Design Your Life, Design Your Financial, Design Your Time

capai segala impian tertangguh secara berperingkat

 

Capai impian kewangan TANPA abaikan keluarga dan kesihatan

Ketemui rahsia dan strategi hidup seimbang yg anda sendiri Design

 

Design dengan Petunjuk Al-Quran

Al-Quran membaca fikiran anda dan berikan pelbagai Solusi, effortless life!

 

Do, What Makes U Happier!!!

Proven Quranic Life
Menggunakan hukum 165
Al-Quran sebagai kompas

1
1

MASALAH YANG DI HADAPI?

KEWANGAN YANG TIDAK MENCUKUPI..

[show_more more=”baca lagi” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

Setiap kali dapat gaji terus siap di asing-asingkan terlebih dahulu. Bukan untuk buat simpanan tetapi untuk membayar segala jenis hutang seperti hutang kereta, hutang kad kredit, hutang pinjaman semasa belajar, dan yang paling parah, berani berhutang dengan ah long. Nau’dzubillahi mindzalik. Mudah-mudahan minta kita semua di jauhkan. Bagaimana boleh tenang ketika diri di lilit dengan hutang piutang?. Atas asbab itu kita menjadikan alasan, duit belanja untuk orang tua kita tidak dapat diberikan secara konsisten kerana tidak sampai hujung bulan poket telah ‘kering’. Walaupun mereka tidak meminta-minta kepada kita, itu bukan alasan untuk kita buat acuh tidak acuh saja akan hal ini. Ketahuilah dengan berbahagi sebahagian wang gaji kita kepada ‘keramat hidup’ kita ini, pasti di kurniakan oleh Allah seribu satu keberkatan hidup yang tidak ternilai harganya.

[/show_more]

icon-didik-anak

KERANA KERJA ANDA MEMPUNYAI MASA YANG TERAMAT KURANG UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK

[show_more more=”baca lagi” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

Setiap hari yang anda lalui terasa seperti terkejar-kejar dengan dateline kerja. Kadang-kadang kerja yang bertapuk itu anda bawa balik ke rumah. Anak-anak memerhatikan anda setiap kali pulang dari tempat kerja. Ketahuilah anak-anak sebenarnya sangat gembira apabila melihat kepulangan anda di rumah selepas seharian penat bekerja. Namun, apa yang berlaku ialah mereka mendapat layanan acuh tidak acuh daripada anda selaku ibubapa mereka kerana alasan..PENAT. Mereka berasa tidak di sayangi. Duhai ibubapa.. ternyata mereka amat memerlukan perhatian dan belaian daripada anda sebagai ibubapa. Usah biarkan perkara ini berlarutan sehingga mereka menginjak ke alam dewasa..Masa itu tidak akan dapat dikembalikan lagi. Hargailah masa yang anda ada sekarang ini. Bertindak segera!

[/show_more]

icon-busy mom

SIBUK, TAK CUKUP TANGAN, MAKIN BANYAK KERJA MAKIN BANYAK KESILAPAN DILAKUKAN..

[show_more more=”baca lagi” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

Pada waktu siang anda sibuk bekerja untuk menafkahi keluarga tercinta, sama ada bagi membantu suami yang juga bekerja dalam menampung kehidupan sehari-hari. Anda sedar itu sebahagian daripada tanggungjawab anda untuk menunaikan perintah Allah yang mulia ini. Namun, ada ketikanya kerja-kerja rumah anda yang lain tidak sempat dilakukan seperti membasuh dan melipat baju, membasuh pinggan mangkuk, mengemas rumah, dan kalau di sebutkan satu persatu urusan rumahtangga tersebut tidak pernah habis untuk disenaraikan. Apabila berada di pejabat, anda menjadi stres kerana memikirkan urusan rumahtangga yang tidak selesai itu, di tambah pula dengan urusan pekerjaan pula. Ini memberi kesan yang tidak baik dari segi kerjaya anda dan hubungan baik dengan rakan sekerja mahupun majikan. Jika dibiarkan berlarutan, mungkin anda cenderung melakukan kesilapan-kesilapan di tempat kerja seperti, kesilapan memberi sesuatu maklumat penting kepada majikan,ataupun tersalah taip dokumen-dokumen penting. Walaupun hanya sekadar kesilapan kecil, namun sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti kerja anda tersebut. Pernah mendengar kalimat seperti ini? “Permulaan hari yang baik, segalanya bermula dari rumah”. Ayuh, bangkit untuk memulakan kehidupan baru dengan penuh semangat!

