lain. Dahulu anda rajin melakukan exercise tetapi sejak anda sudah mempunyai anak-anak, anda terpaksa meninggalkan hobi anda itu kerana sibuk menguruskan kehidupan berkeluarga anda yang di rasakan seperti tiada penghujungnya itu. Tiba-tiba, anda mahu sahaja kembali merasakan kehidupan yang “time freedom” sewaktu mula-mula bujang dahulu.
[/show_more]
Baca al-Quran namun tidak berhubung dengan Allah..
[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]
Kita semua tahu bahawa al-Quran itu adalah pembawa rahmat, petunjuk, penawar, dan pemberi peringatan atau khabar gembira buat umat manusia. Dan kita juga sering mendengar frasa ini “Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Namun, realitinya tidak semua orang yang membaca al-Quran itu hatinya mendapat ketenangan. Mengapa terjadi begitu? Ada pula sekadar membaca al-Quran untuk meraih pahala seperti yang disarankan oleh orang-orang tua kita terdahulu. Amat penting untuk menghadirkan niat saat membaca al-Quran, yakni ikhlas kerana Allah dan menjauhkan diri daripada keinginan duniawi semata-mata. Untuk melakukannya adalah dengan mengembalikan jiwa kepada Allah dan berlindung dengan-Nya, memohon naungan-Nya, menerimanya dengan penuh keredhaan, seperti orang yang tenggelam memohon pertolongan, berlepas diri dari setiap daya dan upaya, atau ilmu dan akal, pemahaman dan kecerdasan. Berkeyakinan dengan penuh bahawa semua itu tidak bermanfaat jika Allah tidak menganugerahkan kepada kita ilmu dan pengetahuan-Nya.
[/show_more]
KENALI SPEAKER ANDA
Husna Haron
Beliau merupakan seorang Jurulatih Formula Masa yang ingin berkongsi rahsia kejayaan dalam pengurusan masa berpaksikan al-Quran sebagai petunjuk utama dalam kehidupan, keibubapaan, kewangan, perniagaan, perhubungan, dan kesihatan. Jika anda benar-benar serius untuk keluar dari himpitan masalah masa, kami di Formula Masa akan mambantu anda. Segalanya dengan Izin-Nya.
APAKAH PENYELESAIAN MENYELURUH
APAKAH YANG ANDA PELAJARI
Penstrukturan semula kewangan anda dengan Hukum 165 dan praktikal kiraan
Skill wajib dikuasai iaitu Mutiara al-Quran, al-Quran membaca fikiran sehingga tak mahu lekang dengan Kalam Allah
Anda juga akan di ajar untuk mengetahui apakah kriteria utama punca kepada ketidakseimbangan dalam kehidupan anda yang menjurus kepada pertanyaan “Kenapa aku tak cukup masa?
Proses secara sains untuk percepatkan doa-doa anda diusahakan tanpa bertangguh
Praktikal Hukum 165 (Ehsan, Rukun Iman, Rukun Islam) sehingga merasai keajaiban hidup setiap hari.
Susun kehidupan dengan pelbagai rahsia shortcut, sistem efisien dan gandakan kemampuan anda.
Rahsia panjangkan masa di dalam kesempitan masa menggunakan minda bawah sedar
Ketahui dan gunakan kelebihan utama anda menggunakan brain processor utama anda dan aktifkan semua bahagian otak
APA KATA MEREKA
APAKAH IMPAK SELEPAS PROGRAM
CLIENT KAMI
HUBUNGI KAMI
No 11-3,Jalan Anggerik Vanilla BE31/BE, Kota Kemuning,
Section 31, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.