[/show_more]

SOLAT, NAMUN TIDAK MERASA KEMANISAN DAN KENIKMATAN DALAM SOLAT..

[show_more more=”baca lagi” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini ketika bersolat? Anda merasa seperti tiada kemanisan dan kenikmatan solat itu di lakukan. Hal demikian berlaku kerana sewaktu bersolat dalam kepala masih ada lagi ‘sisa-sisa’ kerja yang secara tanpa sedar, kita terbawa-bawa masuk ke dalam urusan solat kita. Mungkin hal yang bersangkutan dengan tempat kerja, seperti memikirkan dateline kerja yang harus di kejar dan perlu disiapkan, mungkin anda berfikir siapa yang akan mengganti pengasuh yang selalu menjaga anak-anak anda, tiba-tiba hari itu beliau tidak dapat menjaga anak-anak anda seperti kebiasaannya. Mungkin anda berfikir tentang hutang-hutang yang masih belum dilunaskan pada bulan itu, anda tercari-cari sumber manakah untuk digunakan bagi melunaskannya dengan segera. Itu sebahagian daripada contoh perkara-perkara yang mungkin anda pernah mengalaminya sendiri. Apabila kita mencampurkan sekali semua beban kerja itu di pundak masing-masing, maka hasilnya akan membuatkan jiwa terasa berat. Terasa seperti hendak mengalirkan air mata dek kerana tidak tertanggung beban yang maha hebat itu. Pegang erat kata-kata ini bahawasanya, “Tuhan tidak akan menguji seseorang itu melebihi daripada tahap kemampuan hamba-Nya”. Jauh di sudut hati itu, apakah anda ingin membiarkan situasi ini berlaku secara berterusan dalam kehidupan anda? Iaitu ketika menunaikan solat, anda sukar untuk mendapat kekhusyukan dalam beribadah kepada-Nya. Dalam pada itu, jiwa anda merasa suatu cetusan yang berkobar-kobar ingin kembali meraih perhatian-Nya dengan memasrahkan diri anda kepada-Nya secara total. Ketahuilah bahawa, kemanisan dan kenikmatan ketika bersolat itu tidak dapat di beli di mana-mana tempat, hatta anda memiliki segunung emas sekalipun.

[/show_more]

icon-bisnes

PERLU BEKERJA DAN BERBISNES..

[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

“Saya kelam kabut tidak tahu mahu fokus yang mana. Anak-anak mula menangis kelaparan, kerja banyak yang mahu buat tetapi tidak selesai. Pendapatan juga turun dan naik. Saya hilang fokus.”
Adakah anda mengalami cabaran kehidupan seperti ini? Pernahkah anda terfikir untuk mengubah gaya hidup anda daripada biasa-biasa ke arah yang luar biasa? Sanggupkah anda mengharungi ‘lautan’ keserabutan itu lagi sepanjang hidup anda bersama-sama pasangan dan anak-anak? Kehidupan anda sangat bernilai untuk di bazirkan dengan melakukan rutin yang hampir sama setiap hari dan lama kelamaan mungkin mengundang kebosanan. Anda bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu agar kehidupan anda bersama pasangan dan anak-anak melalui fasa kehidupan yang sangat bernilai untuk di rakamkan sebagai memori yang terindah buat anak-anak anda apabila mereka dewasa kelak. Sebenarnya, anda perlu bijak untuk menyelesaikan urusan kerja tanpa mengabaikan bisnes anda juga. Namun ada cara-cara pengurusan bekerja sambil berbisnes yang perlu anda tahu dan pelajari kerana anda terikat dengan dua komitmen kerja dan bisnes pada masa yang sama. Anda juga perlu bijak menguruskan hal kebajikan suami dan anak-anak agar mereka tidak berasa terabai dek kerana kesibukan anda dengan komitmen-komitmen tersebut. Apabila berbisnes bukan setakat untuk mencari wang belanja dapur malah untuk memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

[/show_more]

MAMPU DIDIK ANAK TAPI TIDAK BOLEH KONSISTEN..

[show_more more=”baca lagi” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

Ada sesetengah ibubapa yang memberikan hadiah-hadiah mahal untuk menggantikan kewujudan mereka dalam menyatakan kasih sayang kepada anak-anak, contoh yang paling popular masa kini adalah pemberian hadiah berupa gajet/android yang jika di amati, ternyata gajet kepunyaan anak tersebut lebih canggih berbanding gajet kepunyaan ibubapa mereka sendiri. Sang anak mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan di sekolahnya lalu mereka meminta kepada ibubapa sebagai hadiah hari lahir mereka atau mungkin sebagai hadiah prestasi mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ada beberapa kes yang seperti dipaparkan di surat khabar tentang hal ketagihan gajet di kalangan kanak-kanak sehingga ada antara mereka yang sudah semakin ‘candu’ dengan gajet kerana ada permainan yang mengujakan mereka berbanding bermain dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka. Kesan daripada ketagihan tersebut, mereka mungkin menjadi seorang pemalu untuk bergaul dengan masyarakat atau mungkin menjadi peribadi yang mementingkan diri kerana tidak didedahkan oleh ibubapa untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling. Usah membiarkan gajet mengambil alih tugas dan peranan dalam mendidik sang buah hati anda. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jika anda benar-benar perihatin terhadap isu seperti ini, ketahuilah masih terdapat pelbagai cara lain yang boleh dilakukan agar ibubapa boleh mendidik sang buah hati agar dapat membentuk akhlak mereka sejajar dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam pendidikan agama Islam.

[/show_more]

TIADA LAGI REHAT YANG CUKUP, TIADA EXERCISE, RUMAH TUNGGANG LANGGANG..

[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

Saya percaya, setiap daripada kita mahukan apabila pulang dari tempat kerja, rumah bersih, kemas, teratur. Susunan mainan anak-anak berada di tempat yang selayaknya. Tidak lagi berada di ceruk-ceruk sofa, bawah katil, dan di depan pintu rumah anda. Kadang-kadang anda pernah terpijak permainan anak anda itu. Aduh, sakitnya boleh tahan juga. Bagi menyelesaikan isu ini, anda ada pernah terfikir untuk mengupah maid namun suami tidak membenarkan. Antara alasan yang ditakuti oleh suami adalah seperti ; lari daripada bajet bulanan, berlaku kecurian barang dalam rumah, dan pelbagai alasan lain. Namun dalam pada itu, keadaan rumah masih lagi dibiarkan tunggang langgang tanpa mencari jalan penyelesaian yang lain. Dahulu anda rajin melakukan exercise tetapi sejak anda sudah mempunyai anak-anak, anda terpaksa meninggalkan hobi anda itu kerana sibuk menguruskan kehidupan berkeluarga anda yang di rasakan seperti tiada penghujungnya itu. Tiba-tiba, anda mahu sahaja kembali merasakan kehidupan yang “time freedom” sewaktu mula-mula bujang dahulu.

[/show_more]

BACA AL-QURAN NAMUN TIDAK BERHUBUNG DENGAN ALLAH..

[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

Kita semua tahu bahawa al-Quran itu adalah pembawa rahmat, petunjuk, penawar, dan pemberi peringatan atau khabar gembira buat umat manusia. Dan kita juga sering mendengar frasa ini “Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Namun, realitinya tidak semua orang yang membaca al-Quran itu hatinya mendapat ketenangan. Mengapa terjadi begitu? Ada pula sekadar membaca al-Quran untuk meraih pahala seperti yang disarankan oleh orang-orang tua kita terdahulu. Amat penting untuk menghadirkan niat saat membaca al-Quran, yakni ikhlas kerana Allah dan menjauhkan diri daripada keinginan duniawi semata-mata. Untuk melakukannya adalah dengan mengembalikan jiwa kepada Allah dan berlindung dengan-Nya, memohon naungan-Nya, menerimanya dengan penuh keredhaan, seperti orang yang tenggelam memohon pertolongan, berlepas diri dari setiap daya dan upaya, atau ilmu dan akal, pemahaman dan kecerdasan. Berkeyakinan dengan penuh bahawa semua itu tidak bermanfaat jika Allah tidak menganugerahkan kepada kita ilmu dan pengetahuan-Nya.

[/show_more]

APAKAH PENYELESAIAN MENYELURUH?

[show_more more=”baca lagi” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

Saiz kasut kita tidak sama antara satu sama lain. Begitu juga dengan kehidupan anda. Setiap daripada kita memiliki kehidupan yang unik dan berbeza dengan orang lain. Mereka mempunyai kisah tersendiri, anda juga mempunyai kisah tersendiri. Jadikan kehidupan anda sebagai sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk berubah ke arah yang lebih baik, lebih bahagia, lebih menggembirakan. Bunyinya seperti senang. Dengan izin Allah, setiap permasalahan yang Tuhan berikan pasti ada diberikan sekali jalan penyelesaiannya juga. Namun begitu, masihkah anda mahu ‘terjebak’ lagi dalam situasi rutin kehidupan yang tidak terurus, dan kelam kabut? Pernahkah anda merasa kelelahan kerana menjalani rutin kehidupan yang serabut seperti itu?Kami percaya, anda mengimpikan untuk pergi melancong seperti orang lain, melakukan kegiatan beriadah bersama-sama dengan keluarga, memanjakan dan melakukan perawatan diri di spa (contoh : melakukan manicure dan pedicure), belajar ilmu baru seperti belajar bahasa asing. Tetapi anda tidak dapat merasakan nikmat seperti itu kerana merasakan hidup tidak bercukupan masa. Dengan kembali mendesainkan kehidupan seperti yang anda inginkan, anda tidak akan lagi hidup seperti frasa “just go with the flow” atau hidup “by default” dengan menyerahkan segala-galanya kepada takdir tanpa membuat pilihan yang seharusnya lebih mengembirakan diri anda dan sekeluarga.

[/show_more]

[show_more more=”baca lagi” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

Pengurusan kewangan yang baik hasil dari pengurusan perbelanjaan yang berhemah dan efisien. Namun ada kalanya bajet yang telah dibuat di awal tahun terpaksa melalui pelbagai masalah dan isu di sepanjang tahun perancangannya. Ini seterusnya akan membawa kepada keperluan untuk mendapatkan peruntukan tambahan di dalam perbelanjaan rumahtangga seperti berbisnes secara separuh masa dan pada masa yang sama turut bekerja dengan majikan masing-masing. Di Formula Masa, kami akan tunjukan cara bagaimana anda perlu revamp kewangan anda agar setiap impian peribadi anda dapat di capai dengan mudah dan pantas. Dari situ anda akan lihat struktur kewangan anda sebelum dan selepas apabila sudah di rombak dengan formula yang mudah ini. Sesungguhnya tiap-tiap rezeki kewangan tersebut telah Allah aturkan dan tentukan buat setiap hamba-Nya, bukan kerana pendapatan anda yang besar ataupun kecil itu yang menentukan anda berasa kebercukupan tetapi diukur dari segi keberkatan dalam anda menjemput rezeki yang telah di sediakan oleh-Nya dan sejauh mana anda bijak menguruskan perbelanjaan anda mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

[/show_more]

[show_more more=”see more” less=”less” color=”#0066cc” list=”»”]

Masa anda boleh di desain? Ya, pasti boleh dengan izin-Nya. Namun boleh dilakukan dengan sukses jika anda tahu bagaimana cara ia dipraktikkan. Di Formula Masa, kami akan menunjukan cara bagaimana pengurusan masa dengan menggunakan al-Quran yang bukan sekadar sinonim dikenali sebagai panduan kehidupan malah lebih daripada sekadar itu. Anda akan mendapat kesan yang luar biasa hebat, sekiranya anda benar-benar memilliki kemahuan serta semangat yang tinggi untuk melakukan perubahan dalam menjalani kehidupan di luar kebiasaan. Pengalaman ini telah dilalui oleh mereka yang telah berjaya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Bukan sekadar kata-kata kosong, anda boleh melihat, mendengar, dan merasai sendiri perubahan yang telah di alami oleh mereka iaitu para testimoni kejayaan kami. Pelajari teknik dan skill pengurusan masa dalam seminar kami kerana impian dan kebahagiaan anda sekeluarga adalah sangat berharga untuk di kecapi bersama-sama.

[/show_more]

APAKAH YANG DI PELAJARI?

 

APA KATA MEREKA?

 

CLIENT KAMI